BAB 49✨

3K 117 1
                                    

Pintu bilik gim itu ditolak perlahan. Mata Hanan menangkap kelibat Emir yang tidak berbaju. Hanya memakai seluar pendek paras lutut. Seksinya! Bibir Hanan menguntum senyum. Stalk suami sendiri bolehkan?

Hanan melangkah menghampiri suami yang sedang mengangkat dumbbell. Bahu Emir dicucuk berkali-kali kerana Emir menghiraukan kehadirannya disitu.

"Nak apa Hanan?" soal Emir kemudian meletakkan dumbbell itu dibawah.

"Nak abang," jawab Hanan selamba.

Emir mengecilkan matanya memandang Hanan. Makin gatal!

"Nak work out juga ke?" soal Emir lagi.

"Taknak lah hari ni. Hanan rasa malas. Esok jelah Hanan work out."

"Kalau rajin," sambung Hanan lagi.

Terjongket sedikit bibir Emir sambil memandang Hanan. Dah malas tu cakap jelah. Esok tu mesti cakap benda sama.

"Duduk jelah diam-diam dekat situ. Jangan ganggu abang work out,"

"Alright abang. Hanan duduk sini. Tengok abang," kata Hanan kemudian dia melabuhkan punggung disofa bujang.

"Wah! Tengok abang work out pun dah rasa lemak perut Hanan terbakar," ujar Hanan membuatkan perhatian Emir terganggu.

"Lemak terbakar atau perut Hanan rasa butterfly sebab tengok abang hot?" usik Emir sambil tersenyum nakal membuatkan Hanan tersengih tayang gigi. Alamak kantoi.

"Hehe dua-dua," jawab Hanan. Emir menggelengkan kepala kemudian dia meneruskan bermain dengan dumbbell.

"1...2...3...4..." Hanan kira.

"Abang!" Terlepas dumbbell dari tangan Emir akibat terkejut dengan jeritan Hanan. Nasib baik sempat dia mengalihkan kakinya sebelum dumbbell itu jatuh ke lantai. Boleh kemik kaki dia kalau dumbbel tu jatuh ke kaki tadi.

"Kenapa Hanan?" soal Emir tak puas hati. Work out asyik kena ganggu je.

"Roti abang dah kurang dua," kata Hanan.

"Hah? Roti? Abang tak ada beli roti. Kenapa Hanan nak makan roti ke?" soal Emir polos. Bukan dia tak faham maksud roti yang dikatakan oleh Hanan. Dia saja buat-buat tak faham.

"Bukan roti tu lah abang. You abs. Sixpack. Dah jadi fourpack dah,"

Emir melepaskan tawa kecil mendengarnya. Fourpack pun ada eh? Apa-apa sajalah Hanan.

"Abang tahu. Saja buat-buat innocent. Tapi sixpack abang hilang sebab Hanan lah,"

"Kenapa sebab Hanan pula?"

"Sebab Hanan tu suka caras job makwan. Selalu masak sedap-sedap untuk abang. Sampaikan abang dah gemuk,"

"Tak gemuk pun Hanan tengok. Biasa je,"

"Gemuk sikit je. Sekarang abang rajin work out sikit. So dah kurus balik,"

"Tak apalah kalau abang gemuk sekali pun. Hanan okay je. Nanti perempuan dekat luar sana tak payah tengok sixpack abang. Biar diorang tengok perut buncit abang je,"

"Hanan sayang...abang bukannya keluar tak pakai baju. Kalau abang ada sixpack pun bukannya orang tahu,"

"Tapi tetap abang nampak hot,"

"Nak buat macam mana, suami sayang ni memang hot. Tak boleh nak ubah lagi," kata Emir bangga.

"Eeee perasannya,"

Hanan dan Emir berpaling apabila pintu gim iti dibuka. Terlihat Indra sedang berjalan menghampiri mereka.

"Eh puan ada dekat sini?" soal Indra.

Hanan tersenyum kepada Indra.

