Pintu masuk tadika itu diketuk. Terlihat seorang wanita bertudung kuning dihadapan pintu itu.

"Assalamualaikum.. nak ambil Tiara." ujar wanita yang Qayla agak kenali itu. Salam itu dijawab Qayla.

Berlari Tiara ingin memeluk sosok tubuh ibunya itu lalu berjalan pergi meninggalkan Qayla dan seorang lagi anak muridnya itu.

Walaupun harus menunggu demi seorang lagi anak muridnya. Tetapi Qayla lega kerana dia tidak akan diganggu oleh lelaki itu lagi hari ini.

Barulah wajah Qayla ada sedikit senyuman.

12.40 TENGAHARI:

Akhirnya anak muridnya yang terakhir telah pulang.

Beg tangannya diambil lalu menutup kesemua suiz lampu dan kipas. Setiap sudut bilik darjah tadikanya diperiksa terlebih dahulu.

"4 hari lagi. Mesti aku rindu nak mengajar budak-budak ni lagi nanti." keluhnya. Sedih mengingatinya.

Kaki kanannya ingin melangkah keluar dari pintu tadika itu.

Tiba-tiba ada sejambak bunga ros merah yang dihulurkan dihadapan mukanya. Qayla tidak jadi keluar dari pintu tadika itu malah mengundur kebelakang.

Qayla terkejut.

Barulah empunya tangan itu menunjukkan mukanya kepada Qayla. Membesar mata Qayla melihat wajah lelaki itu.

"Iman?!" degupan jantung Qayla tidak teratur selepas terkejut tadi. Kecut perutnya.

Iman tersenyum sambil tetap menghulurkan sejambak bunga ros merah itu kepada Qayla.

"Apa ni?" tidak mengambil bunga yang dihulurkan padanya itu.

"Bunga. Untuk kau." jawab Iman. Matanya hanya ingin menatap wajah wanita dihadapannya itu tidak henti-henti.

"Aku? Untuk apa?" Qayla banyak tanya.

"Ambil ajelah. Jangan banyak tanya atau aku ambil balik bunga ni?" geram dengan tingkah Qayla.

"Ambillah semula. Aku tak suka bunga." mengenakan Iman semula. Langsung berkerut wajah lelaki itu melihatnya.

"Eh janganlah. Penat aku beli untuk kau" pujuk Iman. Menghulurkan bunga itu dengan wajah yang meminta dikasihani.

"Aku tak suruh pun kau beli. Bukan masalah aku." bergegas mengambil kunci tadika itu di dalam beg tangannya.

"Qayla.. ambillah.." memujuk wanita itu dengan nada suaranya yang begitu lembut.

Namun Qayla seolah-olah tidak mendengarkannya.

"Tolong ke tepi sikit." Qayla ingin segera keluar dari situ. Dia terus berjalan kehadapan.

Iman langsung mengelakkan badannya dari bersentuhan dengan Qayla.

Kasutnya segera dipakaikan kemudian menutup pintu tadika itu.

"Qayla.. ambil" berulangkali Iman memujuk.

Qayla sibuk mengunci pintu tadika itu. Tidak menghiraukan rayuan daripada Iman.

"Qayla..."

"Please.." berhenti menghulurkan sejambak bunga itu.

Qayla terus berjalan melalui samping lelaki itu menuju ke arah pagar tadikanya.

Giliran Qayla mengenakan lelaki itu secukup-cukupnya.

"Nak keluar dengan mudah atau kau panjat pagar?" tutur Qayla sambil memegang pagar besi tadikanya itu. Bersedia untuk menutup.

Dengan perasaan yang hampa, lelaki itu berjalan keluar dari halaman tadika itu dan berlalu pergi.

Qayla tidak memandang. Hanya fokus mengunci pagar tadika itu dan masuk ke dalam keretanya.

You're Mine?Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora