"Of course. Aku kenal kau dah lama, kak Mar. Nak dibandingkan dengan Eshal yang hari - hari duduk dengan kau, aku rasa aku lagi 'masak' dengan perangai tak semenggah kau tu" sempat mencemuh, Nadyne sekali lagi tertawa kecil.

"We're good. Maybe" senyum tawar ditampilkan sebelum kepalanya dibaringkan di atas lengan.

"Dia tak contact kau?"

Geleng. Mata Raja Maraya terpejam kejap, cuba mengingati wajah Farel yang sudah lama dia tidak tatap. Malah, senyuman lelaki itu sahaja sudah pudar dari ingatan. Otaknya begitu membenci sosok Farel, tetapi hatinya? Dia sendiri sukar mahu mentafsir.

"I think you should call him once. Dia tak sempat call mungkin sebab sibuk. Kau tahulah kerja dia macam mana"

"Nantilah" jawab Raja Maraya acuh tak acuh.

"Nanti, nanti. Perempuan lain call dia barulah kau tahu" selar Nadyne dengan cebikan bibir. Membungkam wanita itu jadinya. Kepalanya terdetik perlbagai perkara yang mengusutkan kepala.

Sekarang, apa dia mahu kata? Dia tidak kisah jika benar ada perempuan lain yang menghubungi Farel sepanjang dua bulan ini?

Jujur, Raja Maraya akan berasa lebih marah jika perkara seperti itu berlaku. Kerana apa? Orang yang patut menyakiti bukanlah Farel melainkan dirinya sendiri. Raja Maraya yang patut bertindak menyakiti Farel demi sebuah dendam.

Tetapi, apa yang dia buat? Dia malah memberi separuh hatinya kepada Farel sekali lagi.




"SIAPA suruh masuk tentera?
Kalau tahu ianya penyakit,
Lebih baik dudu di kampung,
Tanam ubi tanam jagung"

Suasana pangkalan mula sepi dengan beredarnya prebet - prebet yang sedang berlari memanaskan badan sekitar kawasan itu. Di wilayah yang digelar Kahramanmaraş, Farel sudah pandai menyesuaikan diri dengan cuaca yang sejuk. Bertambah pula disini kekurangan bahan api untuk memanaskan badan.

Selama dua bulan ini, Farel tak menang tangan. Kehidupannya benar - benar fokus pada menyelamat dan merawat. Pelbagai jenis dan bentuk kecederaanya yang dijumpainya. Ngeri? Dia sudah lali. Ini pekerjaannya.

Hari ini, hari yang lapang buat pertama kalinya. Ramalan mengatakan sudah berakhirnya gempa susulan dan itu menandakan mereka berada pada keadaan air di paras hidung. Tidak merbahaya tetapi harus berjaga - jaga.

"Mar.." bibirnya tidak mampu dikawal, otaknya menghantar signal kepada kotak suara untuk menyebut nama wanita yang amat dia cintai itu. Denyut didada terasa mencengkam. Patutkah? Atau tidak?

Sekali, dicapai gagang telefon yang berada di atas meja. Ah, tak salah dia gunakan kemudahan yang ada. Sekejap aje. Nombor yang memang dia hafal itu ditekan satu per satu. Tolong, angkat panggilan aku kali ini.

Pelik, dua bulan ini dia cuba menghubungi Raja Maraya, tetapi satupun panggilan tidak berangkat. Mungkin, kerana Farel menggunakan talian di luar negara. Boleh jadi. Tidak mahu mengambil pusing, dia bersangka baik sahaja.

Lama berdering. Tetapi seperti biasa. Raja Maraya tidak mengangkat. Hal itu tidak mematahkan semangat nya. Hari ini peluang yang cerah untuk dia melepaskan rindu. Tolonglah!

Banyak kali mencuba, Farel sudah hampir berputus asa. Dia mengeluh perlahan. Tetapi, di hujung deringan, Raja Maraya mengangkat. Membeliak mata, Farel menggenggam kemas gagang telefon itu.

"Woi scammer! Kau dah takde kerja lain call aku dari dua bulan yang lepas?!" Tengking Raja Maraya. Marah benar gamaknya. Farel terkedu kata. Tetapi tidak lama, senyumannya tersungging sinis.

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now