"Cik, tolong turun. Jangan macam ni. Waktu melawat sudah habis. Orang awam tak dibenarkan masuk" pujuk pengawal keselamatan. Dia cuba menarik tangan Raja Maraya tetapi segera ditepis oleh wanita itu.

"Jangan sentuh I! I tak akan turun selagi Farel tak ada disini! Panggil Farel keluar sekarang!" Suara Raja Maraya kuat meraung di atas tembok.

Jangan disoal bagaimana wanita itu boleh berada di situ. Jika bilik kebal pihak musuh sahaja dia boleh menyelinap masuk dengan mudah, apa sangatlah setakat tembok kem tentera.

"Farel! Farel you keluar sekarang!" Entah laungan yang keberapa, semua prebet - prebet yang baru pulang daripada surau turut menyaksikan kejadian di situ.

"K..kenapa dia cari Tuan Farel?"

"Bukan ke perempuan ni girlfriend Tuan Farel?"

"Ini ke perempuan yang dia orang cerita tu?"

"Cantik tapi kurang sihat otaknya"

Farel sempat menangkap perbualan prebet - prebet lelaki yang berada tidak jauh di hadapannya.

"KAU SEMUA MASUK SEKARANG! JANGAN ADA SEORANG PUN ADA DEKAT LUAR. KALAU TAK MAMPUS AKU KERJA KAN!" Jerkah Farel kuat sebelum dia mula mendekati tembok tinggi tersebut.

"B..baik Tuan!" Sesuai arahan, mereka berpusu - pusu menuju ke arah bilik tidur masing - masing. Gerun.

"RAJA MARAYA RAJA MURAD!" Jerkah Farel dengan cekakkan di pinggang. Matanya bersinar garang menikam wajah basah Raja Maraya. Sah, perempuan ini sudah meraung bagai nak rak. Hincutan bahu wanita itu sahaja sudah membuatkan Farel menggelengkan kepalanya.

"Rel.. jangan marah I!" Mata Raja Maraya sudah terpejam erat dengan esakkan yang meniti dibibir.

"Turun, Mar. Bahaya. Tinggi tembok ni!" Farel berjinjit, cuba menggapai tangan Raja Maraya.

"Masalahnya macam mana nak turun?! I tak jumpa tangga!" Makin kuat raungan wanita itu.

"Yang kau panjat tembok ni siapa suruh?! Kau turun sekarang!" Makin kuat Farel menengking.

"You dah tak sayang I" segera wajahnya berpaling ke arah sebelah luar kem. Tak mahu memandang wajah Farel lagi. Merajuk.

"Astaghfirullahalazim. Allahuakhbar" Farel memicit dahinya. Berdenyut bukan main kepalanya sekarang.

"Abang.. Rel dah benci adik.." lirih suara Raja Maraya membuatkan Raden dan Iman mengetap bibir, menahan ketawa.

"Turun Mar. Jatuh nanti aku yang susah" Farel menarik sedikit hoodie Raja Maraya. Tetapi ditepis kasar.

"Biar I terjun. I bunuh diri! You dah tak sayang I!" Berura - ura mahu bangun, Farel mula membuntang mata. Raja Maraya betul - betul mahu berdiri di atas tembok!

"Eh jangan! Kau bodoh ke aku tak sayang kau? Aku sayang kau, gila!"

Bukan mahu cemas, malah orang disekeliling sudah ketawa terbahak - bahak. Farel melongo habis. Mar, sihat ke tak ni?

Tangan Raja Maraya yang sempat dicapai itu digenggam kemas. Terus dia menarik wanita itu memasuki pelukannya. Lalu, kaki Raja Maraya melilit pinggang Farel, membiarkan Farel mendukungnya.

"I taknak kahwin dengan Dani. Papa paksa I kahwin dengan Dani, macam mana ni Rel?" luah Raja Maraya dengan esakkan panjang.

