"Cikgu? Kenapa cikgu tak layan saya..." menghentak kakinya kerana diabaikan. Barulah berkedip mata Qayla setelah beberapa detik seperti tidak bernyawa.

Wajah Tiara dilihatnya berulangkali, begitu juga Iman.

Selangkah demi selangkah Qayla mendekati anak muridnya itu. Berat kakinya ingin melangkah kehadapan.

Tangannya dihulurkan..

Tiara menyambut salamnya dengan lembut kemudian mencium belakang tangannya dengan sopan.

"Bye, cikgu!" menarik tangan ayahnya untuk segera masuk ke dalam kereta.

Qayla melihat kereta itu berjalan pergi. Dia melihat semuanya..

"Dia..." berdiri di anjung tadika itu seperti batu yang keras. Tidak jatuh walaupun ditiup angin. Sedikit pun tidak bergerak.

"Dah kahwin?"

PINTU keretanya dikunci kemudian dia berjalan ke pintu hadapan rumahnya. Kasut dibuka dan diletakkan di rak kasutnya.

Pintu dibuka. Kedua ibu dan ayahnya tiada. Pintu ditutup kembali.

Dia berjalan menuju ke biliknya. Ingin segera dia masuk ke dalam bilik.

"Qayla? Bila balik? Ibu tak dengar pun bunyi kereta.." sapa Puan Murni melihat anaknya dihadapan pintu bilik itu selepas menjejakkan kaki di laluan tengah menuju ke ruang tamu itu.

"Baru aje.." memusingkan sedikit kepalanya. Tetap memasang senyuman di wajahnya.

"Hmm.. nanti terus mandi. Ibu dah panaskan sayur lodeh pagi tadi tu. Jangan lupa makan.." melihat-lihat anaknya yang serupa tidak kena.

Qayla menganggukkan kemudian bergegas masuk ke dalam biliknya.

Beg tangannya diletakkan di atas meja solek. Perlahan-lahan dia berjalan kearah katilnya lalu melabuhkan duduk. Pandangannya jatuh ke lantai.

Cuba untuk mengawal perasaannya...

Pada akhirnya Qayla hanya mampu tersenyum nipis. Walaupun hanya berpura-pura tetapi anggap sahaja dia ikhlas.

KEESOKAN harinya, awal pagi lagi Qayla sudah hadir ke tadikanya.

Membukakan pintu dan kesemua lampu serta membuat persiapan seperti menulis tarikh di papan putih seperti biasanya.

Tidak lama kemudian, Yaya pun tiba. Ibu mengandung itu langsung duduk di kerusi guru setelah penat berjalan dari kereta ke mari. Cukup melelahkan untuknya.

Qayla datang mendekatinya. Ada banyak yang ingin dia tanyakan.

"Dah lama kau sampai?" tidak sempat Qayla ingin menyoal. Yaya sudah membuka mulutnya dahulu.

"Lama lah juga.." Qayla duduk dibucu meja guru itu.

"Aku nak tanya sikit.." sambung Qayla lagi. Wajah Qayla dipandang sebelum menjawab soalan yang ditanyakan itu.

"Kenapa?" pendek jawapan Yaya.

Persekitarannya dilihat-lihat. Berfikir akan risiko jika dia terus ingin bertanya.

Suasananya aman tetapi tidak dengan Yaya..

Melihat wajah sahabatnya itu yang sedang menahan kesakitan, membuatkan Qayla tidak sampai hati untuk mengganggu emosinya.

"Tak apalah.. lain kali aje." menggaru -garu belakang tangannya. Menghilangkan sedikit rasa malunya.

"Apa kau ni? Nak cakap pun susah ke?" memandang wajah sahabatnya itu lebih dekat.

"Tak, aku.. nak cakap fasal seorang budak ni.. Tiara." sekejap-sekejap saja dia dapat memandang wajah Yaya itu.

"Okey.. kenapa dengan dia?" memperbetulkan posisinya ketika duduk semula. Qayla pun melihatnya.

"Kau.. tahu kan Tiara tu-" terpotong ayat Qayla sebelum sempat dihabiskan.

"Assalamualaikum.." ada seorang ibu yang menghantarkan anaknya dihadapan pintu tadika itu secara tidak langsung telah memberhentikan perbualan Qayla dan Yaya.

Langsung berubah wajah kedua-dua guru itu. Tersenyum saja melihat anak muridnya memasuki ruangan itu.

Lalu ibu tersebut bergerak pergi..

Dengan senyuman senget, Yaya memandang Qayla kembali..

"Sambunglah membawang.. kenapa dengan Tiara tu?" memperlahankan suaranya supaya seorang anak muridnya itu tidak mendengarkannya.

"Tak jadilah.. nanti-nantilah aku cakap. Lagipun tak penting sangat.." Qayla mencari alasan. Makin pelik Yaya melihat sahabatnya itu.

Qayla bergegas ke dapur meninggalkan Yaya yang tetap ingin berehat disitu. Mengekalkan pemikirannya untuk tidak mengambil peduli jika ia benar mahupun tidak. Tidak penting baginya. Ya!

Atau mungkin tidak..

PEMBELAJARAN berlangsung seperti biasa. Namun kali ini, Yaya mengambil semula tugasnya sebagai guru di tadika itu.

Memandangkan Qayla memberinya peluang untuk kembali mengajar. Dia tidak kesah.

"Cikgu.." salah seorang murid dari meja tengah memanggilnya.

"Ya Alina? Kenapa?" jawab Yaya dengan reaksi muka yang ceria.

"Kenapa cikgu Qayla tak ajar?" soalan yang benar-benar menusuk hatinya sebagai guru di situ.

"Eh.. tak suka ke saya mengajar?" menongkatkan kepalanya dengan tangan kanannya.

"Ehh! Saya suka cikgu ajar.." menggaru -garu belakang kepalanya. Perasan akan persoalannya yang mengecilkan hati gurunya.

Yaya memoncongkan mulut lalu menggelengkan kepalanya sedikit sambil menatap riak wajah anak muridnya yang menyoal tadi.

Rasa geram pun ada tetapi apa boleh buat. Terima sahajalah.









You're Mine?Where stories live. Discover now