Chapter 14

60 21 4
                                    

Beberapa tahun berlalu, Luna dan Norman sudah lama bergelar suami isteri. Sehabis sahaja mereka belajar, mereka terus bergerak je jinjang pelamin. Cepat betul! Dah tak sabar agaknya.

Bagaimana pula dengan Adrien? Nadia? Ataupun Ryan. Sudahkan mereka berpunya? Atau masih single? Ataupun, sudah...

"Nadia." Panggil seorang jejaka yang berbaju hitam.

"Ya?"

"Aku.." Dia melihat rakan-rakannya seketika. Perasaan gugup cuba ditepis jauh-jauh.

"Ya? Kenapa Adrien?" Soal Nadia terpinga-pinga.

Adrien lah jejaka berbaju hitam yang memanggil Nadia sebentar tadi.

Adrien menarik nafas yang dalam terlebih dahulu. Ingin dia tenangkan diri. Usai bertenang, dia secara tiba-tiba melutut di hadapan Nadia.

"Eh..Kau kenapa? Asal kau melutut ni?" Soal Nadia cemas. Manakan tak, secara tiba-tiba Adrien melutut di hadapannya. Tiada angin, tiada ribut, dia melutut.

"Nadia. Aku tak pandai nak beri ayat bergula. Kalau kau rasa hambar, sorry tau."

"Ha?" Soal Nadia terpinga-pinga.

'Dah kenapa dengan mamat ni?' Bisik hati Nadia.

Tapi panggil. Lepas tu senyap. Now, melutut pula. Nak kata tali kasut terbacut, elok je kemas terikat.

Adrien menarik nafas dalam-dalam sekali lagi. Dia mengeluarkan rantai yang terukir 'AxN'.

Aww...sawit!

"Nadia, aku sebenarnya dah lama suka kau. Maybe kau tak perasan. Aku sebenarnya sakit hati bila kau dekat dengan lelaki lain. Aku tak tahu kenapa jadi macam tu. Aku dulu tak tahu pun yang aku suka kau. Aku cuma rasa cemburu je. Aku pun pening. Aku..aku tak tahu nak cakap macam mana. Kita kahwin nak?" Panjang lebar terang Adrien. Namun, langsung tidak terselit sebarang gula. Sumpah dry gila!

"Weh. Asal dry sangat kau ni? Tak google pick up line ke?" Berdekah-dekah Ryan ketawakan Adrien.

Adrien menjeling tajam Ryan. Kesian-kesian.

Luna dan Norman sudah berdekah ketawa.

"Haha. Kesian dia Ryan. Kau ni pun." Ujar Luna dengan tawanya yang masih bersisa.

Nadia hanya diam membisu. Langsung tiada gelak tawa yang keluar dari mulut Nadia. Diam. Tidak berkutik.

"Aku..aku suka kau Nadia." Luah Adrien sekali lagi apabila Nadia memberikan diam sebagai jawapan.

"So?" Soal Nadia.

Terkejut semua saksi. 'So'?

"Kau tahu tak Adrien tu dah macam orang gila tanya kita orang nak confess dekat kau tak. Kau jawab macam tu je?! Kau ni tak ada perasaan ke?! Hati batu sangat kau ni!" Marah Luna.

Nadia..she's change.

"Yelah. So? Kau nak aku buat apa? Buat party? Beritahu semua orang? Cuba cakap." Sinis kata-kata Nadia.

Membulat mata Adrien menerima kata-kata Nadia. Perasannya berkecai seperti kaca yang berkecai pabila dilempar.

"Hahahahaha." Secara tiba-tiba, Nadia ketawa berdekah-dekah. Rakan-rakannya sudah pelik dengan perangai Nadia.

Dah gila ke minah ni?

"Kau nak tahu something tak?" Soal Nadia apabila tawanya sudah semakin mengendur.

"Apa dia?" Soal Adrien balik. Air mukanya menunjukkan bahawa dia sangat tertunggu-tunggu.

"Aku dah lama tahu. Aku pun dah lama perasan. Aku just tunggu kau confess je. Tak tahu pula ambil masa yang lama." Jawab Nadia spontan.

Dia Milikku | CompleteWhere stories live. Discover now