Raja Maraya hanya membisu sahaja. Apa yang mahu dipertikaikan disini? Itulah mama dan papa.

"Bila kita dilahirkan, kita memang tak boleh pilih siapa ibu bapa kita. Sebaliknya, mempunyai anak itu pilihan ibu bapa. Kitalah yang kena terima mereka seadanya" ujar Raja Maraya perlahan.

"Dan tugas mereka? Cuma tahu bawa kita ke dunia ni tanpa kita minta. Kau ada minta pada mereka untuk lahir ke dunia?" Soal Raja Hadi tidak berpuas hati.

Mar, terlalu penurut orangnya. Mar membungkam kata. Tak pernah dia meminta hal sedemikian. Tidak pula dia bakal bersetuju jika diberi pilihan.

"Aku yang jaga kau sejak dari kecil. Aku ibu kau aku bapa kau. Secara kasarnya, kau segalanya untuk aku, Mar. Jangan kata mahu sakitkan kau, jentik kau pun aku tak izin"

"Cringe" Raja Maraya mengetatkan pelukan dileher abangnya. Biarpun dia geli hati dengan pengakuan itu, tetapi dia tersentuh jua. Jika boleh, dia mahu menyorokkan wajahnya agar tidak kelihatan.

"Cringe pun kau nak nangis kan? Jangan menangis. Aku campak kau ke lantai nanti"

Raja Hadi kini membawanya ke arah kereta. Diturunkan tubuh Raja Maraya untuk duduk di tempat duduk hadapan sebelum Raja Hadi pergi ke arah boot kereta.

Sneakers putih milik wanita itu dicapai. Kasut adiknya memang ada dimana - mana. Termasuk dalam boot keretanya.

Raja Hadi duduk bercangkung, membersihkan telapak kaki yang kotor dengan habuk dan pasir menggunakan tisu lembab. Dengan berhati - hati, kasut itu dipakaikan di kaki.

"Cinderella tertinggal sebelah kasut aje. Kau ni dua - dua hilang. Nak cabar siapa?" Raja Hadi menjeling Raja Maraya yang sudah tersengih sambil mengesat hidungnya.

"Masuk, duduk elok - elok. Jom aku bawa kau ke tempat biasa"

"Tempat biasa?"

Raja Hadi mengangguk. Senyuman mereka berbalas sesama sendiri. Bagaikan menghantar gelombang signal yang mereka sahaja faham.



"TUAN - TUAN DAN PUAN PUAN! MEMPERSEMBAHKAN BLACKKKK MARIAAAA!!" Suara Jibarel menjerit di mikrofon. Lalu, lampu berwarna warni dihidupkan oleh Chris. Beberapa tepukan dan sorakan daripada Raja Hadi, Ghazi, Fiz, dan Safira terdengar.

Vince yang baru sahaja sembuh duduk disebelah Raja Ummar yang memandang mereka dengan wajah jengkel.

"Lepas kena tangkap basah terus datang pusat karaoke. Tak pernah dibuat orang." Vince menggelengkan kepala. Majikan disebelahnya dikerling sedikit.

Pasti kerja Raja Hadi. Melihat wajah masam Raja Ummar sahaja dia tahu lelaki ini dipaksa untuk datang memeriahkan suasana.

Raja Maraya memegang mikrofon dengan wajah yang menjiwai watak. Lagu Dato' Siti Nurhaliza dipilih.

"Terimalah lagu ku ini. Hafizzz!" Teriak Raja Maraya pada mic. Lalu, Jibrael mula menyanyikan bait lirik yang ada dinukilan berjudul Muara Hati.

"CINTA!!! TERPISAH RUANGGGG WAKKKTUU
TETAP CINTAA BERSATU DALAM HAAAATIKUUU
WALAU RAGAAA KITAAA TAK MUNGKINNN BERRRRRRSAMAA~
KU YAAKIIINIII HAAATIII DAN TETAP SETIAAA~WAAWAAWA"

Raja Ummar memejamkan matanya.

"Ya Allah sumbangnya" gumam Raja Ummar. Kau titipkan kesabaran di hati aku, Ya Tuhan. Tolong, jangan sampai aku lagakan kepala Raja Maraya dan Jibrael malam ni.

"Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntun mu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersenandung
Takkan terpisah.. hati~"

Setiap lirik yang dilantunkan begitu menyesak dada. Suaranya merdu bergemersik tetapi sendunya mula menguasai diri. Jibrael yang baru sahaja mahu menyanyi turut terkedu melihat Raja Maraya yang mengelap air matanya.

"Demi.. hiks.. cintaaa dalam hatimu..hiks
Ku yakin engkau untuk ku— AH SIALLAH TUKAR LAGU SEKARANG!"

Mendengar esakkan Raja Maraya mula memanjang, cepat - cepat Vince yang berada dekat dengan panel pemilihan lagu menukar lagu. Lagu berjudul Single Ladies (Put a Ring on It) milik Beyoncé dipilih secara tidak sengaja.

"Eh bodoh, kau nak perli dia ke apa sial?" Chris memasang wajah cuak.

"Oh oh oh oh oh oh oh" suara latar belakang daripada minus-1 terdengar. Kejang semua orang jadinya. Wajah menegang Raja Maraya dipandang oleh mereka dengan rasa janggal. Reaksi wanita itu bagaikan mahu menerkam Vince yang sudah menelan liurnya.

"S..saya tertekan..kejap—"

"Hey! Mar the single lady! Mar the single lady!"

Raja Hadi bangun, merampas mikrofon dari tangan Raja Maraya. Sengaja lirik dicipta sendiri bersesuaian dengan melodi. Bahu Raja Maraya dirangkul lalu tubuh mereka digerakkan kekiri dan kekanan.

"Now put your hands up
Up in the club, we just broke up
I'm doing my own little thing
Decided to dip and now you wanna trip
Cause another brother noticed me"

"I'm up on him, he up on me
Don't pay him any attention
Just cried my tears, for three good years
Ya can't be mad at me"

"Cause if you liked it then you should have put a ring on it
If you liked it then you shoulda put a ring on it
Don't be mad once you see that he want it
If you liked it then you shoulda put a ring on it
Oh, oh, oh, oh, oh, oh, oh, o-ohh"

Lama kelamaan, Raja Maraya turut mengikut bernyanyi. Bukan Raja Maraya namanya jika tidak ikut berhibur. Hatinya yang berduka ditolak ketepi dahulu. Nikmati apa yang ada dihadapan mata. Seperti yang dia lakukan sebelum ini.

"Kenapa Dragon buat macam tu dekat Raja Mar?" Soal Vince. Sementara semua orang sedang berhibur dengan persembahan daripada Raja Hadi dan Raja Maraya, Vince sempat menyelitkan beberapa persoalan yang melekap di mindanya sejak tadi.

"Sometimes, people are trying too hard to get something simple. Macam Farel. Dia terlalu mencuba sampai lupa bahawa Mar ni perempuan"

Vince membisu. Sedang menghadam kata kata Raja Ummar.

"Perempuan ni berhati lembut. Simple, and very sensitive. Mereka mahukan effort dan consistency. Itu sahaja. Bukan main terjah call JAIS suruh serbu"

Raja Ummar menghela nafasnya. Sudah nak masuk subuh, matanya masih belum dilelapkan. Nak tidur disini pun, serupa tak payah tidur. Hingar bingar di pusat karaoke bukan biasa - biasa.

"Farel belum kenal Mar sepenuhnya. Ingat senang ke nak kawal budak ni? Hadi pun semput memikirkan adik dia sendiri" cebik Raja Ummar.

"Betul, saya ingat lagi Raja Mar main terjah masuk bilik VVIP untuk bunuh target. Nasib baik tak kiok kena belasah je" Vince menyambung dengan kekehan kecil.

Teringat akan kedegilan dan kesabaran senipis bawang milik Raja Maraya. Di dalam ruang mesyuarat VVIP itu juga dia menembak si target sehingga mati lalu dikejar oleh beberapa anak - anak buah target tersebut. Untung, dia ialah Black Maria. Licik.

"Degil" kini, satu senyuman kecil terukir diwajah Raja Ummar. Dia selesa memerhati dua sepupunya itu yang sedang beradu suara dengan pelbagai gaya.

[C] Stella : The Glory of Black MariaWo Geschichten leben. Entdecke jetzt