Chapter 18

40 20 0
                                    

"Assalamuaaikum bro."

"Waalaikumussalam. Ya. Ada apa?" Soal Adrien kepada pemanggil.

Salam wajib jawab ye..

"Aku dah jumpa orang yang langgar isteri kau hari tu. Perempuan."

"Ha? Perempuan? Kau biar betul Shad?" Soal Adrien untuk kepastian yang lebih meyakinkan.

"Iyaa!" Jawab Dzaki.

"Aku tahulah bodoh! Aku dengan kau yang check sama-samakan?! Aku tahulah perempuan. Yang aku nak, gambar dan nama perempuan tu. Siasat hal dia. Pantau." Marah Adrien.

Susah kalau ada anak buah bengap. Bijak tapi bengap. Macam mana tu?

"Okay boss."

"Kau tahu pasal apa dah tentang dia?" Soal Adrien selepas marahnya reda.

"Aku dapat gambar yang lebih jelas. Nanti aku send dekat kau. Nama dia Amyra Natasha. Umur dia muda sikit je dari kau. Dia sekarang ni 22."

"Okay bagus. Cari lebih mendalam. Dan cari punca dia langgar Nadia." Pinta Adrien.

Sesenang hati engkau je minta macam-macam.

Eh?

"Okay boss." Pendek dan ringkas jawapan Dzaki sebelum dia menamatkan panggilannya yang bersambung ke telefon Adrien.

"SAYANG! Sayang buat apa tu?" Panggil Adrien seraya memeluk pinggang Nadia dari belakang. Dagunya diletakkan ke atas bahu Nadia.

"Ish abang ni! Terkejut Nadia." Marah Nadia. Marah-marah manja..

"Alahh. Lama kut Nadia tinggal abang sorang-sorang. Rindu tau!" Rajuk Adrien. Alahh..nanti pepandailah Nadia pujuk.

Nadia hanya menggeleng akan sikap manja terlebih bayi Adrien ni.

"Abang..lepaslah. Susah Nadia nak masak ni." Pinta Nadia.

Adrien tidak melepaskan bahkan menggeratkan lagi pelukannya.

Sekali lagi, Nadia tidak dapat berbuat apa-apa. Biarkanlah. Rindu sangat tu.

"Abang. Cuba rasa. Sedap tak?" Soal Nadia. Kuah ayam gulai dicalit sedikit dari senduk kayunya.

Jari Nadia yang digunakan untuk mencalit kuah gulai itu dijilat sedikit oleh Adrien. Adrienlah yang selalu menjadi juri masakan Nadia.

"Sedap!" Puji Adrien ikhlas. Pipi Nadia diciumnya.

"Betul ni?" Soal Nadia. Kepalanya dipusingkan menoleh ke bahu kanannya di mana keberadaan kepala Adrien.

"Betul. Sedap. Masakan sayang mana pernah tak sedap. Sedap je selalu!" Puji Adrien lagi. Dia mencuit pipi gebu Nadia.

"Betul ni?" Soal Nadia kembali.

"Betul."

"Okaylah kalau macam tu. Nad biar ayam ni empuk sikit lagi lepas tu kita makan." Ujar Nadia.

"Okay. Tapi, lama lagi ke? Lama tau abang tak rasa masakan Nadia. Kepunan dah ni." Ujar Adrien mengada.

"Mengada!"

"Eh. Betul. Sayang tahu tak, masa sayang tak ada dengan abang, abang tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang. Semua tak kenalah!" Ujar Adrien lagi. Tona nadanya sengaja disayukan.

"Eleh. Ye lah tu."

"Eh. Betul!" Adrien cuba meyakinkan Nadia loyar buruknya.

"Tapikan, lepas tu sayang kembali dekat abang, abang terus dapat tidur lena, mandi tu sampaikan air tak nak kering pun. Makan pun sampai terlebih kenyang." Adrien menyambung loyar buruknya lagi.

Dia Milikku | CompleteWhere stories live. Discover now