BAB 54✨

4.3K 133 3
                                    

Setahun kemudian...

Emir berbaring di katil sambil bermain dengan anak lelakinya, Eriq Haiyan. Eriq Haiyan, Emir letakkan diatas perutnya yang terdedah tanpa pakaian. Eriq mengekek ketawa sambil menepuk-nepuk dada bapanya itu.

"Abbu bubu," bebel anak kecil.

"Eriq cakap apa sayang? Papa tak faham."

"Abshu bhubu," bebel Eriq lagi.

"Allahuakbar anak papa ni. Rasanya papa dengan mama tak ada pula ajar Eriq bahasa alien. Eriq belajar bahasa macam ni dengan uncle Hafiz ke? Atau uncle Indra?" Tak pasal-pasal dua nama itu juga yang dipetik. Maklumlah, memang dua orang tu je yang suka mengajar anak dia benda pelik-pelik.

"Pap...pa,"

"Iya sayang, nak apa?"

"Apshu ammuama." Emir garu kepala mendengar bicara anak kecil itu. Sungguh dia tak faham.

"Err...anak papa nak apa? Nak susu mama ke?" soal Emir pada anaknya itu. Eriq mula ketawa riang. Bibir Emir juga mengukir senyuman. Mungkin betul apa yang dia teka. Sebab tu anak dia mula ketawa.

"Kejap ye, mama dekat bilik air. Papa tak tahu mama Eriq tu buat apa lama-lama dekat bilik air. Berak kot," kata Emir pada anaknya.

Eriq sambung membebel lagi. Mungkin setuju dengan kata-kata papanya itu.

"Arghhhh!!!!"

Terus Emir bangun dan menghampiri bilik air itu. Sungguh dia terkejut dengan jeritan Hanan di dalam bilik air. Eriq mula menangis kerana terkejut kerana Emir bangun secara tiba-tiba tadi.

"Shhhh...sorry sayang. Anak papa terkejut ya?" Emir menepuk perlahan belakang badan Eriq sehingga anaknya itu berhenti menangis.

"Hanan, are you okay?" soal Emir sambil mengetuk pintu bilik air.

Sebaik saja pintu bilik air dibuka, Hanan terus memukul bahu suaminya. Terkejut Emir bila dia dipukul secara tiba-tiba begitu.

"Kenapa pukul abang?" soal Emir hairan.

"Abanglah buat hal," marah Hanan sambil memuncung.

"Abang buat apa?"

"Ni..." Hanan menunjukkan dua jenis pregnancy test yang satunya menunjukkan double line manakala satu lagi menunjukkan 4weeks.

"Hanan mengandung lagi," kata Hanan perlahan.

"Laaa...terkejut abang. Ingatkan apalah tadi. Alhamdulillah, baguslah tu. Rezeki kita dapat anak lagi," kata Emir selamba. Tiada langsung riak cemas.

"Abang sengajakan?" soal Hanan tidak puas hati.

"Apa pula yang sengajanya?" soal Emir semula.

"Abang tahukan Eriq kecil lagi. Tapi Hanan dah mengandung lagi,"

"Apa salahnya? Ke Hanan dah tak sudi nak mengandungkan anak abang?"

"Bukan..."

"Dahtu?"

"Eriq baru je masuk 6 bulan. Tapi kita dah bagi dia adik. Kalau dia terabai macam mana? Lepas tu dia tak cukup kasih sayang. Hanan taknak Eriq rasa macam tu,"

"Itu kalau Hanan yang abaikan dia. Kita sebagai parents kenalah pandai uruskan masa. Sentiasa luangkan masa bersama mereka. Kalau kita jaga jarak kelahiran anak sekali pun kalau anak-anak tetap terabai. Sama je."

"Hanan cuma risau..." kata Hanan lagi sambil mencebik. 

"Jangan risaulah, kita sama-sama jaga. Lagi pun, abang ni makin tua. Dah nak masuk 40 tahun. Abang taknak kalau orang cakap abang ni pergi hantarkan cucu dekat sekolah."

Aku Pertama Dia TerakhirWo Geschichten leben. Entdecke jetzt