BAB 23

32 1 0
                                    

MINGGU peperiksaan akhir tahun telahpun bermula. Kelas 4 Baiduri juga tidak terlepas dari minggu peperiksaan ini bagi menentukan kelas mereka pada tahun hadapan.

7.50 pagi :-

Kelas menjadi sepi apabila peperiksaan dimulakan. Masing-masing mula menumpukan sepenuh perhatian menjawab kertas soalan Bahasa Melayu kertas 2.

"Kenapa ada meja kosong belakang tu? Siapa yang tak hadir?" soal Cikgu Syafik secara tiba-tiba.

Masing-masing menoleh kebelakang.

Ya, itu tempat duduk Danish. Dari semalam lagi, tiada seorangpun yang tahu ke mana dia pergi.

Peperiksaan ini amat penting tetapi Danish seperti tidak mengendahkannya.

"Dia cuti, cikgu." jawab Zaidi yang merupakan rakan karibnya.

"Cuti sakit ke?" tanya Cikgu Syafik.

"Saya pun tak tahu.." jawapan yang diberikan Zaidi membuatkan Cikgu Syafik tertanya-tanya.

4 hari telah berlalu. Kesemua pelajar sedang sibuk dengan ujian yang berlangsung. Namun Danish masih tidak memunculkan diri.

Qayla mula bimbang tentang Danish. Apa yang telah berlaku kepadanya? Adakah Danish dalam keadaan baik-baik sahaja?

Qayla masih ternanti-nanti khabar angin tentang Danish.

Ya, Danish telah memperlakukan dirinya dengan teruk. Tetapi Qayla juga masih mempunyai rasa keprihatinan.

KERTAS matematik 2 sedang dijawab.

"Kamu semua dah tahu kenapa Danish tak hadir?" bahas Cikgu Melati. Masing-masing melihat muka antara satu sama lain.

"Masih tak tahu?" soalnya lagi.

Tiada seorangpun yang mengangguk mahupun menggeleng. Sememangnya apa yang telah terjadi kepada Danish?

Kesemua pelajar membuka telinga seluas
-luasnya.

"Saya tak boleh nak cerita kalau kamu semua belum tahu.." Cikgu Melati berdalih.

"Alah... Kenapa susah sangat nak cerita perkara sebenar? Beritahu ajelah!" luah Qayla dalam hati.

Mana tidaknya, fikirannya terganggu hanya kerana perkara ini. Dia langsung tidak dapat fokus untuk belajar.

HARI terakhir perperiksaan seolah-olah hari kemerdekaan bagi kesemua para pelajar.

Masing-masing lesu dan tidak cukup tidur. Mereka bertungkus lumus ingin mendapatkan keputusan yang terbaik.

"Akhirnya kita berjaya! Selepas sebulan lebih kita exam, akhirnya selesai!" teriak Yaya setelah Cikgu Rozita melangkah keluar dari kelasnya.

Masing-masing menyahut sorakan Yaya dengan gembira. Seolah-olah bebanan dalam kepala mereka hilang seketika.

Qayla hanya bertongkat dagu. Ada perkara yang masih membebani fikirannya. Masih belum selesai.

KEESOKAN harinya, kelas 4 Baiduri perlu bergerak ke perpustakaan kerana guru subjek itu tidak dapat hadir ke sekolah.

Masing-masing duduk memenuhi kerusi yang berada didalamnya.

"Awak semua duduk disini sehingga masa ketiga. Saya benarkan awak ambil permainan papan tetapi jangan bising. Hormat, ini perpustakaan." arah Cikgu Noraini sebelum masuk ke dalam bilik tayang.

Apa lagi, berebut pelajar lelaki ingin mengambil permainan papan yang tersusun di rak itu. Siapa yang cepat, dia yang dapat.

Majoriti pelajar perempuan hanya ingin duduk dan berehat.

You're Mine?Where stories live. Discover now