Chapter 3

75 19 0
                                    

"ADRIEN!!!" Panggil musuh ketat Nadia, Mia. Masalahnya, yang dipanggil adalah Adrien. Yang sakit hati Nadia. Lain eh?

Dia adalah salah satu perempuan yang sebelum ini bantah arahan Nadia. Nadia suruh ambil tisu basah je kut. Siapa suruh dia dan geng-geng dia pakai make up ke sekolah. Memang kena cucilah!

Masalahnya, bukan main dia dan geng dia marah aku, maki aku. Last-last, ambik juga.

Hipokrit!

Mia merupakan seorang yang gedik dan pick me. Nadia memang benci perempuan yang berperangai macam tu. Menyempah! Kalau bagi kucing kawan dengan dia, belum tentu kucing tu nak..

Dia dan kumpulan dia semua sama je. Gedik!

"Adrien...you. Jawablah. I panggil ni." Sengaja Mia melembut-lembutkan suaranya lalu meraut tangan Adrien yang tidak berlapik.

Nadia yang berdiri agak jauh dari mereka, membulat mata apabila nampak perbuatan drastik Mia. Luna di sebelahnya sudah ternganga.

Lantas itu, Nadia dan Luna melangkah ke arah mereka.

Sebagai seorang pengawas yang berdedikasi, kita perlulah jalankan kerja. Nampak kesalahan tegur. Nampak maksiat buat apa?

Sindir!!!

Tiba di hadapan Mia dan Adrien, Nadia pun mula membuka taskirah. Taskirah pagi Rabu.

"Kau tak belajar agama ke? Kata Islam. Halal haram tak tahu. Semalam ustazah baru ajar. Dah lupa ke? Meh aku belikan kismis kat kau banyak-banyak. Mana tahu, boleh tajamkan ingatan kau yang noob tu." Sengaja Nadia sindirnya dengan teruk. Biar amarahnya semakin membuak-buak.

Lantas, Mia melepaskan tangan Adrien dan ingin membidas kata-kata Nadia. Namun, belum sempat Mia membuka mulut, Nadia sudah berlalu mengejar guru mata pelajaran Bahasa Inggeris, Madam Amina. Inginnya meminta markah tambahan untuk peperiksaan awal tahun kali ini. Mana tahu dapat?

Adrien ingin mengikutnya. Namun, dihalang oleh Mia.

'Pandai-pandai kau cari jalan keluar. Aku malas masuk campur.' Kata Nadia di dalam hati. Manakala, Luna hanya mengekorinya dari belakang.

KETIKA Nadia dan Luna dalam perjalanan ke kantin, dia terserempak dengan crushnya, Emir. Emir lah jejaka yang Nadia katakan sebelum itu.

Boleh baca balik Chapter 2.

Emir Iman. Dia merupakan orang yang Nadia minati dan kagumi sejak tingkatan 1. Dia satu tahun lebih tua darinya. Tiada siapa yang tahu aku sukakan Emir kecuali Luna.

"Wehh, Nad. Cik abang ada sinilah. Kau pergilah tegur dia. Mana tahu, dia suka kat kau." Ujar Luna sambil menyiku-nyiku lenganku dengan sikunya.

Sakit oi!

Siku dia dahlah tajam. Dia siku bukan perlahan. Kuat mat!

"Kalau lebam lengan aku balik nanti, siap kau!"Nadia memberikan amaran tajam kepada Luna. Sebaik sahaja mendengar amarannya, Luna terus berhenti dari menyiku lengan Nadia.

Fuh! Lega pun!

"Kau tengok siapa tu. Pergilah tegur. Beranikan diri anak muda!" Ujar Luna. Siap ikut cara bercakap Papa Zola lagi. Banyak sangat tengok kartun ni!

"Pastu, kalau aku tiba-tiba tak boleh nak cakap depan dia, siapa malu? Kau ke aku?" Ujar Nadia sambil menjeling kepadanya.

Luna membalas jelingan Nadia dengan jeliran lidah. Seraya itu, mereka berdua ketawa bersama.

Dah kalau perempuan. Benda kecil pun boleh gelak.

"Dahlah. Jom makan. Aku lapar dah ni." Ajak Nadia. Dia menukar topik perbualan.

Lebih baik tukar topik. Kalau tak, tujuh keturunan Luna cakap pasal Emir je. Naya nak melayan!

"Sedapnya karipap ni. Luna, kau nak rasa? Sedap ni." Ujar Nadia. Dia turut menyuakan karipap ke mulut Luna.

