BAB 40✨

3.5K 122 2
                                    

Tok! Tok! Tok!

Pintu pejabat milik Emir diketuk sebelum Indra melangkah masuk. Dia melihat Emir yang duduk bersandar pada kerusinya sambil memicit kepala sendiri. Dia mendekati Tuan Emir.

"Tuan, petang ni tuan nak ke hospital lagi ke?" soal Indra.

"Soalan apa tu, Indra? Mestilah aku pergi," kata Emir sebelum bangun dari kerusinya. Dia tak ada mood nak menjawab soalan daripada Indra. Dia berjalan lalu mengambil tempat di sofa. Dia mahu berbaring disofa. Dia mahu berehat. Badannya terlalu penat.

Baru saja dia membaringkan badannya, sekali lagi pintu pejabatnya dibuka. Dia berpaling untuk melihat. Rupanya Hafiz. Dia bangun semula dan hanya duduk bersandar pada sofa.

"Ini dokumen projek yang dekat Kelantan tu." Satu fail berwarna kuning diserahkan kepada Emir.

Emir menyambutnya dan membelek satu persatu helaian dokumen itu. Penuh tekun dia membaca isi setiap helaian dokumen itu.

"Okay. Nampak macam perfect. Nanti aku semak lagi untuk kali kedua. Takut ada yang terlepas pandang," kata Emir. Hafiz masih diam disitu.

"Anything else?" soal Emir sebaik saja dia melihat Hafiz seperti tidak berniat untuk pergi.

"Aku nak minta maaf sebab dah tumbuk kau hari tu," ujar Hafiz. Wajah Emir berubah seketika sebelum dia tersenyum.

"No hal lah. Aku okay jelah, sikit je pun. Dah baik ni ha," balas Emir sambil tersenyum tawar.

"Aku marah pada kau bila Hanan kata kau yang tolak dia. Aku kesian tengok Hanan meraung sebab kehilangan anak dia. Kau tahukan, Hanan memang menunggu saat tu. Hari-hari dia mengadu pada isteri aku yang dia teringin nak ada anak sendiri macam kawan-kawan dia. She was happy when she found out that she was pregnant, Emir. Tak berhenti dia senyum bila roh kecil itu berada dalam rahim dia. Tapi bila aku tahu kau buat macam tu pada dia, aku marah. Aku kecewa dengan kau," luah Hafiz.

"Betul tu, tuan. Puan Hanan memang nampak ceria sebelum dia keguguran tu. Setiap hari dia bersemangat nak tunggu tuan balik. Kalau ikutkan hati, err...saya pun nak marah dekat tuan. Sebab biarkan Puan Hanan,"

"Aku tahu aku salah. Aku betul-betul tak tahu yang dia panggil aku sebab dia sakit. Aku terlalu ego. Disebabkan aku marah pada dia, anak aku turut kena tempiasnya. Aku terlalu penting diri. Aku cuma fikir sakit hati aku je masa tu," kata Emir sesal.

"Takpalah, tuan. Benda dah lepas," kata Indra lagi.

"Ini aku nak cakap, tadi wife aku call." Hafiz mencelah.

"Biarlah isteri kau call engkau. Bukan aku,"

"Cuba bawa bersabar. Aku tak habis cakap lagi. Memang patut kau salah anggap pada Hanan. Sebab kau memang tak penyabar orangnya," selamba saja Hafiz berkata membuatkan Emir berubah raut wajahnya.

"Sorry, aku memang sengaja sebenarnya nak bagi kau sedar." Emir membalas dengan jelingan kemudian Hafiz hanya tergelak kecil.

"Kau nak cakap apa?" soal Emir.

"Hanan dah discharge," kata Hafiz.

"Bila? Kenapa tak bagitahu aku?"

"Isteri aku ada dekat hospital. Dia pergi ambil Hanan dengan mertua kau. Dah 3 hari mertua kau tu berkampung dekat hospital. Nasib baik menantu dia kaya. Selesa lah sikit diorang nak berkampung dekat sana,"

"Mesti Hanan taknak balik rumah aku kan?" soal Emir lagi.

"Hmm...dia minta isteri aku hantarkan dekat rumah dia,"

Aku Pertama Dia TerakhirWhere stories live. Discover now