Chapter 11

50 21 1
                                    

Ryan meraup rambutnya kebelakang. Sudah dua hari dia tidak hadirkan diri ke sekolah dek kerana luka yang ada di mukanya. Berbagai-bagai luka yang hinggap di mukanya yang bersih. Lebam, berdarah dan berbagai lagi. Akan tetapi, itu bukanlah masalah baginya. Kalau setakat luka sikit-sikit ni bukan masalah baginya. Dia pernah terlantar di hospital kerana bergaduh.

Punca?

Saja. Nak test power. Junior lawan senoir. Last-last, dua-dua masuk hospital. Eloklah sangat. Yang besar, yang kecil sama aje. Pendek akal.

Seperti yang dikatakan, luka sedikit bukan masalah dia. Akan tetapi, dia merasakan bahawa Nadia bukan bermimpi ketika dicium. Tapi, tak mungkin. Perempuan kut. Takkanlah Mia tu...

Batang hidung Ryan muncul kembali selepas seminggu tidak hadir ke sekolah. Hubungan dia dengan Nadia, Luna, Adrien dan Norman macam mana? Gaduh ke tak? Tiada siapa yang tahu. Mereka masing-masing mendiamkan diri. Jadi bisu kelu belaka.

Ryan cuba untuk membaiki keadaan, akan tetapi, dia perlukan masa yang sesuai. Dia perlu menunjukkan bahawa dia sedang berkata benar dan berharap bahawa kejadian itu merupakan mimpi.

Sepanjang waktu persekolahan mereka langsung tidak bercakap. Semua bagaikan sudah terkunci mulut masing-masing. Hari persekolahan dijalani dengan sunyi sepi. Callissta Room sangatlah senyap. Langsung tiada bunyi melainkan suara guru yang mengajar. Semua hanyut dalam dunia masing-masing.

Selepas tamat waktu persekolahan, Ryan bergegas ke bilik securiti untuk melihat rakaman CCTV. Mujurlah dia anak pengetua. Kalau tak, susah nak masuk. Bilik itu dikawal ketat. Hanya keluarga Harith Izhan dan pengawal sahaja dibernarkan memasuki bilik tersebut.

Selesai mencari rakaman hari kejadian, dia meneliti hasil rakaman tersebut. And guess what?

Terlopong mulut Ryan melihat hasil rakaman hari kejadian. Benarlah kata Adrien, ini bukan mimpi. Tetapi, realiti. Realiti yang menjijikkan dan menyakitkan. Dia...

Tak normal.

Dia sempat menyimpan bukti rakaman ke dalam telefon pintarnya.

Cuaca menunjukkan hari sudah petang, Ryan mengajak Adrien, Norman dan Luna untuk berjumpa di rumahnya. Pada awalnya, mereka tidak mahu. Akan tetapi, Ryan mendesak. Akhirnya mereka akur.

"Kau kenapa nak jumpa? Tak cukup hari tu kena belasah? Nak lagi?" Soal Adrien dengan dingin. Bibirnya langsung tidak tercalit sebuah ssnyuman. Matanya tajam melihat Ryan.

Ryan meneguk air liurnya kelat. Gerun akan sisi Adrien yang baharu.

"A-aku nak tunjuk bukti ni. Bukti yang aku tak bersalah." Laju Ryan membuka telefon pintarnya dan menunjukkan hasil rakaman yang telah diambilnya.

Terlopong mulut semua setelah melihat bukti rakaman yang ditunjukkan oleh Ryan.

"J-jadi...betullah apa yang Nadia kata. Memang ada orang cium dia." Luna sangat terkejut. Kawannya..dicium oleh...

Seorang perempuan!

Musuh Nadia!

"Sorry weh. Aku..aku sumpah tak patut pukul kau macam tu. Aku tak tahan lepas Nad cerita. Dalam kepala otak aku cuma syak kau je. Tak pula aku sangka yang...Mia.." Laju Adrien minta maaf selepas mengetahui cerita sebenar. Dia jijik untuk menyebut perkataan 'itu'.

"Tak ada hal lah. Sekarang ni, aku rasa jangan beritahu Nad lagi. Just kata tu mimpi. Aku tak nak hubungan persahabatan kita orang terputus." Balas Ryan.

Mereka semua mengangguk.

Mia

Mereka sangka Mia itu normal. Rupanya...

Dia Milikku | CompleteWhere stories live. Discover now