| 16 |

12.4K 905 80
                                    



ESHAL Alaya merenung lama belakang tubuh Raja Ummar. Entah apa yang merasuki lelaki ini, tiba - tiba terpacak di hadapan rumahnya pada awal pagi. Memaksanya untuk bersiap. Ini, kali pertama mereka berdua keluar berduaan. Biasanya pasti ada Raja Maraya ataupun Jibrael. Paling tidak, akan ada Raja Luqman.

"Ummar"

Raja Ummar berpaling ke arah belakang dengan tatapan kosong bekunya seperti biasa. Kening tebal Raja Ummar terangkat, bertanya soalan secara tidak langsung.

"K..kita nak ke mana?" Soal Eshal dengan berhati - hati. Risau tersilap caturan, tak pasal pasal dia disembur singa jantan ni.

"Kau nak tinggal seorang dekat rumah? Mar balik rumah mak ayah dia lepas discharge tengah hari ni" jawab Raja Ummar sambil menekan butang lif.

"Oh, faham"

Suasana mula menyepi, membiarkan kotak fikir masing - masing yang berbicara. Lif mula terbuka, lalu Raja Ummar membiarkan Eshal masuk terlebih dahulu.

"Biasanya Ummar datang dengan Jibrael atau abang Luqman. Macam mana datang seorang hari ni?" Soalnya polos. Tanpa sedar, Raja Ummar sudah berpaling ke arahnya dengan wajah yang ketat.

"Kenapa? Kau tak suka?"

"Eh, Eshal tak cakap macam tu pun. Ummar yang main serkap jarang." Wajah Eshal berubah riak. Dahi licinnya berkerut dan dia mula bertentang mata dengan Raja Ummar yang sudah mengguling bebola mata.

"Along ada kerja di office. Kena cover kerja Mar dekat sana. Jibrael ke Manchester, pantau Laila secara bulanan" sepatah demi sepatah jawapan diberi. Cukup ringkas tetapi mudah difahami. Raja Ummar memang diketahui cukup tegas dan garang. Sesuai dengan perwatakkan seorang tokoh Islam yang terulung. Saidina Umar Al Khattab. Tetapi Ummar dihadapannya ini? Nak jadi ustaz pun belum tentu!

"Garangnya" perlahan Eshal berbisik.

"Apa dia?"

"T..tak ada apa apa!" Eshal menayang giginya yang rata, tersengih. Haih dia dengar lah pula!

Dug

Raja Ummar membeku saat sengihan Eshal terpapar. Cantik. Sekali, liurnya ditelan cukup payah. Nafasnya bagai menyekat di esofagus tak mahu keluar. Ianya memaksa Raja Ummar untuk melepaskan keluhan besar.

"Jangan senyum" arah Raja Ummar tanpa menoleh ke arah Eshal. Terkebil - kebil mata gadis itu, tidak mengerti. Senyum pun salah ke?

"Jangan senyum? Kenapa?"

"Jangan banyak tanya. Orang cakap jangan senyum tu jangan senyum." Tambah Raja Ummar. Ketika itu, pintu lif terbuka, kaki panjangnya melangkah besar meninggalkan Eshal Alaya di belakang. Dicengkam sedikit dadanya yang terasa berdebar. Ummar! Kau gila ke? Sejak bila kau lemah macam ni?

"Motor?" Soal Eshal teringa - pinga.

"Ada masalah dengan motor aku?"

Eshal membuang muka. Orang tanya dia nak tanya juga. Melanggar hukum bertanya betul! Helmet dari tangan Raja Ummar diambil, dipakai pada kepalanya.

"Ish, mcam mmnamm nakmm pakaimmm nim?!" suara Eshal tenggelam timbul di dalam helmet. Mata itu terkebil kebil memandang Raja Ummar yang sedang mengetatkan helmet.

"Pakai helmet pun tak pandai? Bodoh betul kau" selar Raja Ummar. Helmet yang tak habis disarung itu dibetulkan olehnya, penutup cermin dibahagian mata ditepuk kuat sehingga menutup pandangan Eshal yang baru mahu membalas kata.

"Ummar pun bodoh. Dah tahu nak ambil Eshal, naiklah kereta!" sekali satu tamparan dihadiahkan di lengan Raja Ummar yang memakai baju tanpa lengan.

Perih kulitnya menerima tamparan itu, Raja Ummar mencerlung garang. Disebalik helmet penuh yang hanya memaparkan dua mata coklat itu, Eshal tahu Raja Ummar sedang menatapnya tidak berpuas hati.

[C] Stella : The Glory of Black Mariaजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें