"Biasalah orang angau. Macam aku, selagi tak dapat selagi tu kita cuba. Kau tengok sekarang. Merasa juga aku pancing ikan handsome macam Hud tu. Punya lama aku nak tackle dia. Sekarang baru dapat"

Kening gadis itu terjongket dua kali tanda dia berbangga dengan hasil buruannya. Hud pun kau mahu ya, Nad? Suka hati kau lah. Janji tak kacau hidup aku.

"Buruk perangai orang tengah angau ya" Raja Maraya tersenyum segaris. Automatik, kepalanya kembali diserang bayangan Farel. Lelaki itu pun sedang angaukan dia. Membuatkan Raja Maraya tersenyum sendiri.

'Rel, apa yang you sedang buat?'

"Ha, buruk perangai orang tengah angau tapi buruk betul kalau kau senyum macam ni. Dah, jom turun tengok Eshal. Dah pukul berapa ni?" Nadyne menyergah.

Raja Maraya yang tersenyum tadi mula mencebik sekali lagi. Tak kasi chance langsung!

Lalu, kedua - dua orang wanita itu mula melangkah ke arah rumah corner lot yang ada di hujung simpang. Suasananya sudah gelap. Mungkin, Eshal sudah mula menutup lampu. Namun, mereka tetap menghampiri.

"Argh!"

Suara jeritan terdengar dari arah dalam rumah. Eshal? Raja Maraya dan Nadyne mula berpandangan sesama sendiri sebelum mereka berlari mendekati pintu. Dagger masing - masing dikeluarkan, bersedia dengan apa - apa jua keadaan.

"NAPPEUN SAEKKI! ILLOWA! - Bad scumbag! ke sini!"

Mendengar itu, Raja Maraya dan Nadyne menerjah masuk ke dalam rumah. Dengan sekali tendangan kuat, Nadyne berjaya memecahkan pintu yang masih berkunci dari dalam.

Kelihatan Eshal yang baru berdiri dengan rambut yang sudah kusut masai. Jelas, dia baru sahaja bergelut dengan wanita dihadapannya.

Wanita itu bermata sepet, memakai pelitup wajah berwarna merah, senada bajunya. Rambut panjang yang bertocang tinggi dan membawa sebilah pedang samurai.

'Macam kenal?' Getus hati Raja Maraya.

"Woah, Eshal. Sedara kau ke ni?" Soal Raja Maraya dengan wajah yang hairan. Namun, dagger tetap dinaik tinggi melepasi paras bahu. Wanita bermata sepet tadi memandangnya dengan wajah keliru. Mungkin, tidak faham dengan bahasa yang Raja Maraya gunakan.

"Kepala hotak kau lah, kak! Ini orang suruhan mak tiri aku! Kau nampak tak apa benda tu?!" Eshal menunjuk ke arah pedang samurai yang tergeletak di atas karpet sudut rumah. Bodoh ke?

"Shit, kau handle dia sendiri?" Nadyne pula bagaikan tidak percaya. Tidak menyangka Eshal sudah mampu mempertahankan dirinya sendiri biarpun lihak musuh mempunyai senjata berbahaya.

Sementara mereka sedang terleka dengan perbualan yang tidak berapa panjang, wanita tadi mula menolak Raja Maraya dan Nadyne yang menghalang jalan keluar.

Tetapi, sempat Nadyne mencapai pangkal rambut wanita itu. Ditarik kuat sehingga wanita itu jatuh ke lantai.

"Stay still, lady. We're not done yet"

BUK!

Satu tendangan mengenai wajah Nadyne saat itu.

"Fuck!"

Langsung wanita tadi bangun, mahu melepasi Raja Maraya pula. Dagger ditangan dipusing sekali dengan senyuman sinis.

"Shibal, Black Maria-ssi? - Fuck, Miss Black Maria?" Barulah wanita itu mengecam wajah Raja Maraya dek samar - samar lampu jalan yang menyimbah.

"Yes, and you're fucked up" sekali, dagger diayun kuat ke arah leher wanita itu.

Sempat dielak. Namun lincahnya Black Maria, hulu dagger yang berwarna merah keemasan itu mengenai wajahnya. Bibirnya pecah, hampir keseluruh pelitup wajahnya basah dengan simbahan darah.

Pap!

Sekali rentapan, kain tadi berjaya ditarik oleh Raja Maraya. Sunggingan sinis ditarik tinggi.

"Ah, Valerina? I thought you are an amateur assassin."

