"Phewit! Tiba - tiba pengatin perempuan tak reti berjalan" usik si pengerusi majlis. Tidak lain tidak bukan Raden Qafli dan Tengku Harith. Mereka berdua saling berganding bahu mahu memeriahkan majlis.

Raja Maraya memandang Farel dengan senyuman pasrah. Kenapa dibiarkan dua orang tu yang menjadi pengerusi majlis? Rosak majlis sanding idaman mereka.


        SELESAI sesi bergambar dan makan, kini suasana di dewan bertukar sedikit hening dan romantis. Lagu yang diputar turut disesuaikan dengan suasana. Membawa beberapa pasangan ke tengah dewan untuk berdansa.

Tiada di dalam rancangan, tetapi Hud dan Nadyne lah yang memulakannya. Apabila melihat sepasang merpati sejoli itu asyik berdansa mengikut rentak perlahan tersebut, mulalah beberapa pasangan yang lain menyertai mereka.

"You wanna dance, abang?" Soal Raja Maraya yang mula berdiri dari duduk. Farel senyum. Masakan dia menolak pelawaan isterinya? Dibiarkan saja jari - jemari isterinya bersilang dengan miliknya.

Apabila mereka bangun sahaja, beberapa tetamu mula bersorak separa kuat kerana teruja.

Pegangan tangan Farel mula mengemas di sekitar pinggang Raja Maraya. Rapat jurang antara mereka tiada siapa yang tahu ada debar yang terselit diantara mereka berdua.

Ianya kencang. Namun kerana sensori manusia yang terbatas, ia dirahsiakan daripada pengetahuan ramai.

Tetapi tidak untuk Mar dan Farel.

"I can feel your heart beating so fast, my princess" tubuh mereka bergerak perlahan ke kiri dan kekanan. Mereka tidaklah tahu tentang perincian berdansa dengan cara yang betul, tetapi sekali sekala mahu merasa juga. Biarpun langkah mereka bagaikan kayu.

"Isn't it?" Raja Maraya senyum penuh. Kakinya bersarungkan tumit tinggi hampir tiga inci, tetapi dia terpaksa mendongak demi mencari sepasang anak mata milik suaminya.

"I would like to say thank you for make it beating this fast. You never failed to make me flustered" kata - kata itu diselit dengan senyuman. Farel mengetap bibir sendiri apabila si isteri membalas ujarannya.

Halus ketawa mereka terdengar di telinga masing - masing.

"Abang akan pastikan jantung Mar sentiasa berdegup kencang hanya untuk abang. Bersedia tak?"

Geriap tubuh bersama getaran kecil ditubuh. Farel menarik tinggi tangan Raja Maraya untuk memusingkan tubuh itu. Laju sahaja tangannya menangkap tubuh itu kembali. Kemas memasuki pelukan.

Lagaan kecil antara pipi mereka mengundang sorakan tetamu lagi.

"Abang, kenapa manis sangat ni?" Bisik Raja Maraya. Dagu Farel yang menimpa bahunya dibiarkan sahaja. Malu? Ada juga. Kerana banyak mata yang memerhatikan mereka bersama lensa kamera.

"Ini dia babi dan pasangannya yang dulu bergaduh bagai nak rak. Sekarang berpeluk macam dia orang je ada dekat Bumi ni." Kata Iman Solihin.

Telefonnya ditala ke arah Farel dan Raja Maraya yang tidak mendengar kutukannya tadi. Dia seronok merakam momen indah Farel dan Raja Maraya. Modal 'membahan' untuk esok tulat.

"Pindah planet jom" ajak Farish.

"Eh, kita yang belum kahwin ni sepatutnya mempertahankan hak kita di Bumi ini. Kita halau dia orang dari Bumi ni. Kita hantar dia orang ke planet paling panas." Jawab Iman.

"Dah kenapa pula nak hantar dia orang ke planet paling panas?

"Sebab dosa dia orang berlambak. Hantar ke planet paling panas cepat sikit dosa terbakar" selamba Iman menjawab. Bibirnya menjuih tatkala Farel tampak berbisik sesuatu di telinga Raja Maraya yang sedang tersimpul malu dalam dakapannya.

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now