BAB 42✨

3.1K 116 1
                                    

Tengku Fahmi berlari menaiki tangga dan menuju ke bilik Hanan. Sekali sekala dia berhenti kerana ingin memastikan ibunya baik-baik saja di belakang.

"Cepatlah, ibu. Fahmi nak surprise kan aunty ni,"

"Ibu penat ni... Fahmi pergilah dulu."

"Ibu okay ke?" soal Tengku Fahmi.

"Okay. Fahmi pergi dulu. Nanti ibu menyusul,"

"Okay ibu,"

Tengku Fahmi berlari semula menuju ke bilik Hanan. Sampai saja didepan bilik Hanan, dia terus membuka pintu bilik itu.

"Arghhh ibu! Help me! Mata Fahmi rosak. Fahmi taknak pakai speck," pantas Tengku Fahmi menutup mata dengan kedua belah tangannya.

Mendengar jeritan itu, cepat-cepat Hanan menyorok di bawah selimut. Emir juga cepat-cepat menyembunyikan isterinya itu. Lagi pula Hanan tak pakai tudung. Risau kalau sesiapa naik ke bilik itu.

"Abang! Kenapa tak kunci?" soal Hanan dibawah selimut.

"Abang lupa sayang. Sorry,"

Mendengar jeritan sang anak, Fazlin mempercepatkan langkahnya. Bimbang kalau apa-apa berlaku pada Hanan.

"Kenapa Fahmi?" soal Fazlin sebaik saja menghampiri anaknya.

Fazlin berpaling ke arah yang ditunjukkan oleh anaknya. Melihat Emir yang sedang tersengih menayangkan gigi membuatkan Fazlin ternganga. Apa yang dah berlaku?

"Kalau macam ni...bonda pun taknak pakai speck," kata Fazlin pada anaknya.

"Kenapa ni?! Apa yang berlaku?" soal Bella pula apabila tiba bersama yang lain.

"What?!?" Ayana turut terkejut melihat permandangan di hadapanya. Semua turut ternganga.




HANAN melabuhkan punggung disebelah Emir. Dia hanya diam menunduk ke lantai. Tangannya pula bermain dengan hujung baju sendiri. Emir disebelah juga turut diam.

Fazlin, Bella dan Ayana bersilang tangan sambil memandang tajam kepada Hanan. Manakala Hafiz, Adam dan Tengku Fahrin pula bersilang kaki merenung Emir tajam. Mak pula hanya tersenyum saja sambil mendukung Puteri Akish bersama ayah dan Tengku Fahmi.

"Fahmi, kau nampak apa tadi?" soal Hafiz yang memulakan bicara.

"Errr...Fahmi nampak aunty Hanan dengan uncle Emir tengah kiss macam ayah dan ibu," kata Fahmi

Tengku Fahrin berdehem kemudian buat-buat tidak dengar apa yang dikatakan oleh anaknya. Fazlin pula berpaling ke arah lain dan berpura-pura menegur Puteri Akish di sebelah. Anak sulung dia ni, kalau tak buka aib ayah dan ibu tak sah.

"Yang ni pun satu, suka sangat buat maksiat depan anak. Anak korang tu pula terlebih jujur. Tak pasal-pasal kitorang pun tahu cerita dalam selimut korang," bebel Hafiz.

"Maksiat apanya? Halal kan? Tak salah pun," balas Tengku Fahrin.

"Ish dahla tu. Kita bukannya nak siasat pasal Faz dengan Fahrin," sampuk Ayana. Suami dia ni suka sangat ambil tahu hal rumah tangga orang.

"Kau dengan Emir dah berbaik ke Hanan?" soal Bella sambil merenung tajam mata Hanan. Hanan hanya membalas dengan anggukan kecil.

"Sejak bila?" soal Bella lagi.

"Se...semalam," jawab Hanan.

"Kamu tidur sinilah semalam ye, Emir?" soal Ayah.

"Haah, yah. Hanan yang minta Emir temankan dia tidur," jawab Emir.

"Betul ni temankan je?" soal Ayana serius.