"Kahwin ajelah. Kau pun bukan nak kahwin dengan aku. Terima je si Dani tu" Sempat Farel menyindir. Padahal, hatinya bagaikan mahu meletup mendengar pengakuan Raja Maraya. Senyumnya disimpan elok - elok.

"I nak kahwin dengan you"

Senyum lagi. Farel tidak mampu menahan bibirnya daripada naik tinggi. Kenapa hari ini dia begitu beruntung? Hari ini berapa hari bulan? Farel mahu mengenang tarikh keramat ini sampai bila - bila.

"Tapi sekarang ni you tahu tak papa nak I bertunang dengan Dani hujung minggu ni?!"

"APA?!" Bergema suara lantang Farel ketika itu. Hampir semua orang terdiam mendengar jeritan Farel. Tetapi, melihat sebikan wajah Raja Maraya membuatkan Farel mengendurkan emosinya.

"Macam mana ni Rel? I tak nak Dani.." esakkan halus kembali terdengar. Tangisannya dihamburkan dilekuk leher lelaki itu.

"Shh, tak apa. Aku kan ada?"

Belakang Raja Maraya diusap lembut oleh Farel. Kini, nafasnya dihela lega. Entah apa yang dia rasa. Yang pasti dada Farel terasa lapang. Hanya Tuhan yang tahu betapa gembiranya seorang Farel Ziyan pada malam itu.

"You tak benci I?" Soal Raja Maraya. Risau juga jika Farel sudah tawar hati.

"God, I love you Mar. I love you so much. Tak pernah langsung aku benci kau. Makin sayang, adalah"

Helaan nafas Raja Maraya terdengar lega. Begitu juga Farel.

"Tapi tolonglah jangan panjat tembok ni lagi. Nak gugur jantung aku dibuatnya" Farel mengeratkan pelukan. Rasanya, dia tidak akan melepaskan lagi pelukan ini.


        FAREL mengesat tubir mata yang basah. Wajah wanita ini sudah sembab dek menangis tidak henti - henti. Segala yang berlaku sudah diceritakan kepada Farel.

"Confirm papa akan buat sesuatu. Dia akan suruh juga I terima Dani walaupun I tak mahu." Sambung Raja Maraya.

"You're not gonna marry him. You're my princess, remember?" Tegas Farel Ziyan. Sekali kepala dianggukkan. Raja Maraya membiarkan Farel mengusap pipinya lama.

"I stay sini ya? I tak nak balik rumah. Nanti papa cari"

Farel mengangguk memberi kebenaran.

"Do whatever you want. Now, do you feel better? Lapar tak?"

Raja Maraya mengangguk.

"I do feel better. I lega sebab I belum terlambat. Dan I tak lapar"

Farel senyum. Hidung Raja Maraya yang memerah dijepit sedikit sebelum tawa wanita itu terlepas perlahan.

"Kenapa susah sangat nak mengaku? Hm?" Senyuman Farel naik tinggi, menggoda Raja Maraya yang sudah memerah wajahnya.

"I.. cuma takut." Raja Maraya menunduk, cuba melarikan anak matanya. Tetapi tidak berjaya saat Farel mencekup kedua - dua pipinya. Diarahkan wajah itu agar memandangnya lurus.

"Sekarang? Takut lagi?" Soal Farel.

Geleng.

"I not scared to love you anymore. But losing you was my biggest fear."

Farel terpana. Mimpi indah apa yang dia alami sekarang ini? Sungguh, dia tidak mahu tersedar. Tolong, biarkan lenanya sedikit lebih lama.

"So, what are we?" Soal Farel.

Kerusi beroda yang diduduki Raja Maraya itu Farle tarik mendekati. Lutut Raja Maraya berada diantara kedua lututnya. Kemas - kemas dia mencengkam lengan kerusi itu. Memagar Raja Maraya yang mengecilkan tubuh.

"We are officially a lover without parent's certificate."

Terhambur ketawa Farel mendengar jawapan bersahaja itu. Tangannya naik mengusap kepala Raja Maraya yang tersengih.

"I'm yours and you're mine, Rel. I love you, eternity"

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now