"Baik, saya faham bos"

Segera Ghazi berpamit pergi.


        KACA mata hitamnya dipakai. Silau dek matahari yang masih tinggi di atas kepala. Satu per satu wajah perajurit yang baru sahaja pulang dari Sabah dipandang. Semuanya disambut meriah oleh keluarga. Raja Maraya senyum. Makin melebar pula senyumannya saat Farel sudah menghampirinya.

"Welcome home, Rel" ujar Raja Maraya ketika kaki Farel benar - benar dihadapannya. Rasa harunya sedikit tidak biasa. Kali ini, bukan sekejap Farel ke Sabah. Hampir makan masa satu tahun lamanya. Hal ini kerana ada pertempuran di medan perang yang berjalan dalam jangka masa yang panjang. Tidak mengapa, asalkan Farel pulang dengan selamat. Itu sudah cukup memadai.

"You're came." Balas Farel dengan senyuman sedikit tinggi. Beret di kepala dicaput, mendedahkan rambutnya yang sudah sedikit panjang. Pemandangan begini jarang sekali dilihat oleh Raja Maraya. Sudah lama dia tidak melihat rambut Farel panjang.

"Of course. I dah janji nak jemput you."

Selamat beret itu dipakaikan di kepala Raja Maraya, mencetus gelak tawa wanita itu. Mereka berjalan beriringan ke arah kereta. Satu beg kecil milik Farel turut dibawa oleh Raja Maraya.

"Lebih kurang lagi dua bulan, ada majlis makan malam renjimental sempena Hari Tentera Darat. Everyone was required to bring plus one." Farel membuka bicara. Kunci kereta kini beralih tuan. Farel tidak pernah membenarkan tuan puterinya memandu. Nama juga tuan puteri? Tidak patutlah Mar memandu.

"So, you gonna bring Farhin?" Soal Raja Maraya polos.

"Aku fikir nak bawa partner taaruf aku. Itupun kalau dia sudi" cebik Farel. Kereta Ford Mustang GT itu mula dipandu meninggalkan kawasan lapangan helikopter.

"Fuh, you sentapkan tangkal hati I pasal perkara dua tahun lepas, Rel. Tapi tak apa. I sudi. Boleh cuci mata tengok tentera sado—"

"Tak apalah. Aku bawa Farhin" pintas Farel dengan jelingan tajam.

"Eh, mana boleh. Tadi you ajak I? Boleh lah Rel. I dah lama tak pergi dinner besar macam tu" pujuk Raja Maraya dengan wajah yang sengaja dimuncungkan.

"Jangan nak membongak aku. Bukan ke bulan lepas office kau baru buat grand dinner ke? Kau hantar sendiri gambar kau malam tu pada aku. Siap jadi wallpaper aku, tau" bidas Farel. Langsung, iPhone miliknya dicampak ke atas riba Raja Maraya. Benar kata Farel. Gambarnya menjadi hiasan di kaca skrin telefon lelaki itu.

"Cantiknya! Siapalah dia ni?" angkat bakul sendiri, Farel sudah sedia maklum dengan perangai Raja Maraya yang satu itu.

"Girlfriend aku. Kau apa tahu?" Farel menyorot matanya ke arah Raja Maraya yang sudah tersengih lebar. Hand brake ditarik sekali setelah mereka sampai di lampu isyarat yang menyala merah.

"Princess?"

"Hm?"

Farel menarik bahu Raja Maraya agar mendekatinya. Automatik, kepala wanita itu berlabuh dibahunya.

"Bila kita nak beritahu semua orang tentang kita? Kau masih nak sorok ke?" Soal Farel dengan wajah yang berharap. Dia begitu tidak sabar mahu memberitahu dunia bahawa Raja Maraya kepunyaannya. Lagi - lagi pada Dani. Diketahui, lelaki itu masih mengganggu Raja Maraya. Tetapi, seperti dijangka. Raja Maraya memang tidak melayan.

"Kenapa dengan kita?"

"Like.. we are something right?" Farel sedikit keliru.

"Hm, yes. But not official"

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now