"Haah. Teman tuan awak ni work out,"

"Lain macam eh tuan. Nak work out pun kena berteman," usik Indra membuatkan Emir menjeling tajam.

"Kau buat apa datang sini?" soal Emir dingin.

"Datang untuk work out lah tuan. Kalau pergi gim dekat luar kena bayar. Dekat rumah tuan ni free. Itu yang saya datang sini,"

"Amboi...banyak cantik kau,"

"Saya tak kira. Saya tak kisah tuan nak marah saya. Hari ni cuti tuan. Ingat jadual mood tuan hari."

"Masalahnya, kau tak nampak ke aku dengan isteri aku ada dekat sini?" soal Emir.

"Apa yang tak nampaknya. Nampaklah. Kalau tidak, saya takkan bercakap dengan tuan tau,"

"Kau datang esok. Jangan hari ni," kata Emir.

"Dah kenapa pula?" soal Indra tak puas hati.

"Isteri aku ada dekat sini. Nanti dia tengok kau work out,"

"Ya Allah, tuan ni. Jealous ke?" Indra tepuk dahi. Ingatkan kenapalah beria Tuan Emir menghalau dia.

"Tak!" Nafi Emir. Dah cemburu taknak mengaku.

"Haish tuan ni kan, cemburu tak habis-habis. Saya dah kahwin tuan. Saya takkan kacau puan. Jangan risau,"

"Tetap tak boleh," tegas Emir.

"Alah abang ni, apa salahnya kalau Hanan tengok Indra sekali. Double rezeki," kata Hanan sambil ketawa kecil. Nak cemburu sangatkan? Biar dia tambah minyak dalam api.

"Banyaklah Hanan punya double rezeki,"

"Puan jangan buat saya macam ni, puan. Tak kena tolak gaji, dumbbell tu hinggap dikepala saya nanti," rayu Indra. Hanan ketawa lagi.

"Gurau jelah. Abang dengan Indra stay. Hanan keluar. Nak pergi borak dengan makwan dan Suraya. Suraya datangkan?" soal Hanan pada Indra.

"Datang. Ada dengan makwan dekat dapur tadi," jawab Indra. Hanan mengangguk sebelum dia melangkah keluar.

Emir dan Indra saling berpandangan. Kena ada yang mengalah baru selesai pergaduhan.

"Dah puas hati ke tuan?" soal Indra. Emir menjeling mengabaikan soalan Indra kemudian meneruskan aktivitinya lagi.

Keluar saja dari gim, Hanan terus melangkah ke dapur. Lihat saja Suraya didapur, Hanan terus labuhkan punggung disebelah.

"Seronok tak tinggal berdua dengan Indra?" soal Hanan sambil tersenyum mengusik. Sudah seminggu Suara dan Indra berpindah masuk ke rumahnya.

"Biasa je. Bosan adalah sebab tak ada Hanan," jawab Suraya.

"Yalah tu. Padahal akak sukakan sebab boleh beromantik berdua je dengan Indra," usik Hanan sambil ketawa.

"Mana adalah," nafi Suraya. Tapi pipi dia dah merona merah. Malulah tu. Hanan ketawa lagi melihat wajah malu-malu Suraya.

"Emir cakap Indra minta cuti sampai dua minggu. Korang berdua nak pergi honeymoon ke?" soal Hanan.

"Cuti? Akak tak tahu pun," jawab Suraya hairan. Dia tak tahu pula Indra memohon cuti dengan Tuan Emir.

"Ops, ini rahsia ke?" Hanan menekup mulutnya. Dia ingatkan Indra dah beritahu Suraya. Mungkin Indra ada nak surprise kan sesuatu pada Suraya.

"Tak apalah. Akak buat-buat tak tahu je. Sekurangnya akak boleh teka apa plan yang dia nak buat nanti,"

"Akak jangan bagitahu Indra eh?" pinta Hanan.

"Iya, akak tak cakap. Jangan risau,"

Aku Pertama Dia TerakhirWhere stories live. Discover now