Chapter 12

43 20 0
                                    

Masa berlalu, hari ini merupakan hari yang mendebarkan buat semua pelajar yang berumur 17 tahun. 17 tahun?

Ya, mereka semua sudah membesar bersama di The Aqua Empire International High School. Dua tahun yang mempunyai berbagai ragam. Berbagai kenangan samada kenangan manis mahupun pahit.

Mia?

Mia dimasukkan ke dalam sekolah akhlak. Harap-harap dengan memasukkannya ke dalam sekolah akhlak perangainya akan berubah dan kembali ke jalan Sang Khalif.

Hari ini merupakan hari di mana mereka akan mendapat result SPM mereka. Merdeka? Ohh tidak. Ini baru merupakan titik permulaan bagi mereka. Titik permulaan untuk mereka membuka mata dan mengenali dunia luar. Dunia yang penuh dengan berbagai cabaran kehidupan. Pengkhianatan. Pembohongan. Namun, terdapat juga kemanisan dan keceriaan.

Mereka berjalan keluar dari dewan majlis dengan air muka yang ceria terpancar di muka masing-masing. Kenapa?

"Weh. Tak sangkalah..kita semua dapat straight A's. Alhamdulillah." Ujar Ryan. Senyumannya melebar ke telinga.

"Alhamdulillah." Balas mereka serentak.

"Lepas ni, tak bolehlah jumpa kau orang selalu." Adu Ryan. Dia mencebikkan bibir. Sedih.

Yelah, nanti semua nak masuk universiti. Tak kan nak terperuk dalam rumah je. Memang tak lah mak ayah mereka benarkan.

"Tak apa. Kita kan cuti sekarang ni. Kita pergi holiday dulu sama-sama. Dalam seminggu macam tu. Nak?" Norman memberi idea.

"Boleh juga. Aku try tanya parents aku dulu. Ad jomlah. Kau ni paling susah ajak jalan jauh-jauh." Jawab Nadia.

"Entahlah."

"Kau jangan sampai aku yang pergi tanya Mummy." Ugut Nadia.

Mummy?

Benar, Nadia memanggil Datin Elya mummy. Kenapa? Dah lama mereka kenal. Sejak kecil lagi dan juga sudah dibiasakan.

"Okay-okay. Aku pergi." Adrien memberi kata putus.

Dia tahu, kalau Nadia minta, mesti dapat. Jadi, baik dia iyakan sahaja.

"Yay!" sorak mereka semua.

"Tapikan, kita nak pergi mana? Kau orang nak bercuti mana? Dalam ke luar Malaysia?"

"Entahlah. Aku ikut je." Jawab Luna.

"Dalam je lah. Jauh-jauh susah nanti." Tokok Adrien pula.

"Lupa. Kita ada someone yang kalau boleh tak nak keluar rumah langsung." Sindir Nadia.

Adrien hanya menjeling Nadia. Berdekah-dekah mereka ketawa. Geli hati melihat gelagat dua hamba ini. Seorang kaki sindir. Seorang lagi kaki menjeling. Jelingan maut.

"Tak baiklah kau ni, Nad. Kesian dia." Tegur Luna. Tegur?

Adrien tersenyum apabila Luna membelanya.

"Tak ajak aku nak sindir dia. Lepas ni, buat lebih sikit. Aku nak join juga." Sambung Luna. Memang sekepala!

Terbuntang mata Adrien mendengar sambungan Luna. Ingatkan nak bela. Rupanya,...haih..sama je. 2 kali 5 je.

Terhambur tawa mereka semua.

"MAMA. Lusa adik dengan kawan-kawan ingat nak pergi bercuti. Boleh kan?" Nadia membuka mulut. Di ruangan makan hanya terdengar bunyi sudu besi berlaga dengan pinggan kaca sahaja.

"Bercuti? Nak bercuti dekat mana?" Soal Datin Naura semula. Bukannya menjawab, hatta menyoal semula.

"Tak tahu lagi. Kita orang plan nak bercuti dalam Malaysia je. Malas nak pergi jauh-jauh. Boleh kan?" Nadia menyoal semula. Meminta kebenaran.

Dia Milikku | CompleteWhere stories live. Discover now