Special Chapter 4 (SIDE STORY)

1.1K 37 3
                                    

Mata Lydia melihat seluruh ahli keluarga Tuan Adam dan Puan Bella sedang menonton televisyen. Dia agak gementar. Namun dia perlu tabahkan diri. Ada sesuatu yang perlu dia bicarakan.

Tarik nafas dalam kemudian dihembus perlahan. Kaki mula diatur menuju ke ruangan itu. Sesaat, semua berpaling memandang Lydia. Tidak melabuhkan punggung dikerusi, sebaliknya Lydia duduk dilantai berhadapan dengan Tuan Adam dan Puan Bella.

Boleh tahan terkejut Tuan Adam dan Puan Bella bila Lydia tiba-tiba duduk menghadapnya. Dah macam orang sedang mengaku salah pun ada.

"Kenapa Lydia duduk sini?" soal Puan Bella.

"Errr sebenarnya...Lydia ada nak cakap sesuatu dengan umi dan abah," jawab Lydia.

Tuan Adam dan Puan Bella saling berpandangan. Serius sangat ke sampai perlu duduk melutut di hadapan mereka.

"Lydia nak cakap apa? Dengan duduk melutut macam ni bagai. Serius sangat ke sampai perlu duduk melutut macam?" soal Tuan Adam.

"Serius, Abah. Ini soal hidup dan mati," jawab Lydia. Tuan Adam dan Puan Bella saling berpandangan lagi. Kalau dah macam ni, memang seriuslah gamaknya.

Aniq dan Atiq yang berada disitu turut sama terkejut. Kalau dah melibatkan hidup dan mati, memang bahaya.

Sempat Lydia memandang Nuryn yang sedang bermain dengan mainan di atas riba Aniq. Puan Bella turut memandang sama.

"Lydia dah tak boleh nak jaga Nuryn ya? Tak apa umi faham. Kami sekeluarga tak pernah paksa Lydia untuk jaga Nuryn. Umi boleh jaga Nuryn," belum sempat Lydia berkata apa-apa, Puan Bella terlebih dahulu yang mengeluarkan kata.

"Bukan, umi. Ini bukan pasal jagaan Nuryn. Ini berkait dengan Lydia sendiri,"

"Ooo...umi ingatkan tentang Nuryn. Habis apa yang Lydia nak cakap tu?"

"Macam ni cerita dia. Umi dengan abah dah jaga Lydia sepanjang Lydia ada dekat sini. Umi dan abah dah macam ibu bapa kandung Lydia. Dan rasanya, apa yang Lydia nak buat...Lydia kena minta izin umi dan abah dulu,"

"Lydia nak minta izin untuk apa?" soal Tuan Adam.

"Lydia sebenar...err Lydia nak kahwin lagi," bibirnya digigit lembut sebaik saja niatnya itu ditutur dibibir.

Aniq terus angkat kepala memandang Lydia. Kenapa hatinya sakit mendengarkannya? Jadi betullah Lydia dah ada orang lain dalam hatinya? Dan keputusan Lydia untuk menolak lamarannya adalah benar. Bukan main-main.

Atiq pula memandang abamgnya disebelah. Bukan main sedih raut wajah abangnya itu. Sedihlah tu kena reject dengan pujaan hati.

"Lydia dah ada calon ke?" soal Puan Bella. Lydia menganggui kecil memberi jawapan.

"Dah umi. Lelaki tu dah melamar Lydia. Kitorang ni sebenarnya dah kenal lama. Tapi sebelum ni dia tak pernah luahkan perasaan dia pada Lydia. Sekarang baru dia berani luahkan perasaan dia. Lydia rasa, Lydia patut beri peluang pada dia. Lydia nampak keikhlasan dalam diri dia. Dia bersungguh-sungguh nak menghalalkan Lydia," terang Lydia.

Aniq buat-buat tak dengar. Nak cemburu? Tak ada guna juga dia nak cemburu. Itu keputusan Lydia. Tapi kenapa Lydia tak boleh nampak keikhlasan dia? Kenapa lelaki lain juga yang Lydia nampak? Atau dia tak cukup ikhlas mencintai Lydia?

"Lydia, kami tak boleh nak halang Lydia. Kalau Lydia nak kahwin lain, umi tak kisah. Itu hak Lydia," kata Puan Bella.

"Boleh abah tahu siapa lelaki yang bertuah nak kahwin dengan menantu abah ni?" soal Tuan Adam.

"Eerrr nama dia....Aniq Naim," jawab Lydia.

