Hening terlalu bingit sehinggakan telinga Raja Hadi dapat menangkap boots milik Farel dari arah belakang.

"Jadi macam mana dengan pelajaran awak.."

"Tak tahu. Saya berserah pada Tuhan. Kalau ada hospital yang nak ambil doktor teruk dan bodoh macam saya, mungkin saya akan bersujud syukur"

Dan buat pertama kalinya, satu senyuman dilemparkan oleh Nathalia. Manis. Matanya yang sembab mula mengecil menjadi eye smile.

"Terima kasih sebab tolong saya, Encik Hadi. Saya akan kenang jasa encik sampai bila - bila" kepalanya menunduk sedikit sebelum dia beredar.

"Dan first impression saya pada awak, awak doktor yang bagus" sebelum tubuh berketinggian lima kaki itu menjauh, sempat Raja Hadi membalas kata. Membuatkan kaki gadis tadi digam pada lantai.

"Bagus? Dengan cederakan ibu mengandung tadi? Dengan pengsan dalam OR sebab takut darah? Itu encik cakap bagus?"

Tanpa sedar, Nathalia membalas. Menggunakan emosinya. Matanya mula memanas dengan air mata.

"Saya faham maksud encik untuk sedapkan hati saya. Tapi pujian palsu macam tu, saya tak dapat terima. I'm a worst doctor. I'm a coward doctor. Apa yang doktor Kamil cakap tadi semuanya betul. Saya ni bodoh. Tak layak graduate menjadi doktor pun"

Gugur satu persatu mutiara jernih di pipi, segera Nathalia seka dengan tangan sendiri. Laju kakinya membawa diri pergi. Kenapa, semua orang perlu menipu? Hanya kerana rasa kasihan, mereka perlu mengada - ada kan apa yang tidak ada.

"Pergh, kena reject macam tu je. Malu siot" suara Raja Maraya terdengar dari arah belakang. Adiknya itu berdiri disebelah Farel yang memincingkan matanya. Keliru dengan situasi yang barusan dia tonton.

"Diamlah!" Raja Hadi mencerlung ke arah Raja Maraya yang sudah menekup mulut, menahan tawa. Geli hati melihat abangnya yang terkulat kulat memandang bayangan Nathalia yang sudah menaiki eskalator di tengah ruangan lobi menuju ke tingkat atas.

"Dengan budak pun kau nak ke?" Selar Farel sebelum beg baju milik Raja Maraya diambil dari tangan Raja Hadi.

"Tak adalah budak sangat. Beza lima tahun aje" bibirnya menjuih. Diikuti langkah Farel dan Raja Maraya dari belakang. Dua ketul ni, makin rapat pula dia tengok. Apa yang dia terlepas?

"Abang, ada apa - apa info tentang kebakaran tu?" Soal Raja Maraya sambil menoleh kebelakang. Seingatnya, dia hanya diberitahu tentang penglibatan Tengku Harith dalam kes ini. Tidak terlalu terperinci informasi nya.

"Mansion PakLong. Malam ni" kening Raja Hadi naik sebelah.

"Kau terkecuali. Berambus balik kem kau. Nak ke Turki kan?"

Belum apa - apa, Farel sudah ditegah untuk menyertai mereka semua. Wajah Farel hanya pasrah. Benar, dia harus ke kem segera untuk melaporkan diri. Misinya ke Turki dianjak awal demi mendirikan pangkalan sebelum bantuan dari negara lain sampai. Ini, sebabnya dia sudah siap memakai uniform.

"Tak cakap pun nak ikut" Farel menjeling, memandnag Raja Hadi yang tersenyum kemenangan.



DISERET seorang lelaki yang berbadan tegap ke tengah ruangan garaj kereta di mansion. Pelitup wajah yang sejak dari semalam tidak dibuka kini ditarik kasar oleh Chris.

Seketika, air liurnya ditelan payah. King Luq, Scorpion, Black Eagle dan Black Maria berdiri tepat dihadapannya. Wajah mereka sedikit pun tidak beriak kecuali Black Eagle memandangkan topeng bermotif tengkorak setia menutupi wajahnya. Tiada satupun pihak musuh pernah melihat dia mahupun mengetahui siapa Black Eagle di dunia nyata.

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now