BAB 11

250 18 1
                                    

" betul betul lah gila kau nak boss marah ke ? "

" kau ni hmp! " yaya memandang pelik ke arah dua jejaka dihadapannya. Siapa pula depa ni ?

" korang ni siapa ha ? " ish mamat ni aq stapler mulut kau kang. Macam mana lah si Raisya tu boleh suka kat kau. Ya Allah selamatkan lah Raisya daripada manusia bertopengkan syaitan dan bukan bertandukkan kerbau tapi syaitan ini ya Allah.

" kau pahal pegang pegang cik yaya ha ? Tak tahu halal haram ke ? " salah seorang daripada mereka menyilangkan tangan pada dadanya.

" kau budak mentah tak tahu apa apa ! " nak juga melawan...dia dah salah tak nak ngaku. inilah contoh contoh manusia yang dibenci tuhan. jangan tiru ya adik adik.

" ooo kau ! Aryan kau pegang aq...tahan aq! Kau memang nak kena eh lelaki tua ! Dasar pak cik tak sedar diri ! Sini kau ! " dia mengambil tangan jejaka yang bernama Aryan itu lalu diletakkan pada bahunya. Dia acah acah ingin memukul Hayden. Ya Allah buat malu je.

" kau pahal gila " Aryan menolak bahu dia lalu tersembam lah dia kat situ. Kuat juga eh bunyi nya. Cepat cepat yaya pergi mendapatkan dia apabila dia meniarap tak bergerak kat situ.

" tak yah percaya dia. bangun la Ayyan...jangan buat malu aq. " Aryan menendang kaki Ayyan.

" sakitlah !... Uuu~ ni ke cik yaya ? " Ayyan memandang yaya yang sedang bercangkung dihadapan nya. Apa pasal dia ni ? Otak tak betul dah ke ?

" abang ! Eh ? Sape mereka ni ? " Raisya kau datang tepat pada waktunya.

" weyh aq dah kena gerak dulu...pape nanti roger aq okay ? " yaya memeluk erat badan kecil Raisya. Tak nak aq duduk sini lama lama.

" ala~ nak pergi dah ke ? " kelihatan muka Raisya seperti hendak menangis...halamak...emosi pulak eh mak buyung ni !

" haah puan..cik yaya ada kerja yang kena buat " Aryan memberikan alasan kepada Raisya. Nasib baik kau ada Aryan kalau tak aq tak tahu nak buat apa.

" takpelah macam tu..nanti kita lepak lagi eh ? " yaya mengangguk lalu pergi meninggal pasangan itu di situ. macam aq tak nampak Hayden pandang tak puas hati dekat Aryan dan Ayyan ni.

" cik yaya okay ? Tangan sakit tak ? " yaya melihat pada pergelangan tangannya...hmm berbekas...tak guna Hayden...yaya melepaskan keluhan

" saya okay je...korang ni siapa ? " pelik juga dengan kemunculan dua orang ni.

" ouh saya Ayyan...ni abang saya Aryan. " Ayyan memberikan senyuman kepada yaya. Weyh..cumil ! Halah halah jangan dik...cair kita. Dari apa yang aq nampak ayyan ni seorang yang ceria tapi berbeza dengan abangnya...aryan macam...macam azrin..takde emosi hehe.

" siapa yang hantar korang berdua ni ? " mereka memandang sesama sendiri sebelum tersengih melihat yaya. Yaya melepaskan keluhan. Mamat ni memang nak kena kan ?

_

" baru balik ya ? " epa menegur yaya yang baru sahaja masuk ke dalam rumah. Yaya hanya menganggukkan kepalanya sebelum baring di atas sofa.

" penat nampak ? kau buat apa je ? penat melayan tuan azrin ke penat melayan orang yang kau nak jumpa tu ? " yaya memandang tajam ke arah epa. sibuk je nak tahu hal orang. lagi penat kau tahu tak nak hadap perangai si Hayden tak guna tu.

" takdelah saja nak ingatkan kau...malam ni kita kena keluar tau...kang tak pasal pasal kau tido sambil jalan..kau tu bukan boleh kira "

" kalau aq tido pun, kau nak angkat dukung aq ke? Tak kan ? Biarlah aq " yaya menekup mukanya pakai bantal. Malas aq nak layan kau. Tido sekejap lah.