Aniq dan Atiq serentak angkat kepala memandang Lydia. Mereka tak salah dengarkan nama yang disebutkan oleh Lydia tu? Atau itu hanya kebetulan lelaki itu memiliki nama yang sama.

"Eh nama dia sama dengan anak kitalah. Kebetulan pula," kata Puan Bella.

"Nama dia Aniq Naim bin Adam Rifqi," kata Lydia lagi.

Terus ternganga mulut Tuan Adam memandang Lydia dan Aniq bersilih ganti. Terkejut mendengar nama itu.

"Eh ngah, itukan nama kau. Kak Lydia terima kau lah gila!" kata Atiq mula.

Aniq memandang Lydia tidak percaya. Bukan semalam Lydia dah reject dia? Kenapa ini pula jawapan Lydia? Lydia main-main ke apa ni?

"Lydia, orang yang Lydia maksudkan tu memang anak umi ke?" soal Puan Bella untuk kepastian. Lydia jatuhkan kepala memberi jawapan.

"Lydia nak kahwin dengan Aniq. Sebab tu Lydia minta restu umi dengam abah. Lelaki yang Lydia nak kahwin tu adalah anak umi dan abah."

"Lydia...tapi semalamkan awak cakap taknak kahwin dengan saya." Aniq pula bersuara.

"Eh angah ni, dah dia terima ni tak payahlah nak mempersoalkan lagi. Banyak songeh pula dia ni." Atiq menggeleng. Tak faham betul dengan abang dia ni.

Lydia ketawa kecil memandang Aniq. Padan muka Aniq. Gatal sangat dengan dia. Kan dah kena tipu.

"Saya tipu je. Saya geram dengan awak yang suka menggatal. Kalau saya tak cakap tu, selagi itulah awak sentiasa mengorat saya."

"Tapi kenapa awak perlukan masa yang lama untuk berikan jawapan ni?" soal Aniq.

"Awak melamar saya diwaktu yang tak sesuai, Aniq. Awak melamar saya selepas sebulan Afiq meninggal. Perkahwinan tu nanti, bukan melibatkan kita dua je. Tapi seluruh ahli keluarga. Keluarga kita masih dalam fasa berkabung untuk Afiq. Sebab tu saya ambil masa yang agak lama untuk memberikan jawapan tu. Kalau awak kata, kita boleh je bertunang dulu. Ya, saya tahu boleh. Tapi saya taknak. Saya taknak orang fikir, sebegitu cepat kita melupakan Afiq dan kak Fara. Lagi pun Nuryn kecil lagi waktu. Saya cuma mahu fokus pada Nuryn," terang Lydia dengan jelas.

Aniq menunduk mengakui khilafnya. Dia langsung tak fikir tentang tu. Dia cuma fikir tentang diri dia.

"Saya minta maaf. Saya tak fikir tentang semua tu," ujar Aniq.

"Tak apa. Saya faham niat awak masa tu. Lagi pun, sekarang saya dah terima awak. Jadi dah tak ada isu tentang tu lagi. Saya rasa, dah boleh kot kita fokus pada diri kita."

"Sampai hati Aniq. Tak bagitahu umi apa-apa. Rupanya Aniq dah melamar Lydia dari awal. Pandai ya korang simpan rahsia," kata Puan bella.

"Aniq ingat si mulut tempayan ni ada cerita dekat umi walaupun sikit. Hairanlah juga mulut tempayan anak bongsu umi bertukar jadi mulut batu." Aniq perli adiknya sambil tersenyum sinis.

Atiq sudah menjelingnya tajam.

"Bila nak langsungkan perkahwinan tu?" soal Tuan Adam.

Lydia dan saling berpandangan. Masing-masing mencari jawapan.

"Lydia ikut Aniq je," jawab Lydia.

"Kalau macam tu, bulan depanlah. Lagi cepat lagi bagus," kata Aniq pula.

"Tahulah angah tu tak sabar nak kahwin. Ada lagi 3 hari je nak masuk bulan depan." Atiq mencelah.

"Boleh je buat hujung bulan,"

"Tak boleh. Hujung bulan ni Atiq ada program dekat Penang."

"Kisah apa aku? Kalau kau tak ada sekali, aku tetap kahwin."

"Atiq culik tok kadi tu nanti. Biar angah tak boleh kahwin."

Aniq mengecilkan mata memandang adiknya. Nak je dia luku kepala. Ada je nak menjawab apa yang dia cakap.

Takdir Yang IstimewaWhere stories live. Discover now