"Tak mahu. I nak yang ni je." Jawab Raja Maraya dengan senyuman.

"Biar betul? Aku offer emas kot" berkerut dahi Farel. Biasanya, perempuan tidak pernah menolak pemberian mahal seperti emas. Raja Maraya? Boleh menolak mentah - mentah. Tak normal ni!

"The sentimental of this necklace just beyond everything. Even the gold could not replace it. You tak ingat ke rantai ni ada dengan I untuk beberapa tahun kebelakangan ni? Rantai ni aje yang I ada waktu you jauh daripada I."

Jibrael dan Raja Laila yang ada berdekatan mula bertukar pandangan. Mereka senyum, cuba menguping perbualan dua hati yang hampir bersatu itu.

"Ya, aku ingat princess. But I want to give you something better than this. You're my lady. I want to give you the best"

Jujur, dia tidak kisah jika rantai ini menjadi milik Raja Maraya buat selamanya. Tetapi, Farel hanya mahukan yang terbaik.

"Tak perlukan yang terbaik. If it's was from you, everything will be perfect for me. I tak minta hadiah mahal - mahal daripada you"

Segera rantai besi tadi simasukkan ke dalam baju. Risau betul jika rantai itu dicuri oleh Farel.

Farel? Sudah pasrah.

RAJA Murad dan Puan Asiah duduk di laman rumah. Bersama sedikit makanan ringan untuk dihidang kepada Dani Imran yang ada di ruma mereka sekarang.

Lelaki itu kelihatan sedikit kelat wajahnya. Tetapi, senyumannya tetap ditarik untuk dua orang tua dihadapannya sekarang.

"Dani apa khabar? Sihat?" Soal Puan Asiah. Suasana agak janggal membuatkan hening menghimpit mereka.

"Sihat, aunty. Alhamdulillah. Aunty uncle macam mana?"

Sekadar berbahasa dan menyantuni orang tua. Mana tidak jatuh hati dua orang ini? Dani sungguh sopan dan pandai mengambil hati. Seketika, Raja Murad tersenyum lebar sambil mengangguk.

"Sihat. Ini, kamu datang ada apa? Dah lama uncle tak dengar khabar kamu"

Dani Imran berdehem sedikit. Dibetulkan duduknya sebelum mengeluarkan kad bersampul.

"Untuk uncle dan aunty sekeluarga. Jemput datang." Senyuman dimaniskan.

Kaget dengan undangan tiba - tiba itu, Raja Murad segera menyambut huluran Dani. Kad undangan itu dibuka.

Dani Imran & Fara Kamila

"D..dani.." Puan Asiah terpempan saat membaca isi nama di kad undangan tersebut. Dani senyum lagi. Belakang lehernya digaru sedikit.

"Ya, Dani dah nak nikah hujung bulan ni, uncle, aunty. Alhamdulillah, ada yang dapat menggantikan Mar dihati Dani"

Jawapan itu berjaya bikin mereka berdua ditampar realiti. Masih gamam. Masih pegun ditempat. Dani Imran segera menepuk kekura tangan Raja Murad yang tampak terkejut.

"Biarpun Dani tak bersama Mar, sekurang - kurangnya kami bahagia dengan cara kami, uncle."

"Mar ada pilihan dan apa yang dia pilih harapnya selaras takdir. Anggap saja Dani cuma penambah perisa dalam kehidupan anak uncle. Uncle jangan terlalu keras dengan Mar, ya? Dani minta untuk uncle hormat keputusan Mar."

Pesanan itu mencucuk hati tuanya. Birai mata kian basah. Dada dia cengkam kuat sehingga atur nafas turut sesak bagaikan tiada udara menelusur masuk.

"Mar ialah anak uncle yang penurut. Tetapi, mendidik Mar rasanya seperti termakan peluru sendiri" luah Raja Murad.

"Keras hati Mar susah dilentur disebabkan asakan uncle daripada dia kecil. Kamu tahu apa kesukaan Mar?" Soal Raja Murad sengan senyuman tawar.

Dani mengangguk.

"She likes violin so much" jawab Dani. Masih dia ingat akan gambar biola yang ada di akaun Instagram wanita itu. Semua kegemaran Raja Maraya sudah sebati diingatannya.

"Sedangkan kamu sendiri tahu, Dani. Tapi uncle? Uncle butakan mata semata - mata kepentingan diri sendiri."

Giginya diketap. Geram dengan diri sendiri. Malam ketika Raja Maraya menghambur kata - kata luahan itu berjaya membuka matanya. Mencelikkan hatinya.

Raja Murad, gagal sebagai ayah.

"Masih tak terlambat, uncle. Saya jamin Mar boleh maafkan uncle. Mar bukan sejenis berdendam lama. Sedangkan Farel pun dia terima semula. Apalagi ayah dia sendiri, kan?"

Raja Murad cuma membisu. Setuju dalam diam. Tetapi, hatinya menggetus untuk tidak terlalu selesa dengan pujukan Dani. Keras hati anak gadisnya dia sendiri tahu bagaimana.

Buktinya, Farel sendiri memerlukan masa bertahun untuk mendapatkan Raja Maraya. Itu tidak mudah. Tempatnya sebagai seorang ayah bukan tiket untuk menentukan kesembuhan luka di hati.

Lama membisu, Puan Asiah mencelah.

"Terima kasih, Dani. Aunty minta maaf bagi pihak kami. Jika Dani ada terguris hati dengan tindakan atau kata - kata Mar selama Dani kenal Mar. Apa - apa pun, tahniah atas perkahwinan Dani. Aunty dan uncle tumpang gembira"

Senyum. Dani mengangguk.

Detik itu, telefon milik Raja Murad berdering. Segera diperiksa telefon miliknya.

"Siapa, abang?" Soal Puan Asiah sambil menuangkan kopi ke dalam cawan milik Dani.

"Hadi." Jawab Raja Murad dengan kerutan dahi. Jarang anak lelakinya itu menelefon pada waktu begini. Biasanya, dia terus datang kerumah tanpa menelefon.

"Assalamualaikum, ya abang" ucapan salam diberi.

"Waalaikumussalam. P..papa.. adik.."

Dug!

Entah mengapa, hati Raja Murad bagaikan dikeroyok. Tak sedap perasaan. Liurnya ditelan payah saat suara Farel memanggil nama Raja Maraya jelas di hujung talian.

"Abang? Kenapa ni? Kenapa dengan adik?"

"Adik.. adik cedera ketika misi tadi. D..dia ditembak, papa"


700 likes : update

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now