"I bukan nak you minta maaf lagi. Kan I dah maafkan you? I cuma mahu bandingkan ayat you dulu dengan ayat tadi. It's kinda same but it's giving me different type of feeling"

Hening menyapa seketika.

"I'm so proud to be your woman, Rel. Sementara ramai perempuan cantik yang mahukan you, tapi you pilih I."

Berkerut dahi Farel mendengar itu.

"What do you mean, baby? Kan aku cakap aku memilih. Perempuan cantik mana yang kejar aku? Tak ada. Kau aje yang cantik di mata aku."

Kekehan kecil Raja Maraya terdengar. Lucu ke? Kita serius ni!

"Cantik paras rupa tu bonus. Tuhan buka mata hati aku untuk nampak kau cantik diluar dan didalam. Biarpun aku lambat sedar. But God, you are so precious like a gem. I just want to pamper you so bad like a princess."

"And what if I tak berhias dan berdandan macam ni? Will you love me?" Duga Raja Maraya.

Farel terdiam sejenak. Mata hitam Raja Maraya yang bersinar menjadi santapan buat sekian kalinya.

"Mar, kau nak aku jujur?"

Gulp

Berdebar dengan jawapan itu. Tetapi, Raja Maraya mengangguk jua.

"Aku pernah aje nampak muka kau tak pakai make up. Kau lupa aku selalu ada masa kau training Muay Thai? Time training bila masa kau berhias, baby?" Farel memincing sedikit matanya. Aku judge kau ni Mar. Aku judge!

"Iya tak iya. Ish, buruk gila I! Dengan pakai seluar pendek macam lelaki—"

"Aku masih cintakan kau biarpun kau tak berdadan dan berhias. Aku memilih sebab ni."

Dada Raja Maraya ditekan dengan jari telunjuknya.

"Semua perempuan sukakan aku sebab dia orang tak tahu kekurangan aku. Tapi kau banyak tahu apa buruk baik aku. Dan kau masih terima aku yang tak seberapa ni, Mar. Dari dulu sampai sekarang, aku banyak tunjuk buruk aku pada kau. Tapi kau masih degil. Masih nak ambil hati aku"

"Bila kita mula bawa haluan masing - masing. Itu titik dimana aku rasa kosong. Aku rasa menyesal. Sepanjang 13 tahun ni, tak ada perempuan yang aku boleh terima sebab aku selalu bandingkan mereka dengan kau"

Denyutan didadanya sedikit tidak waras. Raja Maraya menyembamkan wajahnya dilengan Farel. Menutup rasa debar.

"Kau mungkin tak percaya, tapi aku mengaku aku mula jatuh hati pada kau masa kau menangis depan Hadi dekat makmal sains. Sebelum kau panjat tembok sekolah"

Farel senyum ketika mendengar ketawa Raja Maraya yang melengking separa kuat. Bertubi - tubi lengan Farel dipukul saat perempuan itu menghambur tawa.

"You ni potong lah Farel. Tadi I tengah sebak tau. Kenapalah you ingatkan I pasal perangai tak semenggah I tu?"

"Perangai tak semenggah kau lah yang buat aku sayang. Dalam tak semenggah tu, aku tak sangka kau ada hati yang lembut sebenarnya."

Farel senyum simpul. Dicuit hidung mancung Raja Maraya yang setia menatapnya.

"Masa aku hina kau, maki kau, aku terlupa yang kau pun ada hati dan perasaan. Dan aku sedar, kau sebenarnya perempuan berhati lembut dan tulus."

"At that point, my heart calling for your name until now. Dah tak boleh undur balik, Mar. Kalau kau mati, hati aku pun akan turut mati untuk perempuan lain."

[C] Stella : The Glory of Black MariaМесто, где живут истории. Откройте их для себя