BAB 3

514 35 8
                                    

" Err..." sekarang ni suasana di meja agak...tegang ? Semua diam tak berani melepaskan satu bunyi pun. Rasanya boleh dengar bunyi dengupan jantung kat sini. Yaya memandang Epa...Epa memandang Wijah...Wijah memandang Yaya dan Epa...dan mereka pun serentak memandang kedepan dimana terdapat dua orang sedang mencebikkan muka masing masing.

" nak bising lagi ke " Azrin membetulkan kotnya sebelum duduk di atas kerusi bersebelahan dengan Yaya. Afiq dan Aleef mendengus kasar. Salah diorang lah, sape suruh bergaduh tak kenal tempat kan dah kena smackdown sorang sorang. Boleh nampak kesan benjol dekat kepala lepas Azrin menghentakkan kepala mereka berdua.

" bella~ sakit...tengok bapak gorilla tu...dia pukul kite " mat report betul lah dia ni. Baru kena sikit, dah mengada. Harap je badan besar hmp! Epa hanya melihat dia dengan muka yang menahan ketawa. Bukan selalu tengok Tuan sendiri kena pukul. Suka lah tu dia.

" Sampai hati bella gelakkan kite...tak nak kawan! " Afiq memalingkan badannya. Aik, mengada tahap gaban betulla mamat ni. Epa membiarkan dia begitu. Dia tahu lama lama okay lah tu. Sekejap je ni drama pukul 8 dia.

" Tuan..tuan Naufal okay ? " caring betullah member sorang ni. Wijah bertanyakan pada Aleef apabila melihat dia mendiamkan diri. Nasib baik tak banyak songeh macam abang dia sorang tu. Tak tahulah sape bongsu sekarang ni.

" hm? Ouh Naufal okay je, orang tu je ha yang lembik sangat. Tuu yang nampak macam babun tu ha " Aleef memandang sini pada Afiq yang sedang bercangkung di atas kerusi.

" diamlah monyet, sibuk je " nak mula balik lah tu. Haa...pantang bersama..asyik nak gaduh je! Yaya hanya menayangkan senyuman paksa apabila melihat adegan adegan yang tidak berbayar ini. Tolong...tolong bawa aq keluar dari sini!

" Asal? Koyak ke ? "

" kau--" mereka sudah bangun dari kerusi masing masing tapi bunyi hentaman pada meja mengejutkan mereka. Perlahan lahan mereka menoleh kearahnya. Err...

" kalau tuan berdua bising lagi...bukan kepala tuan je saya hentak, dengan mulut mulut tuan sekali saya cabut jadi dinner malam ni. Nak ke " mereka berdua menggeleng laju apabila melihat senyuman menyeramkan daripada Yaya. Nampak macam dia nak buat betul betul je...better elakkan awal awal. Perlahan lahan mereka berdua duduk diatas kerusi semula.

" Bagus.." Epa dan Wijah dah tahan gelak kat tepi tengok depa berdua cuak bila nampak Yaya mengamuk. Baru kau tahu nak diam...Azrin pun apa kurangnya terkejut dia...selamani lembut je ayat yang selalu dikeluarkan oleh Yaya, tapi malam ni wow. Azrin senyum sinis memandang ke arah Yaya yang sedang tersenyum manis seperti tiada apa apa yang berlaku. That's my girl.

Mereka semua menjamu selera apabila makanan mereka dihantar tepat selepas sahaja mereka habis bergaduh. Dapat la tenangkan sikit hati ni dengan makanan. Food is heaven you know. Tapi masalah besar sekarang ni ialah...

" kenapa awak tak makan lagi ? Tak lapar ke ? "

" Cara tak nak makan ke ? "

" Asal kau tenung makanan tu sampai boleh tembus ke bawah meja "

 Mereka bertiga memandang satu sama lain kemudian menoleh kearah mereka bertiga. Bukan tak nak makan tapi...

" saya...saya tak pandai makan steak.."

" macam mana nak makan ni.. "

" risau steak ni melompat je sebab saya tak pandai makan steak pakai sudu garfu... "

Mereka bertiga terdiam sebelum melepaskan tawa. Muka Yaya, Epa dan Wijah tak yah cakaplah, merah habis tahan malu. Datang restoran mahal mahal tapi tak reti makan makanan dekat sini. Tadi bukan kemain lagi kata nak order banyak banyak, kalau hidangan pertama pun tak reti nak makan, memang tak dapat lah jawabnya.

THE A'S POSSESSIONWhere stories live. Discover now