Chapter 16

56 21 0
                                    

Hampir lima bulan Nadia membiarkan Adrien berseorangan. Hampir gila Adrien memikirkan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku terhadap Nadia. Lima bulan bukanlah waktu yang sekejap apabila kita sedang merasakan kehilangan.

Even a second feels like an hour.

Sering kali Adrien menangis apabila teringatkan Nadia yang sedang bertarung nyawa. Akibat Nadia secara tiba-tiba perlu dimasukkan ke dalam emergency wad, kesihatan Nadia merosot. Sebab lain Nadia perlu dimasukkan ke dalam ICU ialah oksigen dia drop secara tiba-tiba.

Kini, nyawa Nadia berada di tengah-tengah. Berkemungkinan untuk hidup seperti biasa bersama suami tercinta. Berkemungkinan juga untuk pergi meninggalkan kekasihnya buat selama-lamanya.

"Ad." Bahu Adrien dipengang lembut oleh seorang jejaka berbaju hijau Emerald dan juga dikenali sebagai abang ipar Adrien, Iskandar.

"Abang Is."

"Abang Is tahu Ad sedih. Tapi, Ad tak boleh macam ni. Macam mana Nadia nak kuat kalau suami dia pun macam ni. Ad tengok diri Ad sekarang. Mana Adrien yang hot looking guy? Mana adik ipar Abang Is yang ceria dulu? Mana? Ad bukanlah adik ipar yang Abang Is kenal. Badan Ad makin susut. Nampak ketara sangat Ad." Panjang lebar Iskandar cuba memujuk Adrien. Sejak kejadian Nadia perlu ditempatkan dalam ICU, Adrien tidak lagi boleh melawatnya dengan lama. Bahkan, dia hanya mampu melihat dari jauh.

Adrien ibarat mayat hidup. Hidup. Tapi, tidak bermaya. Perasaannya cuba disorok dari khalyak umum namun, dia tidak pernah menipu keluarganya. Kehilangan Nadia bagaikan kehilangan sinar ceria di dalam rumah keluarganya. Tiada lagi tawa Nadia yang biasa bergema di setiap pelosok rumah. Tiada lagi rengekan dia bersama keluarga tercinta. Suram dan muram. Itulah keluarga Nadia sekarang. Bakalkah ini berkekalan? Bilakah Nadia bakal bangun dari tidur panjangnya?

"Entahlah Abang Is. Ad..Ad tak tahu apa yang patut Ad buat. Bukan tak nak. Tapi.." Suara Adrien semakin mengendur. Dan sekali lagi, dia menangis.

"Adrien, hidup kita pasti ada jatuh dan bangun. Akan tetapi, jangan gunakan kejatuhan untuk menamatkan kejayaan yang bakal membangun. Allah uji sebab Dia tahu yang Ad mampu. Dia tak akan uji melebihi kemampuan kita. Allah uji kita sebab Dia sayang kita. Dia nak Adrien sujud kepada-Nya Rintih kepada-Nya. Doa. Doa tu kekuatan orang Islam. Doa tu banyak kelebihan. In Sya Allah, doa Adrien bakal diangkat ke langit. In Sya Allah, dengan izin-Nya doa Ad bakal termakbul. Keep trusting in Him." Sebagai seorang abang, Iskandar perlu teguh menyalurkan kekuatan terhadap adik-adiknya. Dia sedih. Namun, Adrien lagi sedih. Dia pilu. Adrien lagi pilu. Dia sakit. Adrien lagi sakit. Adrien yang menyaksikan setiap saat yang berlaku. Bagaimana Nadia di langgar. Bagaimana Nadia terlempar di bahu jalan. Bagaimana anak sulung mereka gugur. Bagaimana pelakunya lari selepas melakukan kesalahan yang berat.

"Ad makan tak lagi?" Topik ditukar. Walau Iskandar tahu jawapannya tidak, dia tetap bertanya.

Adrien tidak membuka mulut. Namun, kepala hanya digeleng sebagai jawapan.

"Dah. Sekarang, pergi makan. Biar Abang Is pula tengok Nadia ni. Adik abang juga."

"FIND her!" Kuat meja ditumbuk oleh Adrien. Nasib tak patah je.

"Alright bos!"

'Kau tunggu. Sampai lubang cacing aku cari kau!' Gumam Adrien sendirian. Tiada lagi Adrien yang mempunya belas kasihan apabila ia melibatkan orang tersayangnya.

Semenjak kebelakangan ini, Adrien berjanji pada diri untuk mencari dalang semua perkara yang berlaku. Dari CCTV di jalanan, dapat dia lihat seorang gadis yang melanggar Nadia tempoh hari. Namun, wajahnya agak kabur dan gadis itu memakai pelitup muka. Jadi agak sukar bagi Adrien untuk mengecam pelakunya. Akan tetapi, masih dapat dilihat secara samar-samar oleh Adrien.

Dia Milikku | CompleteWhere stories live. Discover now