BAB 46✨

3.1K 124 1
                                    

"Apa...apa maksud kau, Damia?" soal Hanan. Tangannya mula bergigil. Itu kesan akibat jantungnya yang mula berdegup laju. Berdebar mendengar kata-kata Damia tadi. Dengan senyuman yang terukir dibibir Damia, buatkan dia seram sejuk.

"Qaseh, kenapa cakap macam tu?" soal Emir pula. Dia sendiri terkejut bila Damia berkata begitu.

Bukan hanya Hanan dan Emir yang terkejut, mereka yang dari tadi memerhati juga terkejut. Damia tak suka kalau Hanan jadi isteri Emir ke? Damia takkan menyuruh abangnya untuk bercerai dengan Hanan kan?

Damia pandang satu persatu wajah yang jelas terkejut itu. Kenapa perlu semua orang sampai terkejut begitu? Dia ada salah cakap ke tadi? Dengan soalan yang ditanya Emir dan Hanan, dia sendiri pun tak faham.

"Kenapa dengan korang ni? Saya ada salah cakap ke?" soal Damia polos. Ya! Dia tak faham.

"Kenapa awak cakap Hanan tak layak untuk Emir? Awak masih bencikan Hanan ke? Awak tak boleh terima kalau Emir berkahwin dengan Hanan? Awak tak boleh terima kalau Hanan jadi kakak ipar awak?" soal Zakwan bertubi-tubi.

Mendengar soalan Zakwan itu membuatkan Damia ketawa sendiri. Lucu pula mendengar soalan itu. Rupanya mereka dah salah faham dengan kata-kata dia tadi.

"Sayang, tak lawak. Kenapa awak ketawa?" soal Zakwan lagi.

"Koranglah. Ish boleh pula salah faham ye? Bukan tu lah maksud saya. Hanan tak layak untuk abang Emir sebab dia terlalu baik untuk Emir Hakeem. She deserves someone better than my brother. Senang kata, abang yang tak layak untuk Hanan," kata Damia jujur.

"Dah kenapa pula abang tak layak untuk Hanan?" soal Emir pula.

"Qaseh tak tahu abang ni baik ke tidak. Kalau abang jahat macam mana? Hanan pula baik. Tak ke kesian dekat Hanan tu? Sampai bila Hanan nak kena berbuat baik pada orang yang jahat pada dia?"

"Abang tak jahat pada Hananlah," bantah Emir.

"Oh really?! Tapi bukan ke Hanan hilang anak dia sebab abang? Tak ke jahat kalau macam tu?" soal Damia sinis. Emir diam tak terkata. Dia kembali merasa bersalah pada Hanan.

"Damia...bukan salah Emir. Kan aku dah cakap bukan salah sesiapa," kata Hanan seakan merayu pada Damia untuk tidak menyalahkan sesiapa.

"Still...because of him. Aku taknak salahkan sesiapa. Cuma aku nak dia sedar, marah pun ada tahap dia. Kadang marah tu boleh bertukar dendam. Aku dah pernah lalui semua tu, Hanan. Aku marah bila kau dengan Zakwan. Sampai aku berdendam dengan kau, Hanan. Qaseh taknak abang jadi macam tu. Qaseh ingat abang dah berubah. Rupanya sama,"

"What do you mean?" soal Emir lagi.

"Qaseh tahu...abang pernah pukul budak yang buli abang sampai dia masuk hospital. Budak tu koma, abang. I hated it when people started calling you 'kaki pukul'. Qaseh takut abang akan buat macam tu pada Hanan."

"Abang takkan buat macam tu pada isteri abang, Qaseh. Abang takkan pukul perempuan,"

"Baguslah kalau abang dah cakap macam tu. Abang nak tahu tak? Sejak abang tinggalkan rumah anak yatim tu, Qaseh dibenci gara-gara abang. Qaseh pula yang jadi mangsa buli dekat sana. Qaseh pernah  bencikan abang sebab abang punca Qaseh kena buli dekat sana. Qaseh mula happy bila mama dan papa datang ambil Qaseh. Qaseh ingat bila ikut mama dan papa, hidup Qaseh akan berubah. Rupanya makin teruk," luah Damia. Tanpa dia sedar, air matanya sekali lagi mengalir.

"Abang...tak tahu, Qaseh." Emir menarik Qaseh ke dalam pelukan. Kepala adiknya itu diusap lembut.

"Hahahah...dah lama korang bercakap ye? Apa kata kita makan? Dah sejuk sup Puan Hanan masak tadi," celah Indra dengan niat yang mahu mengalihkan perhatian. Biarlah mereka berbincang sendiri nanti.

Aku Pertama Dia TerakhirWhere stories live. Discover now