| 56 |

13.9K 1K 167
                                    



PINTU dewan yang dibuka membuatkan semua tetamu yang hadir berpaling dengan rasa teruja. Begitu juga Farel Ziyan yang segak berbaju melayu putih. Nafas dihela perlahan menahan debar.

Wajah Raja Murad yang berada disebelahnya dipandang. Mengharapkan rasa gemuruhnya hilang serta merta. Lelaki tua itu cuma senyum, menyuruh Farel memandang lurus pada anak gadisnya yang baru sahaja memasuki dewan.

Dug!

"Ya Allah, cantiknya"

Matanya terbuntang, mulutnya membulat seperti aksara 'O'. Terasa gigil lututnya melihat Raja Maraya yang cantik dibaluti busana Kurung Pahang yang ringkas. Dan wajah manisnya ditutupi veil yang tidak terlalu panjang.

Hal yang membuatkan hati Farel Ziyan berdegup kencang kerana selendang yang dipakai oleh Raja Maraya. Ianya sempurna menutupi rambut wanita itu. Tiada sehelai rambut pun yang terlihat.

Inilah kali pertama Farel Ziyan melihat Raja Maraya mengenakan tudung sesempurna itu. Melihat sahaja sudah mengundang rasa sebak yang menggila. Farel cuba menahan air matanya. Pantas senyuman kecil diukir kepada Raja Maraya yang sedang berjalan ke arah pelamin, sebelum mereka meleraikan tautan mata.

"Pengantin lelaki, dah sedia?" Soal si kadi dengan senyuman.

"Chill Farel chill. Kau jangan ulang salah Jibrael dengan Hud je" bisik Raja Hadi yang berada di kerusi sebelahnya.

Tidak dijawab, malah Farel mengetap giginya menahan rasa. Jika buka kerana dia sudah kecut perut, mungkin Raja Hadi sudah selamat dimaki oleh Farel.

"Sudah" jawab Farel dengan senyuman.

"Okay, kita mula ya?"

Terasa bahunya ditepuk oleh Raja Hadi dari arah belakang, Farel mengetap bibir. Tangan tukang kadi dicapai setelah seluruh dewan mula menghening.

"Mohd Farel Ziyan Bin Mohd Zharif Ziyan"

Namanya diseru.

"Saya" sahut Farel dengan suara tenang. Bagai bersimpul urat perutnya, baru kini Farel berasa berat dengan tanggungjawab yang bakal dipikul.

'Abah, Rel mampu ke nak jadi suami Mar?'

"Aku nikahkan kau dengan Raja Maraya binti Raja Murad dengan mas kahwin 500 ringgit tunai"

'Bismillahirrahmanirrahim, aku ambil Raja Maraya sebagai isteriku kerana Kau. Aku terima baik dan buruknya, aku tanggung segala dosanya kerana Kau. Permudahkan urusan aku dan Mar. Jauhkan bala daripada hubungan kami sebagai suami isteri. Berkati hubungan kami.'

Raja Maraya mengerutkan dahinya ketika suara Farel masih tidak melafazkan akad. Kenapa dengan Farel? Hatinya mula tak keruan melihat wajah dingin itu tak berkutik memandang tangan yang kemas berjabat.

"Aku terima nikahnya Raja Maraya binti Raja Murad dengan mas kahwinnya 500 ringgit tunai"

Sekali lafaz, Farel menghela nafas yang tersekat - sekat. Terkebil - kebil matanya kerana terkedu. Sekali lafaz dan begitu mudah urusannya.

"Sah?"

"Sah"

"Sah"

Para saksi menyahut, melaksanakan amanah mereka.

"Alhamdulillah"

Farel tersenyum lebar. Lega! Akhirnya, Raja Maraya miliknya.

Farel berpusing pula ke arah Jibrael yang menjuihkan bibir. Tak jadi mengharung rasa sebak, jari telunjuk diangkat. Menghantar isyarat yang berbunyi 'satu lafaz je bro'. Tiba - tiba dia teringatkan peristiwa Jibrael melafazkan akad seminggu yang lepas.

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now