"Be...betul, Yana. Kitorang tidur je. Tak buat apa-apa pun," kata Hanan.

"Yang kau takut sangat ni kenapa?" Adam pula.

"Takut korang marahkan aku,"

"Buat apa kitorang nak marah Puan Hanan Auliya oi? Kitorang happy jelah sebab kau dah berbaik dengan Emir. Kitorang saja nak test kau," jawab Ayana sambil tersenyum.

Hanan pula menghembuskan nafas lega. Dari tadi jantungnya berdegup laju bila melihat wajah serius sahabatnya itu.

"Aku happy untuk kau, Hanan. Aku harap rumah tangga korang akan lebih baiklah lepas ni," ujar Hafiz pula.

"Alhamdulillah...Mak gembira tengok kamu dan Emir berbaik semula. Sekurangnya Emir boleh tengokkan kamu. Bolehlah mak balik kampung dengan senang hati esok,"

"Sebab mak dah nak balik kampunglah Hanan buat keputusan nak berbaik semula dengam Emir. Kalau mak dah balik kampung, nanti tak ada orang nak jagakan Hanan," kata Hanan sambil mencebik.

"Mengadalah kamu ni. Kalau mak tahu itu je alasan kamu, memang mak dah lama balik kampung. Senang cerita tak payah datang KL terus. Biar je Emir yang jagakan kamu. Suka ke tak suka, lantak kamu lah."

"Mak ni, sampai hati kan. Hanan gurau jelah. Hanan memang dah sedar salah Hanan. Sebab tu Hanan buat keputusan nak berbaik semula dengan Emir,"

"Ish mak pun berguraulah. Eloklah tu kalau kamu dah sedar silap kamu. Apa yang berlaku puncanya datang dari kamu juga. Kalau kamu tak mula, Emir pun takkan mula. Ubahlah sikit perangai kamu tu. Dengan mak dan ayah tak apalah kalau kamu nak buat perangai macam tu. Kalau dengan Emir ni? Kamu fikir Emir rajin sangat ke nak melayan perangai kamu?" bebel mak.

"Iya mak...Hanan tahu silap Hanan. Mak tak payahlah nak backup menantu mak sangat. Emir pun salah juga, biarlah kitorang kena bebel sama-sama." Hanan mencebik membuatkan Emir tersenyum.

"Sebab kamu anak mak yang mak membebel ni. Sebab mak kenal sangat perangai kamu macam mana. Emir tu mudah terima nasihat. Bukan macam kamu. Keras kepala. Mak tak faham macam mana Fazlin, Bella dan Ayana boleh layan kamu selama ni. Dengan perangai degil macam ni." Ayana, Bella dan Fazlin tidak dapat menahan tawanya melihat wajah cemberut Hanan selepas kena bebel dengan maknya. Puas mereka bebelkan Hanan sebelum ni bukannya Hanan nak dengar.

"Makk...dahla tu. Hanan lapar ni. Mak masak apa hari ni?" soal Hanan.

"Itulah kamu, selalu tolong mak dekat dapur. Mentang-mentang dah berbaik dengan suami. Berkepit je dalam bilik tu. Nasib baik ada Bella dengan Ayana yang tolong mak tadi,"

"Mak memang tak puas hati dengan Hanan lagi ke?"

"Kalau boleh, sampai esok mak nak bebelkan kamu."

"Dahla tu mak, dah banyak mak basuh otak Hanan hari ni. Dia dah sedar tu silap dia," sampuk Fazlin sebelum Hanan mengukir senyuman.

"Thanks Faz. Kalau tak ada kau sampai ke esok mak tak habis bebelkan aku,"

Fazlin melepaskan tawanya. Perangai mak sama dengan perangai Nek Kiah. Dia faham sangat kalau mak sudah mula membebel. Memang tak ada button stop atau pause. Dulu pun dia selalu kena bebel dengan Nek Kiah. Dan dia juga pernah tengok Hanan kena bebel dengan mak masa kecil dulu. 

Aku Pertama Dia TerakhirWhere stories live. Discover now