BAB 39✨

3.1K 121 2
                                    

Pintu wad yang menempatkan Hanan dibuka oleh Emir. Baru sempat dia nak menjenguk Hanan kerana tadi dia perlu berjumpa dengan doktor untuk berbincang tentang keadaan Hanan.

Tutup saja pintu wad itu, Emir dihadiahkan dengan satu penumpuk ke mukanya. Penumbuk sulung yang istimewa daripada Hafiz untuk Emir Hakeem. Emir menyentuh bibirnya yang terasa pedih. Ada darah. Mungkin bibirnya terkoyak sedikit. Penumbuk daripada Hafiz tadi boleh tahan padu juga.

Satu persatu wajah sahabat Hanan dia pandang. Semuanya ada disitu. Termasuk makwan, Suraya dan Indra. Hanan yang sedang menangis dalam pelukan Ayana dipandangnya. Kini hatinya diselubungi rasa serba salah.

"Aku percayakan kau, Emir. Aku percayakan kau untuk jaga Hanan. Tapi apa yang kau dah buat? Kau sanggup tolak dia sampai dia hilang anak dia sendiri? Kau biarkan dia kesakitan Emir. Mana hati perut kau? Eh kau sedar tak yang kau dah bunuh anak kau sendiri?" Tengking Hafiz. Adam menarik Hafiz agar menjauhkan diri daripada Emir. Kalau tidak dihalang, mungkin penumbuk kedua pula yang melayang nanti.

"Aku nak jumpa isteri aku," kata Emir.

"Huh? Isteri? Kalau Hanan isteri kau...kau takkan buat dia macam ni, Emir," kata Hafiz lagi. Dia tak kisah siapa Emir tu bos dia atau siapa. Dia lebih berpihak kepada Hanan. Sungguh, dia kecewa dengan Emir.

"Puas hati awak sekarang?" Soal Hanan yang mula bersuara.

"Hanan, abang minta maaf." Emir melangkah menghampiri Hanan namun dihalang oleh Hafiz.

"Abang tahu, abang tak patut buat Hanan macam tu. Abang sedar itu salah abang,"

"Anak saya dah tak ada Emir. Anak saya dah mati. Semua sebab awak. Awak dah bunuh anak saya Emir,"

"Anak kita, sayang."

"Baru sekarang awak nak mengaku tu anak awak? Selepas dia dah tak ada lagi?"

"Abang minta maaf. Abang dah tuduh Hanan macam-macam. Abang menyesal, sayang. Maafkan abang,"

"Saya mengaku memang saya berjumpa Zakwan. Saya selalu membelakangi awak sebagai suami saya. Tapi saya tak bodoh Emir. Saya tahu yang saya ni isteri orang. Saya masih tahu mana halal haram. Mana mungkin untuk saya berhubungan dengan lelaki lain."

"Abang minta maaf," hanya itu yang mampu diucapkan dibibir Emir. Dia sedar silapnya dalam menuduh Hanan selama ini.

"Sekarang saya faham. Mungkin ada alasan kenapa anak saya pergi. Dia memang tak patut dilahirkan hasil daripada benih awak. Anak saya tak patut ada bapa kejam macam awak," suara Hanan semakin meninggi.

"Astaghfirullahalazim, Hanan Auliya. Kau sedar tak apa yang kau cakap tu? Aku tahu kau marahkan Emir. Tapi kau tak patut cakap macam tu. Marah macam mana sekali pun kau pada dia, dia tetap suami kau," kata Fazlin.

"Anak aku dah tak ada, Fazlin."

"Anak kau dah tak ada bukan kerana dia tak patut ada bapa macam Emir. Bukan sebab Emir kau hilang anak kau. Tapi Allah yang dah takdirkan macam tu. Siapalah kita untuk menolak takdir Allah? Kalau kau dengan Emir tak bergaduh sekali pun, kalau Allah memang nak tarik balik anak kau. Kau tetap akan keguguran Hanan," sambung fazlin lagi.

"Ada sebab kenapa Allah datangkan ujian macam ni pada kau. Semua yang berlaku bukan salah Emir sorang. Kau pun salah, Hanan. Kau fikirlah sendiri apa yang aku cakap ni. Kau dah matang. Sepatutnya benda macam ni kau dah pandai fikir," panjang lebar Fazlin memberi nasihat kepada Hanan.

"Hanan...beri abang peluang untuk abang tebus balik salah dan silap abang," kata Emir lagi.

"Keluar, Emir. Saya taknak tengok muka awak lagi," balas Hanan pula.

"Hanan..." panggil Emir lagi.

"Saya cakap keluar, Emir" tengking Hanan.

"Emir...baik kau keluar. Biarlah Hanan bertenang dulu. Nanti kau pujuk dia lagi," kata Tengku Fahrin pula sambal menepuk perlahan bahu Emir.

