BAB 13

230 16 7
                                    

" HA TU LA BERANI LAGI PUKUL AQ, KAN DAH MENDAPAT "

" Garang nya cik Yaya hmm takut kita..kan Aryan ? " Aryan mengangguk tanda menyokong kata kata Ayyan. Mahu tercabut telinga kalau dengar setiap hari. Macam manalah boss boleh tahan dengan dia setiap hari kat office? pakai cotton buds kut.

" Aq dah pro, suara dia dah jadi muzik dah kat telinga aq " Azrin yang sedang menyandarkan badan pada kereta hanya menayangkan muka selamba. Aryan dan Ayyan berpandangan antara satu sama lain.

" yo lo yo lo je boss kita tu kan " Ayyan berbisik pada Aryan sebelum gelak perlahan.

" Hi bang! awal siap ? " Afiq yang baru keluar dari rumah bersama Epa datang mendekati. Terkejut Epa melihat Yaya sedang membebel pada seorang lelaki yang terikat di atas tanah. 

" Apasal member aq tu? Tuan, saya pergi kat Yaya kejap eh " setelah mendapat kebenaran daripada Afiq, Epa pergi ke arah Yaya. Nampak macam best je...usha sikit..

" ha bang, kau jumpa apa ? " gelengan daripada Azrin membuatkan Afiq tersenyum bangga.

" heh lemah, setakat dapat lelaki tak guna tu buat apa ? tengok aq heh " Afiq menunjukkan gambar dalam telefonnya kepada Azrin. 

" same person ? " Afiq mengangguk pertanyaan Azrin. Orang tu kalau tak kacau hidup orang lain memang tak boleh eh ? ini lah manusia sekarang. penuh dengan hasad dengki.

" mana Wijah ? " Azrin memandang ke arah Yaya yang tiba tiba muncul bersama Epa. Dah habis bebel kat mamat tu ke ? 

" kat dalam lagi i guess " Azrin melihat waktu sekarang. lamanya adik aq sorang tu. jangan buat benda bukan bukan sudah. dah lah bawa anak dara orang, tak pasal pasal jadi benda lain.

" ha tu dia ! wijah ! " Yaya dan Epa berlari ke arah Wijah yang baru sahaja keluar dari rumah itu. Azrin dan Afiq mengikut langkah mereka. 

" anything ? " Aleef memberikan beberapa fail kepada Azrin. Azrin mengangguk tanda berpuas hati. Settle satu masalah.

" wijah kau okay tak? asal muka nampak pucat semacam ?  "

" kau nampak hantu ke kat dalam ? " Yaya dan Epa memandang ke arah Wijah yang nampak macam kehilangan darah separuh badan. Takut dengan apa minah ni ?

" ta..tadi..Tuan Naufal..."

" Aq halau tikus dari dia tadi...tiba tiba je tikus tu melintas...tu wijah takut tu " Aleef memotong kata kata wijah. Wijah hanya mengangguk tanda setuju walaupun itu bukan kebenarannya. Yaya yang ingin kepastian memandang tajam ke arah Wijah.

" betul ni ? tipu dosa tau..masuk api neraka...mati seksa " wijah laju mengangguk. Dia pun tak tahu nak bagitahu ke tak..tak pasal pasal kena marah dengan Tuan Naufal...habis.

" dah tak payah nak memekak kat sini...jum balik...bising bising nanti ada benda lain ikut balik...sedar sikit kita ni kat hutan " Afiq berjalan menuju ke kereta sambil bersiul. Acah acah macam dah berjaya takutkan mereka. Tapi mereka hanya memandang pelik ke arah Afiq. Dah kenapa mamat tu ?

" dalam Al Quran kata bersiul tu bentuk ibadah orang kafir jahiliyah. bagus sangat la untuk tuan. alang alang tu tuan panggil sekali makhluk halus yang ada kat sini ikut tuan balik...mereka memang suka bunyi siul siul ni " Yaya menyilangkan tangan di dada. Epa dan Wijah hanya ketawa melihat muka takut Afiq selepas Yaya berkata begitu.

" pikir aq takut la tu...ma..mana ada ha..hantu kat sini lah..AHHH! " menjerit Afiq apabila ada orang menyergah dari belakang. Auto dia panjat naik ke atas badan Aleef.  Ayyan gelak kuat apabila melihat Afiq ketakutan. Ayyan dan Aryan bertepuk tangan antara mereka apabila rancangan mereka berjaya.

THE A'S POSSESSIONWhere stories live. Discover now