Belum sempat Luna membuka mulut, ada satu makhluk yang mengganggu ketenteraman waktu makan mereka.

"Apa kata aku yang rasa. Tapi nak kau yang suap. Boleh sayang? Aaa..." Ujar Ryan.

"Eww. Geli aku! Kau nak apa Ryan?" Soal Nadia dengan muka kegelimannya.

"Aku nak kau nad. Boleh? Please..be my girl."Pinta Ryan.

Sumpah budak ni gila!

"Kau kalau tak ada apa-apa penting nak cakap, better kau blah. Serabut aku tengok kau kat sini. Ouh, by the way, don't call me sayang ever again. Or else, don't you ever think to see this world ever again!" Marah Nadia.

Sebelum itu dah kena marah. Ni nak kena marah juga. Memang tak serik budak ni.

Setiap kali berjumpa dengan budak bernama Ryan ni, amarah Nadia mesti akan naik membuak-buak. Dah berkali-kali larang, tapi dia masih lagi buat. Kadang panggil sayang, kadang panggil baby, kadang honey. Naik meluat Nadia.

'Kan aku ba- kan dia!'

Ryan. Ryan Aish. Orang yang minat dengan Nadia. Bukan setakat minat je. Boleh kira obses dah dia ni!

Ryan pernah memberitahu perasaannya terhadap Nadia. Akan tetapi, Nadia menolak Ryan mentah-mentah.

'He's not type. And he never be my type. But, he never give up to show me how much he love me. Urgh! I don't care and I never like it! Everytime he show me his love, I just feel so annoyed by his action. I don't like sweet words cause I know, true love can only been showed by act. Not by your freaking mouth.'

Lama Ryan mendiamkan diri sebelum melangkah pergi dari meja yang diduduki Nadia dan Luna.

'Aik? Baru cakap macam tu dah merajuk? Ikut pandai kaulah! Malas aku nak kesah.' Bisik Nadia ragu-ragu. Kebiasaannya, Ryan akan mendesak mereka.

"Luna, aku rasa lahkan, M lebih sesuai dengan R." Ujar Nadia setelah memastikan Ryan telah menghilang dari pandangan mata dia dan Luna.

M yang dimaksudkan ialah Mia manakala R yang dimaksudkan ialah Ryan.

Elok sangat. Dua-dua sama-sama suka mendesak. Elok! Hancur dunia kalau dia orang sekali.

"Elehh. Kau jelous eh dia rapat dengan Adrien?" Usik Luna seraya mencucuk-cuck pinggang Nadia.

Nadia memegang tangan Luna agar dia berhenti menggeleteknya sebelum paku buah keras Nadia pulangkan kepada Luna semula.

"Ee. Hell no! Tak ada maknalah aku nak jealous. Entah-entah, kau yang jealous." Kini, giliran Nadia pula untuk mengusik Luna.

'Kan aku dah kata, aku pulangkan balik.'

"Aku tak ambik harta milik orang. Lagi-lagi kalau milik bestie aku ni. BER. DO. SA." Balasnya selamba.

"Hek eleh! Terpaling berdosa." Nadia hanya mampu menjeling.

"Habis dengan semua orang kau kan kenenkan aku eh? Emir memang aku mengaku. Adrien? Memang tak lah! Jangan harap. Kau jangan kenenkan aku dengan Ryan sudah. Tak sanggup aku! Makin gila budak tu nanti!"
Ujar Nadia lagi sebelum mereka turun dari kerusi untuk membuang plastik makanan dan membasuh tangan.

"Eh mana tahu. Silap hari bulan yang kau tak nak ni lah jadi suami kau nanti. Adrien x Nadia. Uish gempak! Aku nak jadi pengapit kau!" Seloroh Luna.

Dah kalau Luna, tak random tak sah!

Ralit mereka berjalan sambil bercakap sehinggakan tidak sedar yang orang kami percakapkan berada di belakang kami.

'Jadi kau suka Emir. Kenapa dia? Aku yang kau kenal dari kecil tak pula kau pandang. Lelaki jahanam tu juga kau pandang. Aku yang teman kau dari kau kecil tak pula kau nak tengok. Apa yang mamat rambut senget tu ada?' Monolog Adrien sendirian.

Adrien menahan rasa geramnya di dalam hati. Geram yang amat! Kaki panjangnya diorak melangkah ke arah lain. Menjauh dari Nadia dan Luna yang kini melangkah ke arah koperasi untuk membeli air kegemaran mereka. Apa itu?

Susu soya!

Dia Milikku | CompleteWhere stories live. Discover now