| 21 |

11.4K 893 92
                                    



PANG!

Berdesing telinga Raja Maraya saat telapak tangan papa menampar wajahnya. Melihat itu, pantas Raja Hadi bangun, menarik adiknya ke belakang badan.

"Touch my sister again and i would not hesitate to do something crazy" keras suaranya terdengar.

Sudah cukup sabar, sudah cukup baik dia tidak menghayun penumbuknya ke wajah Farel sejak dari tadi. Mengenangkan mama yang hampir jatuh pengsan ketika mendengar Raja Maraya ditangkap khalwat bersama Farel. Jika tidak memang nahas.

Malah, rasa hormatnya pada Mejar Zharif Ziyan juga masih tinggi. Lelaki itu bersama Puan Fauziah, hanya menunduk kecewa.

"Move, Hadi" Raja Murad mendekati Raja Hadi, tajam wajah anak sulungnya itu ditatap. Bahu Raja Hadi dicengkam sedikit, memberi amaran agar lelaki itu menepi. Sekilas, wajah kosong Raja Maraya pula dipandang. Semakin geram jadinya. Tangan Raja Murad menjangkau lengan anak gadisnya.

"Kau memang anak tak kenang budi!"

"Papa!"

Pap!

Lengan Raja Murad ditahan oleh Farel. Genggaman yang kian mencengkam Raja Maraya tadi turut dileraikan olehnya. Perlahan - lahan, tubuh Raja Maraya ditolak ke arah belakangnya pula.

"Uncle nak lepaskan marah, nak pukul, lepaskan pada saya. Saya penyebab nya. Saya yang menconteng arang di muka dua pihak keluarga. Jadi, pukul saya. Jangan pukul Mar" pinta Farel.

"She traps you and you still being nice to her? Jangan jadi bodoh sebab perempuan, Farel." Raja Murad tertawa sinis.

Alat rekaman suara yang dipasang pada belakang sofa ruang tamu turut dijumpai Farel. Segala perbualannya bersama Raja Maraya direkodkan, diperdengarkan kepada semua.

"I'm not being nice, uncle. I just love her. Saya tak kisah jika dipanggil bodoh sekali pun." Jawab Farel, sedikit tegas. Tubuhnya dipusing, memandang Raja Maraya yang membisu. Sedikit pun mata hitam itu tidak mengerling ke arah Farel.

"I'll marry her"

"NO!"

Suasana tidak sempat menganalisis kejutan yang diberi Farel, kini suara nyaring Raja Maraya menambah bengong. Semua mata menuju ke arah Raja Maraya yang mendongak memandang Farel tajam. Bagaikan mahu menerkam.

"Aku tak akan sesekali kahwin dengan lelaki macam kau! Bayar denda ajelah! Tak perlu berkahwin bagai!"

"Watch your mouth, Raja Maraya!" Raja Murad menengking. Tidak pula Raja Maraya kisah. Matanya masih galak menikam anak mata Farel yang tidak kurang tajamnya.

"Bertanggungjawab atas apa yang kau dah buat, Mar. Tak susah pun" tangan Farel menyilang di dada.

"Dan macam mana dengan tanggungjawab kau pada 10 tahun yang lepas? Apa tindakan kau untuk pulihkan hati aku yang berparut ni? Kau cuma hilangkan diri! Bila kau rasa kau dah bagus sangat, kau datang semula! Bila aku dah berubah baru kau terhegeh - hegeh pada aku!"

Dada Farel ditunjal beberapa kali. Geram. Dua tangan Raja Maraya ditangkap kemas. Kali ini, barulah dia mempunyai peluang untuk bertentang mata dengan Raja Maraya.

Sejak pihak JAIS datang menyerbu, wanita ini hanya mampu menangis kesenggukan dan menunduk. Mahu berbicara sahaja dia tak mahu.

"Mar, apa kau nak lagi? Kau nak aku minta maaf? Dah berbuih mulut aku meminta maaf. Kau nak aku melutut? Aku dah buat. Kau nak aku melutut lagi sekali? Aku sanggup, Mar"

Badan direndahkan mahu melutut, tetapi ditahan oleh Raja Hadi. Bahu Farel dicengkam kasar, menandakan dia tidak suka dengan tindakan Farel.

"Aku tak suka kau buat semua ni depan mak ayah aku dan depan mak ayah kau. You make Mar dirty." Tegas Raja Hadi. Bahu Farel ditolak sedikit sebelum dia menarik Raja Maraya untuk keluar dari situ.

[C] Stella : The Glory of Black MariaOnde histórias criam vida. Descubra agora