Chapter 4

72 19 0
                                    

Luna dan Nadia berjalan beriringan masuk ke dalam kelas. Kelas mereka sangatlah bising waktu itu. Dedas desus pelajar lain dapat membuatkan mereka terdengar yang hari ini mereka bakal digemparkan dengan satu berita baik.

Apakah itu?

Kelas itu kekal bising sehinggalah guru kelas kami, Cikgu Nisa masuk ke dalam kelas bersama seorang pelajar lelaki.

"Anak-anak, hari ini kita akan terima seorang rakan baru. Perkenalkan, Tengku Norman. Dia baru perpindah dari Terengganu. Kawan dengan dia elok-elok. Cikgu tak nak dengar ada yang buli Norman ye. Kalau cikgu dapat tahu ada yang buli Norman ni, siap!" Ujar Cikgu Nisa.

Mereka semua sangat menghormati dan menyayanginya. Dia bagaikan ibu mereka di sekolah. Oleh itu, mereka sentiasa mendengar katanya.

"Norman, awak boleh duduk tepi Adrien. Di situ ye. Adrien, tolong angkat tangan kamu." Arah Cikgu Nisa sebelum memulakan pelajaran.

Cikgu Nisa mengajar mereka mata pelajaran Bahasa Melayu. Disebabkan teknik mengajarnya yang berkesan terhadap kami, mereka sentiasa mendapat lulus dalam mata pelajaran itu. Hanya segelintir sahaja yang gagal.

"What a long time, buddy!" Tegur Norman sebaik sahaja dia duduk di sebelah Adrien.

"Yeah. It's nice to see you again. Nantilah borak..cikgu dah nak mengajar ni." Jawab Adrien dingin.

Norman sangat kenal Adrien tatkala guru sedang mengajar. Dia tidak akan bercakap mahupun bermain apabila guru sedang mengajar.

"BANGUN! Terima kasih cikgu." Ujar ketua kelas kami.

"Okay. Sama-sama. Semua boleh pergi rehat."Ujar Cikgu Nisa sebelum melangkah keluar dari kelas kami.

Nadia mengajak Luna untuk keluar rehat bersama. Baru sahaja hendak dia dan Luna keluar dari kelas, langkah mereka berhenti dan mereka melangkah ke arah Adrien.

"Ad, jom makan." Ajak Nadia apabila sudah tiba di hadapan Adrien.

"Kau dengan Luna pergilah. Aku nak borak dengan Norman." Balas Adrien dengan senyuman kecilnya. Walau dingin, Adrien masih tahu cara untuk senyum.

Nadia dan Luna berpandangan selisih ganti sebelum kembali memandang Adrien.

"Apa dia?" Soal Adrien apabila perasankan Nadia dan Luna melihatnya dengan pelik.

"Kau dengan Norman senang pula berkawan. Tapi, kenapa dengan orang lain kau punya dingin kalah kiub ais. Norman, kau guna japi apa dekat Adrien ni? Biasanya susah nak berkawan. Lebih-lebih lagi dengan murid baru." Ujar Nadia. Entah kenapa tiba-tiba sahaja Adrien rapat dengan murid baharu.

"Lahh. Kita orang memang dah kawan lamalah. Tapi, tak adalah lama macam kau dengan Ad." Balas Norman. Matanya tidak lepas dari memandang Luna di sebelah Nadia.

Nadia yang perasankan itu hanya tersenyum.

'Ingat aku tak perasan ke?'

"Ooo. Eh sekejap. Macam mana kau tahu yang aku dan Adrien dah kawan lama?" Soal Nadia polos.

"Ad kau bagitahu eh?" Sambungnya lagi tanpa menunggu jawapan.

"Ha'a." Jawab Adrien pendek. Dah beku mesti jawapannya pendek je.

"Ooo. By the way, Sabtu ni, aku dengan Luna nak pergi jalan-jalan kat mall. Kau orang nak ikut tak? Boleh abang aku ambil kau orang sekali dah alang-alang nak ambil Luna ni."Pelawa Nadia. Kalau pergi sorang-sorang atau berdua dengan Luna tak seronok. Kenalah ramai. Baru fun!

"Aku ikut je." Jawab Adrien.

"Kau Norman? Nak ikut ke tak?" Soal Adrien.

"Boleh je. Thank you tau ajak." Balas Norman. Dia juga berterima kasih kepada Nadia.

"No hal lah." Balas Nadia pendek. Seraya itu, dia dan Luna melangkah keluar dari kelas itu untuk ke kantin demi mengisi perut yang sudah berkeroncong kuat.

