| 31 |

12.1K 1.1K 97
                                    


480 votes : update

        "ADIK, aku dah nak balik. Jom?" Raja Hadi menyentuh sedikit bahu Raja Maraya yang sedang mencelup kaki di dalam air pantai.

"Kau baliklah dulu, abang. Aku tunggu Eshal dengan Ummar. Aku balik dengan dia orang" kata Raja Maraya sambil menunding jari ke arah Eshal dan Raja Ummar yang berjalan di gigi air.

"Okay, cun. Kita jadi pencegah maksiat. Aku pula balik dengan Jib dan bimbo Laila. Hati - hati. Eyes on them" Raja Hadi memberi isyarat agar Raja Maraya tetap fokus pada Raja Ummar dan Eshal. Sudahlah malam. Gelap. Ada kes tangkap basah kali kedua nanti.

Raja Maraya tersenyum kecil.

Kakinya disentuh air pantai. Terasa dingin, ditambah lagi dengan suasana malam yang begitu sejuk dan menenangkan. Pulau Tioman, salah satu pulau yang dikatakan syurga dunia. Indahnya, birunya begitu mendamai mata. Cuma sekarang, malam gelap gelita. Indah dan biru lautan yang terbentang kini tidak kelihatan melainkan bunyi deruan ombak yang menghempas.

iPhone miliknya ditelek lama. Puas berperang dengan hati dan otaknya sendiri. Namun, Raja Maraya masih tidak dapat kesudahan. Dirinya sendiri akui, dia begitu keras hati.

'Telefon aje, dengar suara dia pun dah cukup.'

No caller ID mode diaktifkan. Lalu, nombor Farel segera dicari. Hatinya berdegup kencang. Farel akan jawab ataupun tidak? Risau juga jika tak dijawab. Sibuk dengan pekerjaan di hospital medan Sabah, ditambah pula ID si pemanggil yang disulitkan.

Lama ia berdering. Seperti dijangka. Memang tidak dijawab. Keluhan dilepaskan sebelum iPhone itu dijatuhkan dari paras telinga.

"God, I miss him" erat matanya terpejam. Tubuhnya mula menggigil saat bayu pantai mula bertukar sejuk beku. Baju tanpa lengan, pilihan kurang tepat untuk malam ini. Lengan yang terdedah itu diusap perlahan bagi memanaskan badan.

Ting!

Notifikasi telefon berbunyi.

Farel : Kalau nak dengar suara aku, call aje macam biasa.

"Shit"

Raja Maraya tersenyum kecil. Laju jari jemarinya membalas pesanan itu.

Mar : I call you? Mana ada? Dekat sini pun line sekejap ada sekejap tak ada.

Farel : aku tak cakap pun kau ada call aku? Aku cakap kalau kau nak dengar suara aku, call aje macam biasa. Macam aku dekat Turki dulu?

Farel : Jadi betullah No caller ID ni kau?

Farel : Princess? You miss me that much?

"TAK GUNA FAREL! TAK GUNA!" hampir melompat Raja Maraya akibat terkejutkan panggilan yang masuk. Tentunya ia daripada Farel Ziyan.

Dengan hati yang gundah gulana, Raja Maraya menjawab panggilan tersebut. Dia berdehem sekali, menunggu Farel memulakan bicara.

"Princess? You miss me?"

Dug!

Menggilanya hati Raja Maraya kini Tuhan saja yang tahu. Bagai mahu menyembah Bumi, lututnya tidak kuat menampung badan. Hampir terduduk di atas pasir dibuatnya.

"F..Farel.. y..you—"

"Yes, I miss you goddamn much, baby" pintas Farel. Raja Maraya membisu seribu bahasa. Tadi, dia berjanji hanya mahu mendengar suara Farel. Itu sudah memadai. Tetapi kini, dia rasa bagaikan mahu berlari terus ke arah Farel.

[C] Stella : The Glory of Black MariaTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon