Keluar mesej dari nombor yang tidak dikenali. Bertambah lagi rasa ingin tahunya.

Mesej itu ditekan.

'Oi! Aku dah beli kertas mahjong ni'
'* foto *' - 010-*******

Gambar kertas mahjong yang diletakkan diatas lantai beserta kaki yang juga termasuk dalam gambar itu dihantarkan kepada Qayla.

Qayla dihamburkan tawa. Hampir tersembur nasi yang sedang dia kunyah.

Dia sudah tahu siapakah orang yang menghantarkan mesej ini kepadanya. Tidak lain dan tidak bukan ialah Iman Hykarl yang sangat menjengkelkan itu.

'Oh baguslah kalau dah beli.' - Qayla.

"Fikir cantiklah hantar gambar kaki
dia tu?" Qayla menyelak rambutnya kebelakang.

Sungguhkah lelaki itu langsung tidak perasan ketika hendak dihantarkan kepadanya?

Ada-ada sahaja kelakuannya.

'Nak aku tolong buatkan tajuknya dulu?' - 010-*******

'Are you sure?' - Qayla.

'Boleh! Tak susah pun..' - 010-*******

Perbualan mereka terhenti.

Qayla mulai menghabiskannya makanannya sebelum ia menjadi sejuk. Dia juga yang rugi.

PINGGAN yang telah dibasuh itu diletakkan ditepi sinki untuk dikeringkan

KLINGG! KLINGG!

Telefonnya berbunyi lagi. Pasti ianya dihantarkan oleh Iman.

Tangannya yang basah dikeringkan terlebih dahulu sebelum dia ambil telefonnya diatas meja.

'*foto*'
'Cantik tak?' - 010-*******

Usai melihat gambar itu. Dahi Qayla langsung berkerut.

'Wah.. cantiknya! Aku tak pernah tengok tulisan secantik ni.. :)' - Qayla.

'Eh, biasa-biasa aje. Terima kasihlah, susah-susah aje puji.. :D' - 010-*******

Bibir Qayla mencebik. Dia menipu apabila dia mengatakan tulisan Iman cantik.

Hakikatnya, tulisan Iman sememangnya teruk. Tetapi mungkin terkadang Qayla harus menjaga hati Iman juga sekali sekala.

'Esok jangan lupa bawa kertas tu. Kita cuma tinggal sehari lagi untuk siapkan kerja ni' - Qayla.

'Baik bos!' - 010-*******

Qayla tersenyum nipis.

Tanpa dia sedar, secara tidak sengaja pertemanan antara mereka berdua semakin rapat. Walaupun selebihnya cuma bergaduh dan saling bermasam muka.

Tetapi, Qayla nyaman ketika bersamanya. Terkadang Iman selalu berkasar, namun kadangkala lelaki itu juga bersikap baik dengannya.

Bersikap baik itulah yang Qayla tidak mampu untuk mempercayainya lagi.

Tetapi...

Mungkin Qayla perlu menyembunyikan perasaan. Jika itu adalah jalan yang terbaik.

Nombor yang tidak dikenali itu ditukarkan kepada ' Iman Busuk '.

Qayla ketawa kecil.

HARI Khamis telah tiba. Kesemua kumpulan selesai membentangkan hasil kerja mereka dihadapan kelas.

Kumpulan Qayla adalah kumpulan yang diberikan topik yang terakhir.

Setelah tibanya dihadapan kelas, kertas mahjong yang digulungkan itu dibuka.

You're Mine?Where stories live. Discover now