"Cerita dah basi lah Rad. Duit denda tu agaknya dah jadi najis" sekali lagi Raden dijeling tajam. Geram pula melihat Raden tersengih. Baju yang baru ditanggalnya tadi dilibas ke bahu Raden.

"Rugilah tak dapat kahwin dengan Mar. Nampaknya aku ada chance— woi! Sakit! Sakit!" Raden menepuk lengan Farel yang menjerut kuat lehernya.

"Aku tak benam kau masuk loji lagi tau. Jangan sampai aku buat. Jangan sibuk - sibuk nak tackle Mar kalau aku masih hidup!" Farel melepaskan kepala Raden.

"Titew bagitahu Mar— haa! Okay, okay! Aku zip mulut aku!" Raden berdiri, memegang tangan Farel yang sudah naik mahu menghayun penumbuk ke arahnya. Matanya mencerlung garang. Sekali saja lagi, Farel tak segan silu mahu melepaskan penumbuk sulungnya.

"Dah pukul berapa?" Soal Farel sambil menyarungkan t-shirt di tubuh.

"Dah 11 malam"

"Holy shit! Aku tak call Mar harini!" Segera meja telefon dituju, mencapai gagang telefon lalu nombor milik Raja Maraya didail.

"Lapan bulan selepas kejadian tu, sekali pun dia tak pernah angkat call kau" bibir dijuih. Jauh di sudut hati, Raden kasihan kan Farel. Benar - benar gila bayang Farel dibuatnya.

Mar, definisi wanita berhati batu. Satu panggilan pun tidak pernah dijawab. Email, surat dan beberapa hantaran berbentuk bunga turut diberi oleh Farel. Satu ucapan ringkas sebagai tanda terima kasih masih tenggelam tiada bayang.

Seperti biasa, Farel melekapkan gagang telefon di telinga dengan begitu lama. Setia menunggu Raja Maraya mengangkat.

Jam ditangan dikerling. Ah, memang tepat lapan bulan dia kembali ke bumi Turki. Akhirnya, Farel memutuskan untuk merekam panggilan suara sahaja. Bibirnya dicemik sedikit, berdehem sekali bagi melegakan tekak yang agak kering.

"Day 240. I'm still waiting for your call. How are you, my princess? Sorry, aku baru ada masa untuk call kau. Mungkin sekarang kau dah tidur. Aku baru aje habis pembedahan. And I did it! Operation berjalan dengan lancar. I saved a life. And she just six years old kid"

Farish yang baru sahaja memasuki ruangan itu turut mendengar cerita panjang Farel kepada Raja Maraya. Keluhan kecil dilepaskan sebelum dia bersabung mata dengan Raden yang setia memerhati di hujung sudut bilik. Kepalanya menggeleng, tanda Raja Maraya masih tidak mengangkat panggilan Farel.

Pap

Gagang telefon diletak semula. Satu senyuman kecil terbit dibibir. Lega hatinya setelah meluah panjang lebar di rekaman pangilan suara. Harapnya, Raja Maraya mendengarnya. Badannya diregang sedikit sebelum tangannya naik menutup mukut. Menguap.

"Dah lewat. Aku masuk khemah dulu. iyi akşamlar" (selamat malam)

Farel menepuk bahu Farish yang berdiri di hadapan pintu, dia melepasi dua temannya itu dengan wajah bersahaja. Tanpa dia sedari, matanya yang berkaca sudahpun terlihat oleh mereka berdua.

Raden dan Farish tidak mampu berkata apa. Farel sudah kata, ini bayaran yang harus diberi agar dosanya pada Raja Maraya ditebus.

Nafas ditarik lalu dihembus. Cuba untuk bertenang. Kakinya longlai melangkah ke khemah.

Di luar hospital medan, sudah gelap gelita, ada kabus menebal. Ataupun asap daripada gempa yang terjadi tadi. Entahlah. Yang pasti, angin disini kurang sihat.

Farel kisah apa? Nafasnya memang sudah semula jadi sesak hanya memikirkan tentang Raja Maraya. Tiada beza dengan menghirup kuaiti udara di sini.

"Tak apa Farel. Mungkin dia sudah tidur. Esok, kau cuba lagi" senyuman cuba diukir biarpun air matanya sudah mahu menitis. Lemah sungguh rasa dirinya saat ini.

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now