Perlahan-lahan dia memusingkan kepalanya. Qayla langsung terkejut beruk.

"Hai.. lama tak jumpa" seorang perempuan yang sepertinya berbadan dua sedang duduk di atas motor serta melihat mereka berdua.

Perut yang agak besar itu digosok-
gosoknya

"Arissa?" tutur Yaya perlahan. Takut jika tersalah orang.

"Buat apa dekat sini?" tanya Qayla pula.

"Aku ambil adik aku.." sambil tangannya menggaru-garu lengan kirinya. Terlihat cincin emas dijari manisnya.

Qayla melihatnya. Bukannya dia tidak tahu Arissa cuma mahu menunjuk-nunjuk.

"Oh.. alang-alang kawan kau ada dekat sini juga. Aku ingat nak jemput kau orang berdua untuk hadirkan diri di majlis perkahwinan aku nanti. Itupun kalau kau orang sudi lah.." senyuman sinisnya diukir khas kepada Qayla. Sememangnya rasa benci itu tidak pernah pudar.

"Insya-Allah, kalaulah kami ada masa nanti." balas Qayla tanpa reaksi.

Tangan Yaya ditolaknya agar segera beredar dari situ. Namun tidak berjaya, bahunya ditahan lagi.

"Kau tak sedih bila dengar Danish akan berkahwin dengan aku?" soalan daripada Arissa langsung membuatkan Qayla terganggu.

"Kau ambil ajelah Danish tu. Kau simpan dan kau jaga. Aku tak hairan pun." tangan Arissa yang menahannya ditepis.

Sekali lagi Qayla memusingkan badannya kebelakang.

"Dengar ni betul-betul." sambung Qayla lagi.

"Ya, aku mengalah, tapi sekurang-
kurangnya aku tak murah macam..?" Qayla sengaja tidak menghabiskan ayatnya. Langsung berubah wajah Arissa.

"Dan walaupun penantian aku selama ni agak sia-sia untuk menagih kasih daripada manusia kejam seperti dia tu. Tapi aku bersyukurlah sebab aku terlepas daripada syaitan yang bertopengkan manusia." wajah Arissa berani ditenungnya.

"Kau-!" Arissa mahu melawan namun dipintas Qayla lagi.

"Lebih baik kau berteduh dikawasan redup sedikit. Sini panas, fikir-fikirlah tentang kandungan kau tu." jari telunjuk Qayla diarahkan pada pondok menunggu bas yang tidak jauh dari situ.

Qayla mula bergerak pergi meninggalkan Arissa.

SETELAH tiba di pagar A, tangan Qayla langsung ditariknya.

"Beraninya kau melawan dia?" ketika Qayla sedang berlawan lidah dengan Arissa tadi, dialah yang terpaling teruja menyokong Qayla dari belakang. Bangga dengan sahabatnya itu.

"Aku dah tak tahan. Dia juga yang mulakan dulu." balas Qayla.

Tiba-tiba van sekolahnya muncul di kejauhan. Qayla mahu bersia sedia untuk pergi kearahnya.

"Van aku dah sampai.. aku gerak dulu." sambil dia melambai-lambai tangan pada Yaya. Sahabatnya itu juga menyambut lambaian itu.

AKHIRNYA dapat juga Qayla merehatkan badannya diatas katil. Sungguh hari yang memenatkan. Letih.

Siling biliknya ditenung agak lama. Entah apa yang sedang dipikirnya, kesemua hal bercampur aduk dalam fikirannya.

Rambut panjangnya dibelai lembut. Matanya mulai kuyu.

Sontak telefon pintarnya diambil lalu ditekan butang On.

Perbualan antaranya dengan Danish dibaca semula. Keputusan mula dibuat. Ayat mula dirangka dan disusun atur.

'Ikhlas?' - Qayla.

Qayla membalas mesej itu ringkas.

Beberapa minit selepas itu barulah balasan diterima semula.

'Mestilah, takkan saya nak buat main dengan perkara macam ni dengan awak. Saya pun dah beritahu awak yang saya menyesal kan? Takkan awak tak faham?'
-Danish.

Jawapan yang kurang baik diberikan pada Qayla.

'Oh, kalau awak menjawab macam tu. Saya pun tak nak maafkan.' - Qayla.

'Qayla.. okey saya minta maaf semula'
- Danish.

'Takkan awak tak faham?'
'Setakat ucapan maaf awak yang tak ikhlas tu, bernilai ke untuk saya terima?'
'Macam inilah, tujuan saya mesej awak pun sebab nak awak buang baju yang saya beri pada awak dulu. Dan saya tak nak ada kaitan dengan awak atau Arissa lagi. Tolong beritahu pada bakal isteri awak tu juga.' - Qayla.

'Faham.'
'Kalau saya kata, saya dah lama buang baju awak tu?' - Danish.

'Bagus, itulah yang saya mahukan.'
- Qayla.

Perbualan yang tidak dijangka ini semakin membuatkan Qayla tersedar bahawa Danish dan Arissa sememangnya tidak berubah sama sekali.

Arissa pula malah berbangga dengan perbuatan buruk yang telah dia lakukan. Tidakkah seharusnya wujud rasa penyesalan itu pada diri mereka?

Tujuan utamanya berubah setelah Danish menjawab mesejnya dengan penuh kurang ajar.

Seharusnya dia sudah memaafkan. Tetapi dia tarik semula keputusan itu pada saat akhir.

Setiap tutur kata itu harus dijaga. Bukankah pepatah pernah berkata?

'Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.'

Seharusnya pepatah itu patut ditanamkan dalam fikiran masing-masing agar sentiasa berfikir sebelum melontarkan kata-kata yang mungkin menyakitkan hati orang lain.

Padahnya?

Diri sendiri yang akan menanggung.

You're Mine?Where stories live. Discover now