NADIA dan Luna berjalan beriringan di dalam pusat beli-belah besar itu. Tangan berpegangan. Mereka berjalan mendahului Adrien dan Norman.

Norman yang melihat pegangan tangan Nadia dan Luna, dia mencuba untuk mengusik Adrien. Dia sangat tahu yang Adrien tidak suka disentuh sembarangan.

Perlahan-lahan, dia memegang tangan Adrien. Tersentak Adrien apabila dia berasa yang sesuatu memegang tangannya. Dia menolah dia alangkah terkejutnya dia.

"Kau kenapa bodoh?!" Soal Adrien dengan nada marahnya. Suaranya agak kuat.

"Shh. Janganlah jerit!" Ujar Norman seraya menekup mulut Adrien.

Lantas, Adrien menggigit telapak tangan Norman yang terdapat di mulutnya.

"Eee. Kotorlah bangang!" Marah Norman pula. Telapak tangannya yang digigit oleh Adrien dilap pada baju Adrien.

Nadia dan Luna yang terdengarkan suara mereka berdua mengeluh sebelum mereka menoleh.

"Kau orang berdua kenapa? Dari tadi lagi."Marah Nadia.

'Menyesal aku bawa dua bala ni.'

"Tah. Dah kenapa terjerit-jerit bagaikan apa ni. Tak malu ke?" Bebel Luna pula. Tangannya sudah naik mengcekak pinggang.

"Dia tu Luna. Kau tengok ni. Habis tangan aku dia gigit. Kotor tahu tak?" Adu Norman. Telapak tangan yang digigit oleh Adrien ditunjukkan kepada Luna.

Luna hanya menjeling.

"Kau kenapa gigit dia?" Soal Luna. Hati kawan, kenalah jaga.

"Dia tekup mulut aku." Ujar Adrien tanpa nada. Norman yang kaki mengadu itu dijelingnya.

"Aku menjerit kenapa?!" Bidas Norman.

"Aku pegang tangan aku kenapa?" Soal Adrien pula.

Nadia dan Luna hanya mengeluh dan menggeleng. Bau-bau pergaduh bakal bermula. Lebih baik lari sebelum menanggung malu.

"Aku tengok Nadia dan Luna buat elok je. Aku try lah buat dengan kau." Ujar Norman.

Kehilangan Nadia dan Luna langsung tidak diperasankan oleh mereka. Sebaliknya, mereka sambung bergaduh bagaikan budak-budak berebut cokelat.

"Tu perempuan. Orang tengok pun tak nampak pelik. Kita ni lelaki. Kan ada cop gay karang. Tak nak aku!" Ujar Adrien lagi.

"Alah. Kau tak payah kesahlah apa yang orang kata. Just live the way we want." Ujar Norman lagi.

"That's the way YOU want. Not me." Ujar Adrien lagi. Sengaja dia tekankan perkataan 'you' itu.

"Daripada kau pegang tangan aku, baik kau pegang tangan Luna. Kau kan suka dekat dia." Ujar Adrien lagi dengan nada mengusik.

"Gila kau! Tak pasal-pasal aku kena marah dengan Nadia nanti." Marah Norman.

Adrien membisu. Ternyata benar. Dia memang perasan akan pandangan mata Norman yang sentiasa mencuri pandang Luna. Dia tidak mahu membuat kesimpulan terlebih dahulu. Lagipun, dia tak kesah pun.

"Ehh. Kejap." Ujar Norman apabila dia tersedarkan sesuatu.

"Ma-macam mana. Macam mana kau tahu?" Soal Norman. Perasaanya tidak pernah dia ungkapkan kepada sesiapa. Namun, bagaimana Adrien mengetahuinya?

"Hehe. Come on! Ni Adrienlah!" Lagak Adrien dengan tangan yang naik mengusap hidungnya. Lagak sombong.

"Haha. Not funny." Balas Norman dingin. Lagakkan Adrien langsung tudak berkesan terhadapnya.

"Okay okay. Aku perasanlah kau asyik curi-curi pandang Luna. Aku rasa bukan aku je. Nadia perasan juga kut. Sebab setiap kali kau pandang Luna, mesti dia senyum. Tapi macam tak senyum sangat. Aku pun tak tahu." Terang Adrien.

Suka tu susuk sikit. Kalau tak, kantoi!

"Eh jap. Mana dia orang?" Soal Adrien apabila dia menyedari Nadia dan Luna sudah lama meninggalkan mereka di tengah-tengah pusat beli-belah yang besar ini.

Bermulalah misi untuk Adrien dan Norman mencari Nadia dan Luna di dalam pusat beli-belah itu.

Dia Milikku | CompleteWhere stories live. Discover now