BAB 10

999 44 3
                                    

Afiq melangkah menghampiri Fara yang sedang menangis. Walaupun dia tahu Fara tak mahu berjumpa dengan sesiapa, tapi dia beranikan diri untuk berjumpa Fara. Dia perlu tahu keadaan Fara.

“Fa…Fara.” Afiq menyeru nama itu perlahan. Fara angkat kepala memandang Afiq.

“Kau nak apa datang sini?” soal Fara dingin.

“Aku datang nak jumpa kau. Nak tengok keadaan kau,” jawab Afiq lembut.

“Buat apa? Apa yang kau nak? Kau fikir aku tak tahu, yang  kau punca aku jadi macam ni?” marah Fara.

“Sebab tu aku datang jumpa kau. Aku nak minta maaf pada kau,”

“Maaf kau tu tak ada guna pun, Afiq. Maaf kau tu tak buat aku berjalan semula,”

“Tapi kau masih ada peluang untuk sembuh. Doktor kata, kau lumpuh sementara. Kau boleh berjalan lagi lepas ni,”

“Jadi apa kau nak? Kalau aku berjalan semula nanti, kau fikir aku akan maafkan kau ke?”

“Kau marahkan aku ke?”

“Bukan setakat marah. Aku dah bencikan kau. Kau punca aku lumpuh! Kau punca aku cacat! Kau punca hidup aku musnah. Puncanya kau!” Tengking Fara. Afiq terdiam bila Fara mula meninggikan suara padanya. Jarang dia lihat dalam keadaan marah.

“Kau betul bencikan aku, Fara?” soal Afiq. Lidah Fara kelu. Tak tahu nak membalas apa.

“Ya! Aku benci kau,” kata Fara tanpa memandang mata Afiq.

“Kau yakin yang kau benci aku?” soal Afiq lagi.

“Kau keluar Afiq. Aku taknak tengok muka kau lagi. Aku taknak tengok lelaki yang dah musnahkan hidup aku,”

Afiq masih tidak berganjak. Ibarat dia tak mendengar arahan Fara.

“Afiq, keluar!”

“Kalau aku keluar, kau boleh maafkan aku ke?”

“Sampai bila-bila, aku takkan maafkan kau. Kau pergi!”

“Jadi sama je. Aku keluar ataupun tidak, kau tetap takkan maafkan aku.” Afiq tidak berputus asa. Masih setia berdiri disitu.

“Afiq…tolonglah. Aku merayu dekat kau. Keluar dari sini. Aku nak sendirian. Please…” rayu Fara. Kali ni suara dia bertukar lebih lembut.

“Baik. Aku akan keluar. Tapi nanti aku akan datang lagi,”

Keluar saja Afiq dari wad itu, Fara terus melepaskan tangisan. Kenapa perlu Afiq yang menjadi orang telah melanggar dia. Kawan baik dia sendiri. Dan kenapa dia yang perlu menjadi mangsa? Hidup dia dah musnah disebabkan Afiq. Bagaimana dia nak meneruskan hidup kalau dia lumpuh? Dia dah cacat. Dia cacat sebab Afiq.

AFIQ keluar dari wad itu dengan wajah yang muram. Sedih bila Fara tak mahu berjumpa dengan dia. Afiq tahu kesalahan dia memang tidak patut dimaafkan. Tapi Fara betul-betul bencikan dia ke?

“Afiq…dah jumpa Fara ke?” soal Tengku Fahrin.

“Dah, tapi Fara halau Afiq keluar. Fara taknak jumpa Afiq,” jawab Afiq dalam suara yang mengendur.

“Sabarlah, nanti Fara okaylah tu. Dia Cuma perlukan masa,” pujuk Tengku Fahrin sambil menggosok belakang badan Afiq. Bagai menenangka lelaki itu.

“Kesalahan Afiq ni tak boleh dimaafkan ke, uncle?” soal Afiq.

“Kalau Afiq tanya uncle, uncle akan jawab boleh. Afiq bukannya sengaja. Jadi tak patut kalau uncle nak salahkan Afiq. Tapi bagi pihak Fara, uncle tak tahu. Yang menanggung itu Fara, bukan uncle.”

Takdir Yang IstimewaWhere stories live. Discover now