"She told me to seduce you. This is my first task as a new seducer and assassin for Black Angels. I'm so sorry, Farel"



DI koridor hadapan rumahnya begitu sunyi. Lampu yang terpasang langsung tidak menghambat hening yang bergemersik.

Raja Maraya mengerling ke arah jam. Sudah pukul satu pagi. Janji Farel, hanya setengah jam. Kini sudah dua jam berlalu. Mungkin, Farel sudah ada di dalam. Kerana terdapat sepasang kasut boots di hadapan pintu rumah.

Senyum. Ini seperti yang dirancang.

Tanpa berlengah, Raja Maraya memasuki rumahnya. Gelap gelita. Kecuali di kawasan ruang tamu yang terpasang lampu jingga yang berada di tepi televisyen.

Saat itu,sosok tubuh seorang lelaki terlihat sedang duduk di sofa panjang sambil menundukkan kepalanya. Masih tidak sedar akan kehadiran Raja Maraya.

Tetapi ini bukan pemandangan yang mahu dilihat oleh Raja Maraya. Dahi licin wanita itu berkerut hebat saat lelaki itu mendongak memandangnya.

Farel. Dia terlihat begitu kusut. Jaketnya sudah dibuka, diletakkan di atas meja. Gayanya seperti sudah lama dia disini.

Tetapi, dimana Tina Felani? Rasa dihati mula tidak sedap. Tersilap caturankah dia? Tetapi riak gelisahnya cuba disorok. Perlahan lahan dia mendekati Farel yang terngadah.

Mata Farel mula kabur. Air mata sudah bertakung penuh di tubir mata. Wanita ini dipandang dengan rasa kecewa yang berat. Tubuh tinggi langsing itu dibaluti gaun merah darah separas lutut. Bertali halus dan rambut hitam panjang separas pinggang itu dibiarkan bebas tanpa ikatan.

"M..Mar.." suara Farel terdengar seperti menahan tangis.

Ah, Farel sudah tahu. Itu bermakna Tina sudah melakukan kerjanya. Senyuman wanita itu mula melebar. Senyuman yang tajam dan berkuasa. Tubuh melemah Farel dipandang sekilas sebelum Raja Maraya mengatur langkah ke arah gelangsar yang memaparkan pemandangan kota raya yang masih hidup biarpun sudah larut malam.

"Mar, apa semua ni?" Soal Farel tanpa bahasa basi. Mata mereka mula bertentangan. Sunggingan tajam tercipta di hujung bibir Raja Maraya.

Farel, kau tak adalah bodoh mana untuk meneka.

"Apa yang kau dan Tina dah buat? You guys had fun together?" Tajam sunggingannya menikam hebat dihati Farel.

"Kau tu buat apa, Mar?!" Suara Farel naik seoktaf bersamaan air mata yang mengalir deras.

"Mana Tina?" Tak digiraukan dengan saialan Farel. Suasana mula bertukar tegang.

Rasa dihati bagaikan terbahagi kepada dua. Pertama, rasa bahagia melihat betapa lemahnya Farel kini. Kedua, rasa ragunya terhadap Tina. Rancangannya, Tina akan pergi setelah Raja Maraya pulang ke rumah.

Sekarang? Bayang sahaja tidak kelihatan. Atau Tina membelot?

"Mar, kau perangkap aku? Ini.. rancangan kau?" Farel terus menerus mendesak tanpa menjawab soalan Raja Maraya.

"Ya. Semua ni rancangan aku. Aku suruh Tina goda kau ketika aku keluar." Jawab Raja Maraya dengan wajah yang kosong.

"Sejak bila, Mar? Sejak bila kau tipu aku?" Menggigil suara Farel saat bertutur.

"Sejak dari awal kita berjumpa di markas. Dan apa yang terjadi malam ni dah lama aku rancang. Aku sengaja umpan kau balik ke sini tanpa kau sedar. Aku tahu, kau akan buat apa sahaja untuk aku. Buktinya, kau sanggup redah beribu batu demi berjumpa aku"

"Kau bodoh ke?" Suara Farel terdengar bergetar menahan marah. Matanya sudah gelap, memanah tajam ke arah Raja Maraya yang langsung tidak gentar menatapnya.

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now