| 25 |

12.1K 1.1K 175
                                    


450 : update

"MY sera?"

Automatik, mata Nureen Nathalia terpejam. Ah, lelaki ni lagi! Satu per satu kakinya dibawa melangkah pergi meninggalkan Raja Hadi yang sedang memegang sejambak bunga mawar merah.

"Eh, eh! Nak kemana? Saya dekat sinilah" Raja Hadi menyaingi langkah Nathalia yag sedang menulis repot pesakit.

Memincing mata para pesakit di wad tersebut melihat kehadiran Raja Hadi. Ada yang tersenyum ada yang hairan ada juga yang melambai ke arahnya. Sudah biasa melihat lelaki itu disini.

"Awak buat apa dekat sini? Kan saya dah pesan, jangan datang ke hospital. Awak tahu tak semua pesakit dekat sini fikir awak boyfriend saya?" Bisik Nathalia.

Lengan Raja Hadi ditarik agar menjauhi kawasan wad. Takut mengganggu pesakit berehat dan dia juga sudah tebal muka mahu menerima segala asumsi pesakit tentang Raja Hadi.

"Iya ke? Ish pandainya dia orang!" Raja Hadi tersengih. Manakala Nathalia sudah memicit pelipis sendiri.

"Tolonglah jangan macam ni. Saya baru mula kerja disini. Kalau Farel dapat laporan tentang saya bawa lelaki masa kerja, mati saya"

Setelah menamatkan sesi internship, Nathalia mula berkhidmat sebagai doktor di hospital milik Mejar Zharif. Berkat pertolongan Farel sendiri yang mempromosi dirinya sebagai graduasi baharu yang sedang mencari peluang pekerjaan. Kini, dia di dalam sesi latihan bagi mempersiapkan diri sebagai doktor pakar bedah yang sebenarnya.

"Berani Farel buat macam - macam dekat awak? Kita tengok siapa yang 'mati' nanti" Raja Hadi menyilangkan tangannya ke dada. Tidak sedar, sejambak bunga masih berada di genggamannya.

"Oh, lupa. Nah. For you" sengihnya sambil menghulurkan bunga mawar kepada Nathalia yang sudah berkerut dahi.

Bukan tidak suka, tetapi hampir setiap minggu jambangan bunga dihantar oleh Raja Hadi. Jika lelaki ini sibuk dan tiada masa untuk menghantarnya sendiri, akan ada penghantar yang menyampaikannya.

"Thank you. Tapi jangan buat lagi. Susah saya nanti" pinta Nathalia dengan suara yang lembutkan. Manalah tahu Raja Hadi mahu menurut jika berbuat begitu.

"Comelnya! Haa, baiklah. Saya tak buat dah. Lepas ni saya jumpa awak lepas waktu bekerja" Raja Hadi memintal hujung jaketnya sambil tersengih. Betulkan apa yang Nathalia kata? Cukup mudah mahu membuat si Hadi menjadi penurut.

"Jangan janji je. Buat. Saya nampak awak datang masa saya bekerja lagi, saya halau awak guna stretcher tu. Nampak?" Jarinya menunding ke arah stretcher kosong yang berada di kaki lima hadapan pejabat Farel.

"M..macam mana awak nak halau guna stretcher tu?"

"Saya kejar awak dengan stretcher tu. Sodok bontot awak" jeling Nathalia. Fail ditangannya dipukul perlahan di lengan sasa Raja Hadi.

"Ish, senja! Senja dah pandai nak sodok ontot orang eh? Bagitahu mummy! Biar mummy tahu anak dia ni macam lembu suka sodok bontot orang"

Nathalia menghambur gelak tawa separa kuat. Tak menyangka, kekasih nya yang baru sahaja diterimanya pada bulan lepas ini sejenis yang 'masuk air'. Ketika pertama kali bertemu, lelaki ini begitu tegas dan berwibawa. Sekarang? Hilang lakik nya.

"Kenapa senja?" Soal Nathalia tiba - tiba. Bibir merah jambu itu merekah senyum, menatap wajah Raja Hadi tanpa jemu. Senja? Nama itu begitu klasik. Tak pernah dibuat orang panggil kekasih dengan nama begitu.

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now