"Dan log calls yang kami dapat melalui telefon Syarmila merujuk kepada nombor telefon kau sendiri" tambah Jibrael dengan senyuman tenang. Bukti gambar log calls yang mengandungi nombor telefon milik Brina turut ditunjukkan.

Tarikh panggilan sesuai dengan tarikh yang tsrtera di CCTV hospital membuatkan Brina mengeras tubuh.

"Aku fikir dah masuk lokap tiga hari dah bertaubat. Makin sial pula perangai kau ya." Raja Ummar yang sedari tadi sudah cukup sabar dengan mendiamkan diri mula bersuara.

"Kau ingat apa aku kata pada kau sebelum ni? Aku ni pernah pukul perempuan"

Sekali, bulu kuduknya berdiri serentak kesemuanya. Tubuh Farel yang tinggi lampai itu dipandang dengan jelingan menikus.

"Rel, I—"

PANG!

Satu tamparan kuat mengenai pipinya. Berdesing telinganya saat tangan besar itu pertama kali mendarat diwajah. Brina terpempan.

"Dan setakat nak bunuh perempuan macam kau sikit pun tak jadi masalah untuk aku"

Rambut Brina ditarik sehingga wanita itu mendongak terpaksa.

"Rel, sakit—"

"Fucking call me Rel again, I would slap your face again. But with my feet. Mar sahaja yang boleh panggil aku dengan nama tu"

Geram.

"APA YANG ADA PADA MARAYA TAPI I TAK ADA? KURANG APA I DI MATA YOU, FAREL?!"

Suara Brina memenuhi ruang siksaan ini. Membuatkan semua orang hampir melepaskan tawa mereka.

"Banyak kurang kau, minah senget. Banyak sangat" celah Tengku Harith yang berdiri di sebelah Raja Ummar.

Semenjak dua menjak, semakin akrab dia dengan Black Angels. Semakin berguna sel - sel otaknya. Tak sia - sia dia membocorkan rahsia dan plan abang tirinya, Tengku Haziq pada mereka semua.

Pendek kata, dialah tali barut yang berjaya menjerut keluarga Tengku Hudson.

"Perempuan ialah makhluk berbahaya. Jika aku dihunus keris tetapi dalam masa yang sama aku digoda birahi dek lenggok wanita, aku lebih rela mati di hujung mata keris"

Hud Yaqeez cuma tersenyum tenang. Tepat memandang Brina yang terpinga - pinga.

"Kau perempuan sepatutnya menjaga martabat kaum kau. Bukan saling menjatuhkan antara satu sama yang lain. Jangan disebabkan jantan gagah, kau menyembah dikaki, memuja nafsu"

"Kau tak payah berpuitis, Hud. Perempuan ni bangang dia level tenggiling. Kan senang kalau kau label dia penyondol." selar Tengku Harith.

"Sial! Aku bukan penyondol! Maraya yang rampas Farel daripada aku!"

"Kau pula dua kali sial. Bila pula kau dengan Farel bercinta? Kau berangan banyak ni. Nah double fhak aku bagi untuk penyondol yang syok sendiri macam kau!"

Tengku Harith menayang kedua - dua jari tengahnya tepat dihadapan wajah Brina. Segera ditahan Vince yang ada disebelahnya.

"Jangan dekat dengan dia, Ayet. Sejenis babi tu. Haram kalau tersentuh" provok Vince. Semakin puas hatinya ketika wajah Brina yang bagai tertelan cicak menjadi hiasan mata mereka.

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now