Ashraff mengeluh perlahan.

"Jadi... Sebab ni la mereka duduk dekat Italy? Dan jarang balik Malaysia?" soal Ashraff, ingin tahu.

"Iya. Lagipun, wasiat tu akan di serah sebaik umur Aryssa mencecah umur dua puluh lima tahun dan berkahwin." keluh Bella menceritakan hal itu.

"Then, sekarang kau orang nak buat apa? Diam aje?" tanya Ashraff.

"Aku tak tahu. Abang Rian dengan Ryl suruh perhatikan dulu dan mereka minta tolong kau jaga Arys." pinta Haykal.

Ashraff merengus geram. Sungguh dia geram dengan si dia yang dikatakan oleh Haykal.

"Habis? Macam mana dia boleh datang majlis tu tanpa sedikit rasa bersalah?"

"Tu aku tak boleh jawab. Yang hanya tahu, Aryssa seorang sahaja. Dia tahu segalanya." kata Haykal.

Endflashback

"Coffee?" tegur Aryssa bertanyakan jika suaminya memerlukan kopi.

Ashraff menggeleng kepala perlahan.

"No need. Nanti tak boleh tidur."

Aryssa angguk kepala sambil membulatkan bibirnya.

"So, kenapa nak jumpa dekat gazebo?" soal Ashraff apabila Aryssa mintanya ke gazebo.

Aryssa melabuhkan punggung disebelah Ashraff. Kepalanya didongakkan ke langit.

"Saja. Nak tengok bulan," kata Aryssa.

Kerut dahi Ashraff melihat Aryssa. Tak mahu rasa kekok, dia turut mengikut Aryssa memandang bulan pada malam itu.

Cantik!

"Kalau la... Arwah mummy ada, mungkin sekarang dia akan larang apa I dan abang-abang I lakukan." kata Aryssa.

Ashraff kalih kepala memandang wajah Aryssa tenang memandang bulan. Melihat dari raut wajah gadis itu. Dia tahu pasti banyak bebanan yang ditanggung oleh gadis itu.

"Maksud you?"

"I minta maaf, Ashraff. I betul-betul minta maaf." ujar Aryssa tiba-tiba.

Ashraff terkejut. Berkerdip matanya mendengar perkataan maaf meniti bibir Aryssa. Dah kenapa gadis itu tiba-tiba minta maaf padanya?

"Tak... I tak faham. Kenapa you tiba-tiba minta maaf? You bukan buat salah apa pun dekat I." kata Ashraff. Walaupun ada rahsia yang disembunyikan oleh Aryssa. Itu tak bermaksud dia akan terus tinggalkan Aryssa.

Kalau kakaknya boleh menerima kekurangan abang iparnya? Kenapa tidak pada dia? Sedangkan dirinya juga ada rahsia yang tiada siapa mengetahui selain adik perempuan, Arsha.

"Sebenarnya I ada satu rahsia yang terlalu besar nak bagi tahu you." ujar Aryssa perlahan. Mungkin cuba untuk mencari kekuatan untuk beritahu Ashraff.

Ashraff mengjungkit sebelah keningnya. Mendengar akan itu. Semakin tertarik  dia hendak dengar rahsia yang ingin diberitahu oleh Aryssa.

Aryssa जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें