BAB 4 (EDITED)

47 3 0
                                    

HENING. Seperti ini sebenarnya kehidupan Qayla tatkala dirumah sendirian. Dia merupakan seorang anak tunggal.

Namun tidak perlu dia mengeluh, seperti yang dikatakan ramai, 'anak tunggal' ini semestinya diberikan perhatian dan kasih sayang sepenuhnya oleh ibubapanya.

Qayla akur. Sememangnya dia masih dapat merasakan kasih sayang kedua orang tuanya. Cuma dia tidak nampak sisi kegembiraan dalam dirinya. Qayla sunyi.

Beruntung Qayla karena masih mempunyai seorang nenek belah ibunya yang sanggup menjaga dia sejak kecil lagi. Nek Mah, adalah satu-satunya peneman dia bermain serta bergurau senda. Usia nenek langsung tidak menghalangnya untuk melayani karenah Qayla.

"Nek, Qay dah siap mandi!" sengaja dia menyakat neneknya.

Hampir tercampak potongan bawang yang hendak digoreng Nek Mah didalam kuali itu. Bertuah punya cucu!

"Haih.. kamu ni Qay... suka sangat terkejut kan nenek" dadanya diusap-usap perlahan.

"Nenek dah masakkan ikan masak sambal. Makan lah. Lepas itu barulah berehat ya.." ujar Nek Mah.

Tersenyum lebar Qayla jelas kelihatan dari jauh. Laju dia menceduk nasi lantas mengambil sedikit demi sedikit isi ikan itu.

Suasana sepi, sehingga jarum jam jatuh pun boleh kedengaran rasanya. Sengaja Qayla membangkitkan topik perbualan.

"Nek, Qay nak tanya sikit boleh?" mulutnya masih mengunyah.

Nek Mah yang sedang memasak sekadar mengangkatkan kepalanya sedikit.

"Nenek rasa ibu dengan abah masih anggap Qay wujud ke?"

Sebaik saja Qayla menanyakan soalan itu. Nek Mah langsung menoleh ke arahnya. Ditinggalkan saja tumisan bawang yang tadi dia gaul.

"Kenapa Qay cakap macam ni?" mata Nek Mah tidak lepas dari menatap wajah cucunya.

"Bukan apa lah.. Qay cuma rindu. Rindu pelukan ibu, rindukan gurau senda abah macam dulu-dulu.." Qayla mengukir senyuman palsu.

Dijilat sambal yang melekat di jarinya sehingga bersih.

Nek Mah cuma mengeluh sambil kedua tangannya mencekak pinggang. Melihat cucunya saja sudah cukup membuatkan dia sebak.

"Cuba Qay bayangkan, jika ibu dengan abah tidak keluar mencari rezeki.. dari mana datangnya semua keselesaan yang Qay ada sekarang. Ada lebih ramai lagi orang diluar sana yang mengikat perut, tiada rumah dan makanan. Tak akanlah Qay langsung tak bersyukur masih ada ibubapa yang bekerja keras untuk Qay?"
tegas Nek Mah menasihati cucunya.

"Tetapi bukan dengan cara sebegini juga kan, Nek?"

"Qay cuba faham.."

Matanya mulai berkaca. Namun ditahan  disebabkan Nek Mah masih melihatnya.

"Tak mengapalah, nek... Qay nak ke ruang tamu dulu ye.." dia lantas membasuh pinggannya lalu beredar ke ruang tamu.

Nek Mah terdiam seketika. Dia sedar perbuatan anak dan menantunya adalah hal yang bijak dalam menjamin masa hadapan Qayla dan juga keluarganya.

Akan tetapi tidak juga mereka mengetahui bagaimana cara untuk meluangkan sedikit masa mereka kepada Qayla.

Qayla juga memerlukan perhatian lebih ketika membesar. Namun tetap dia memahami kedua ibubapanya.

WAKTU rehat bermula, Qayla akan berehat bersama Yaya di kerusi batu berhampiran perpustakaan. Walau hanya  sekadar berbual-bual kosong, sambil-sambil itu menikmati masa rehat mereka bersama.

Baru saja Yaya duduk di kerusi batu berhadapan Qayla, bahunya ditepuk dengan perlahan.

"Hah Hanis Fathya.. hari ini ada cerita apa pula? Ceritalah, aku dengar..." teruja mahu mendengarkan celoteh sahabatnya tentang berita harian disekolah.

You're Mine?Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora