"No, biar aku yang buat, Farel" Nathalia berkeras.

"Aku akan ketuai pembedahan kali ni. Jangan sesiapa berani sentuh Mar" Farel mencerlung garang. Segera menarik tangan Raja Maraya yang berada di puncak kepalanya.

Lama, tangan itu diciumnya. Tidak dihiraukan jika Raja Hadi mahu membunuhnya sekali pun.

Diarah kepada jururawat agar menyiapkan segala keperluan. Termasuk meminda Raja Maraya ke ruangan pembedahan segera.

"Tapi.. emosi kau sedang celaru, Farel" Masih cuba memujuk Farel yang berjalan menuju ke arah rak penyimpanan baju persalinan.

"Aku boleh, Nat. Kau cuma perlu assist aku. Macam biasa. Aku tak percayakan orang lain untuk selamatkan Mar"

"Kalau jadi apa - apa? Macam mana? Aku faham kau risaukan Mar. Tapi kita kena fikirkan keselamatan Mar juga."

"Tolong, Farel. Jangan letak semua beban di atas bahu kau. Jangan tanggung semua ni seorang diri. Beri orang lain peluang untuk tolong sekali"

Farel menggeleng. Dia tetap dengan pendiriannya.

"Pilih doktor dan jururawat yang terbaik. Ini melibatkan nyawa Mar. Aku tak mahu ada kesilapan sedikit pun" tegas.

Tahulah Nathalia kini. Kedegilan Farel Ziyan memang tidak dapat dibendung. Nafasnya dihela berat. Sakit kepalanya dengan situasi ini.

Tidak lama, terlihat Raja Murad, Puan Asiah dan Dani Imran yang tiba.

"Mana adik, abang?! Mana adik?!" Raja Murad tidak dapat menahan emosinya lagi. Kerumunan jururawat yang sedang menukar pakaian Raja Maraya diserbunya.

"Ketepi! Itu anak aku!" Raja Murad berjaya membuka ruang. Raja Maraya yang masih berpakaian sama itu dipandang dengan beliakkan mata.

Disebabkan Raja Maraya berbaring di posisi mengiring, luka di bahagian belakang pinggang itu kelihatan. Masih ada darah yang belum dibersihkan sepenuhnya. Peluru juga
belum dikeluarkan dari isi daging.

"Adik.."

Lemah lutut Raja Murad saat melihat tubuh
anaknya berlumuran darah. Tangisannya
menghambur kuat sambil memeluk
Raja Maraya yang separa sedar.

"Maafkan papa. Adik tolong bertahan. Papa tak ikhlas jika adik pergi. Papa tak akan mampu maafkan diri papa" raungannya menggamit perhatian semua orang.

Berkerdip mata Raja Maraya. Kosong pandangan dituju rambang ke lelangit siling hospital.

"You deserve it. Adik harap adik mati malam ni."

Dibuat semua orang tergamam dengan jawapan Raja Maraya itu. Puan Asiah sudah terjelepok dilantai. Longlai lututnya saat mata tiada sinar milik anaknya itu mula memejam sepenuhnya.

"Adik tak boleh mati. You need to stay alive!"

Tubuh kaku Raja Maraya itu dipeluknya semakin erat. Tuhan, jangan kau ambil anak aku sekarang. Bukan sekarang!

Sakit didadanya bagai dijerut dawai berduri. Saat Farel dan beberapa doktor cuba meleraikan pelukkan mereka, Raja Murad bagaikan diserang histeris.

"Bawa pesakit masuk ke OR dahulu. Nanti aku menyusul" arah Nathalia kepada doktor Fea.

"Baik, Nat" Doktor Fea mengangguk. Segera ditolak katil pesakit menuju ke arah OR tanpa menoleh ke arah Raja Murad yang menjerit memanggil nama anaknya.

"Adik dengar cakap papa! Adik jangan lemah!"

"DIAM MURAD!" Jerkah Puan Asiah. Wanita itu sudah meraung bagi nak rak. Segera Nathalia memeluk tubuh longlai si mertua. Diusap belakang Puan Asiah agar bersabar.

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now