Senyuman kepuasan terbit saat mata kuyu milik Valerina mula tertutup erat.



        "NAL nwa-jeo! Na jom na-jweo. Nar ja-yu-rob-ge nwa-jweo! - lepaskan aku! Lepaskan aku sekarang. Bebaskan aku untuk pergi!"

Dipandang tiga wanita yang berdiri dihadapannya sekarang. Masing - masing mempunyai wajah dan raut tersendiri.

Seorang wajah kosong, si Nadyne. Seorang lagi yang paling genit di antara mereka bertiga. Inilah si target yang perlu 'diselesaikan'. Manakala seorang lagi berwajah seduktif dan tenang. Jika tidak kenal dengan wanita berkulit tan ini, mungkin kau bukan salah seorang assassin. Bahkan, nama Black Maria sudah terkenal di merata negara.

"Dia cakap apa ni raju?" Soal Raja Maraya kepada Eshal yang sedang berpeluk tubuh.

"Dia cakap mak kau hijau" selamba Eshal membalas dengan nada malas. Hal itu membuatkan wajah Raja Maraya berubah.

"Kau cakap mak aku hijau?!"

Pang!

Satu tamparan mengenai wajah Valerina. Nadyne menepuk dahinya sendiri. Masak. Terkadang, kebodohan Raja Maraya memang boleh membawa malu. Eshal sudah menahan tawanya sendiri. Baru sahaja Nadyne ingin menghalang Raja Maraya daripada mencekak kolar baju Valerina, Eshal menghalang.

"Biarkan." Eshal mengangguk sekali meyakinkan Nadyne.

"Ulang balik apa kau cakap kalau kau nak penumbuk aku singgah lagi ke muka kau!"

"Nae mogsum-eul sallyeojwo. Jebal. - Spare my life, please"

Wajah Valerina sudah basah dengan air mata. Jika terus menerus dia diseksa begini, dia rela mati. Malah, tiada satupun soalan yang dia mengerti keluar dari mulut tiga wanita ini. Semuanya dipakai bahasa Melayu. Tetapi, tubuh dan wajahnya masih dijadikan beg penumbuk ketiga - tiga orang ini. Apa salahnya?

"Eshal?" Raja Maraya bertanya apa yang barusan dilatakan oleh Valerina.

"Dia cakap kau panta—"

"Eshal~" Nadyne mencerlung garang. Tak cukup lagi ke mahu menyeksa? Sudah dua jam Valerina diikat di kerusi dan dibelasah. Hanya membazir waktu dan tenaga sahaja.

Eshal tersengih.

"Dia minta untuk kita tak bunuh dia. Spare her life." Jujur Eshal.

"Tanya dia, apa mak tiri kau nak?" Arah Nadyne sekali.

"Geunyeoneun mueos-eul wonhaneunga? - Apa yang dia mahu?" Soal Eshal.

"Geunyeoneun dangsin-i juggileul wonhaeyo. - She (ibu tiri Eshal) wants you to die" jawab Valerina dengan jelingan tajam.

"Geudaeumae, jinjjalo nal jug-il ​​sem-inya? - Then, are you gonna kill me for real?"

"Ooh - ya"

Raja Maraya dan Nadyne lebih selesa memerhati. Biarpun mereka tidak mengerti, raut wajah Eshal yang tapak kecewa membuktikan bahawa Rosalind begitu nekad mahu membunuh Eshal.

Semuanya kerana harta yang ditinggalkan ke atas namanya. Mama, sampai hati?

"Sudahlah, Eshal. Ketepi. Biar aku uruskan dia" arah Raja Maraya. Tubuh Eshal ditarik agar menepi.

"Macam mana? Kau nak lepaskan dia?" Soal Eshal dengan wajah yang kecewa berat.

"Macam ni"

BANG!

Sedas tembakan dilepaskan oleh Raja Maraya. Tetapi bunyinya tidak kuat. Kerana silencer yang dipasang pada hujung pistol tersebut. Membuntang mata Nadyne dan Eshal jadinya.

Hampir jatuh ke lantai, tetapi tubuh Eshal sepat disambut oleh Nadyne. Lututnya tidak kuat menampung badan saat darah milik Valerina terpercik di sekitar ruangan. Hanya semudah petikan jari, Valerina mati ditangan Black Maria.

"She's paying for what she did." Senyum Raja Maraya melebar sebelum pistolnya dimasukkan ke belakang seluarnya kembali.

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now