" eh apa aq pulak? Tuan azrin kau kan ada soh lah dia " kata epa sambil tersengih. Bantal tadi yang menekup muka aq tadi dah perfect landing dekat muka epa. Ambik kau.

" sebelum aq soh tuan Afiq buat perangai lagi teruk kat kau better kau senyap..layan perangai dia sikit pun dah merungut...lemah! " yaya menjelirkan lidahnya. Tengah sedap sedap bergaduh, tiba tiba dengar suara orang tergelak gelak dekat tangga. Kuntilanak mana pulak ni ? Tidak lama kemudian wijah turun sambil tersengih sengih memandang smartphonenya. Tau dah siapa yang dichatnya.

" sengih sengih...aq cabut gigi kau nanti kang " epa menganjing wijah yang sekarang berada di sebelahnya.

" biarlah aq..mulut aq "

" sebab apa wijah ? " yaya meletakkan tangannya pada telinga.

" sebab boleh dik ! " yaya dan wijah ketawa serentak melihat muka cemberut epa. Tak habis habis dengan ayat tu.

_

" gelapnya.."

" gelap sikit pun dah takut " yaya memandang tajam kearah azrin sebelum memijak kakinya kuat.

" kau budak kecik..memang nak kena kan.. " belum sempat azrin nak kejar, yaya terlebih dahulu lari kebelakang epa sambil tersengih. Sini kau mai lah. Takut ke ?

" apa barang sorok belakang orang pengecut ! HAHAHA " Afiq ketawakan yaya yang berselindung di belakang epa sebelum dia pun melarikan diri ke belakang Aleef apabila Epa menjeling tajam ke arahnya. Ampun bu..

" sama je kau pun " aleef menolak afiq menjauh daripadanya.

" dah dah..kita datang sini bukan nak main macam budak kecik..ada benda yang perlu diselesaikan " Azrin berjalan menuju ke arah sebuah rumah usang yang terletak di tengah tengah hutan ini. ya..sekarang ni kitaorang ada kat tengah tengah hutan dik.

Kami semua mengikut jejak langkah besar gedabak azrin sehingga tiba dihadapan rumah itu. Hm ? Macam kenal je..

" Aryan ? Ayyan ? "

" eh cik yaya ! Cik buat apa kat sini ? " senyuman lebar Ayyan berikan kepada kami semua. Manakala Aryan hanya menundukkan kepalanya sedikit tanda sapaan kepada kami. Comel je dua beradik ni.

" ada orang tu paksa kita ikut..tu yang saya ada dekat sini ni " yaya memandang ke arah azrin tapi dia buat buat tak nampak. Nyampah. Ayyan hanya menggangguk tanda faham.

" weyh Aryan. Senyum lah sikit! Masam sangat muka apasal. Jangan ikut abang aq weyh, nanti takde orang nak kat kau " afiq memegang bahu Aryan sambil mengelap air mata palsunya.

" orang pun tak nak lah lelaki perangai tak semengah macam kau ni ! " aleef menayangkan muka menyampah.

" eh mana ada..bohong itu semua...tengok tu, bella nak aq, kan bella kan..eh nak kemana bella ?! " cepat cepat epa meninggalkan afiq menuju ke arah wijah yang sedang berdiri statik disitu.

" kau okay wijah ? Takut ke ? " epa memegang tangan wijah. Sejuk..

" eh aq okay je..maklumlah tak pernah masuk kat dalam hutan ni..tengah hutan pulak tu..risau jadi apa apa " wijah memegang kuat pada tangan epa.

" jangan risau wijah, naufal ada di sini. Your knight in shinning armour " aleef menuju ke arah wijah sambil membuka jaketnya lalu diletakkan ke atas bahu wijah. dia membetulkan sedikit agar tidak mudah jatuh daripada wijah. Aleef menghadiahkan senyuman kepada wijah.

" te..terima kasih tuan.. " minah ni...epa yang berada di antara wijah dan aleef hanya tersenyum kosong melihat mereka. Aq ada kat tengah tengah ni sempat eh korang berdua bersweet sweet. 

THE A'S POSSESSIONWhere stories live. Discover now