"Abang minta maaf, Hanan." Hanan diam tak membalasnya. Air matanya masih laju turun ke pipi.

"Tadi mak call abang. Mak dengan ayah dah on the way datang sini. Petang nanti saya akan ambil mak dengan ayah dekat stesen bas."

"Hanan jaga diri. Abang pergi dulu," sempat Emir berpesan sebelum dia melangkah keluar.

"Err Hanan, makwan dengan Suraya pun kena balik ni. Nanti makwan datang lagi ye?" kata makwan. Hanan hanya mengangguk perlahan. Makwan dan Suraya melangkah meninggalkan wad itu.

"Saya pun kena pergi, puan. Kalau puan perlukan apa-apa, puan boleh call saya." Kata Indra pula sebelum dia mengikuti langkah makwan dan Suraya.

Sebaik saja mereka keluar dari wad itu, Hanan menjatuhkan kepala dibahu Ayana. Air matanya kembali lebat membasahi pipi. Tubuh sahabatnya itu dipeluk kemas.

"Aku tak kuat, Yana. Aku tak kuat. Aku dah hilang anak aku sebab dia. Aku dah lama tunggu saat tu, Yana. Tapi kenapa perlu jadi macam ni. Anak aku tak bersalah Yana," tangisan Hanan memenuhi ruang wad itu. Ayana pula menepuk perlahan belakang Hanan untuk menenangkan sahabatnya.

"Hanan, kau janganlah macam ni. Kau tak boleh lemah. Sepatutnya kau kena gembira. Anak kau dah jadi anak syurga. Anak kau tunggu kau dekat syurga." Bella pula memberi semangat.

Fazlin mengeluh perlahan. Melihat keadaan Hanan begitu membuatkan lemah. Hanan tu dah macam adik dia sendiri. Takkan dia sanggup tengok Hanan sedih. Dia menghampiri Hanan. Tubuh lemah Hanan dia peluk.

"Dahla, Hanan. Ini bukan diri kau. Kau selalu kuat. Aku tak suka tengok kau macam ni. Kau kan tak suka tengok sahabat kau sedih. Kalau kau sedih, kitorang pun sedih tau," pujuk Fazlin pula.


KELUAR SAJA dari Hospital, Emir bertemu dengan Zakwan. Kalau ikutkan hati, nak saja dia hayunkan penumbuk ke muka lelaki itu. Namun, dia tak mahu rumitkan lagi masalah.

"Kau buat apa datang sini? Nak jenguk isteri aku? Kau ni tak sedar diri ke?" soal Emir dingin.

"Aku taknak gaduh dengan kau, Emir. Aku tahu kau marahkan aku. Tapi apa yang berlaku, tak seperti apa yang kau fikirkan. Hanan tak curang dengan aku. Aku pun dah ada isteri, Emir. Hanan pula isteri orang. Isteri kau. Aku sedar, semua yang berlaku adalah sebab aku. Kalau aku tak minta untuk Hanan tolong aku, pasti semua ni takkan berlaku."

"Kau minta Hanan tolong kau apa hah? Sampaikan nak kena jumpa setiap minggu? Bahkan hampir setiap hari. Mana aku tak fikir yang bukan-bukan. Aku suami Hanan. Hati suami mana tak sakit kalau tengok isteri sendiri keluar dengan lelaki lain? Lebih-lebih lagi lelaki tu kau. Bekas tunang dia,"

"Aku minta maaf, Emir. Betul kata kau. Aku dengan Hanan tak patut rahsiakan pertemuan kami kalau kami tak ada apa-apa hubungan. Tapi aku merayu pada kau. Jangan marah pada Hanan. Dia tak salah pun. Aku percaya...akan hadirnya peluang kedua untuk hubungan korang. Baiki balik hubungan korang,"

"Aku masuk dulu, Mir. Aku nak jenguk Hanan. Sebagai kawan. Bukan sebagai kekasih gelap," sempat Zakwan perli Emir. Dia memang mengaku silap dirinya juga. Tapi tak salah kalau dia mahu Emir sedar jika menuduh tanpa sebarang bukti akan membawa kepada penyesalan.

Emir hanya diam tidak membalasnya. Bagaimana dia hendak membaiki hubungan jika Hanan tidak memberi peluang itu. Dia sangat menyesal mengabaikan panggilan Hanan waktu itu. Kalaulah dia tidak menepis kasar tangan Hanan waktu tu, mungkin Hanan tidak akan terjatuh. Dan mereka takkan kehilangan bayi mereka. Tapi amarah dan ego telah mengawal diri dia sepenuhnya waktu itu. Semua yang berlaku atas salahnya sendiri. Nak menyesal pun tiada gunanya.

Aku Pertama Dia TerakhirWhere stories live. Discover now