" Guna blackcard Hadif. Haha. " Selamba Hafiy menyatakan kebenaran. Wajah beriak bangga. Tangan dicekak di pinggang.

Tiba-tiba bahunya terasa berat.

Peluh mula merenik di dahi. Jantung berdetak seperti sedang berdansa. Hatinya yang tadi girang sudah berubah gentar. Liur diteguk, terasa kesat.

" Blackcard siapa kau cakap tadi? Aku tak berapa dengarlah. " Suara garau Hadif menendang kuat gegendang telinga Hafiy. Aduh, masa-masa macam ni lah abangnya tak dengar.

" A-aku gu.. guna- " Bicara Hafiy terpotong dek kerana ada suara kecil mencantas.

" Abang Hafiy kenapa gagap-gagap? Abang Hadif, tadi abang Hafiy cakap dia guna kad abang Hadif. " Dengan polosnya Helena memandang kedua abangnya. Seorang macam tikus kecut perut, seorang lagi macam dubuk nak makan orang.

Selalu abang Hadif ceria aje, kenapa hari ni muka dia ketat sikit? Rungut hati Helena.

" Thank you, my Lena sayang. Nanti abang Hadif belanja aiskrim ya? Abang ada nak cakap sikit dengan Hafiy. Abang minta diri dulu.. " Hadif mengorak langkah dengan tangan mencengkam rambut Hafiy, dipaksa ikut. Helena yang tidak faham akan situasi yang berlaku, hanya melambai perlahan ke arah kedua abangnya yang berlalu pergi. Hadiah daripada Hafiy diletak di meja.

" Dah, sini. " Hafhiz panggil adiknya itu. Nampak macam dia tak kisah, tapi dia sayang sangat adiknya seorang ini.

Dia mencangkung.

" Ni hadiah kau, ambil. " Hafhiz memberi hadiahnya. Pipi memerah sedikit. Malu barangkali. Kepala diteleng sedikit, memandang ke arah lain.

Cup!

Helena mengucup pipi Hafhiz beberapa saat. Walau bukan kali pertama, tapi jelas terpancad riak malu daripada Hafhiz. Berona merah mukanya.

Helena senyum senget.

" Abang Hafhiz kenapa? " Dari tadi dia cuba cari muka abangnya itu, asyik berpaling ke tempat lain aje.

" Dia malu. " Hifzan ketawa kecil.

" Malu? Kenapa? " Helena tanya lagi. Jari telunjuk diketuk-ketuk didagu. Berfikir. Abangnya ini buang tabiat ke?

" Dahlah, pergi dekat abang Hefzy kau sana. " Hafhiz menolak lembut belakang Helena ke arah Hefzy.

Hefzy menggenggam kedua tangan kecil Helena. Ish kecilnya tangan, boleh muat masuk mulut.

" Adik. " Hefzy memanggil Helena.

Hefzy Darwish, satu satunya abang Helena yang memanggilnya adik. Yang lain semua panggil dengan panggilan Lena, princess, my precious dan lain-lain.

Anak mata Helena yang berwarna coklat terang menatap anak mata Hefzy yang berwarna kelabu. Mata Puan Dairisya dan Helena Dahlia sahaja berwarna coklat, Tuan Huzhaid dan anak lelakinya semua bermata kelabu.

Hefzy berdiri di hadapan adiknya. Walaupun umur mereka berbeza dua tahun sahaja, tapi ketinggian Hefzy membuatkan Helena nampak seperti bayi. Kesimpulannya, Helena pendek.

" Abang Hefzy nak bagi hadiah, tapi hadiah abang tak adalah hebat sangat macam hadiah abang awak yang lain. " Nada Hefzy seakan sayu, mungkin kerana rasa bersalah tidak dapat memberikan hadiah yang setanding dengan abang-abangnya.

" It's okay! Helena tak kisah, asalkan daripada abang, Helena ambil aje! " Helena menarik senyuman ikhlas. Tak pernah lagi dia merungut tentang hadiah yang dia dapat daripada abang-abangnya, semua dia terima dan disimpan rapi di dalam bilik.

" Em, okey.. tapi Helena janji tak merungut... " Hefzy memandang Helena seakan berharap tiada rungutan dari si adik.

" Iyeee! " Panjang harakat Helena membalas.

7 DEMONS 1 ANGEL [ HIATUS ]Where stories live. Discover now