BAB 38✨

3K 123 3
                                    

Terasa penuh isi kepalanya memikirkan tentang masalah. Hal berkaitan hotel masih belum dapat diselesaikan walaupun dah seminggu lebih dia disitu. Tentang dia dan Hanan? Lagi lah tak selesai kerana dia sendiri yang mengabaikan Hanan. Panggilan dan mesej Hanan tidak satu pun dijawab. Dia hanya mengetahui tentang Hanan melalui Indra. Hari tu, Hafiz ada mesej dia dan mengatakan bahawa Hanan kurang sihat. Kata Indra pula, Hanan baik-baik saja dirumah. Malah lebih gembira sejak dia meninggalkan rumah itu. Tak tahu mana satu dia nak percaya.

Pelbagai jenis panadol dia telan tapi satu pun tak berkesan. Makin pening adalah. Nak kata demam tapi tidak pula panas badan dia. Semalam pun dia hampir pengsan di hotel semasa mesyuarat. Tak tahu apa masalah dengan dirinya.

Susah pula jika berada seorang diri di Singapura kali ni. Selalunya ada Indra yang akan membantunya. Dia memang sengaja tidak mahu Indra ikut. Biarlah Indra menggantikan dia untuk menjaga Hanan. Jujur memang dia msih marah pada Hanan. Tetapi Hanan masih lagi isterinya. Dia tak boleh lupakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Sekurangnya, dia masih ambil tahu tentang Hanan walaupun mereka berjauhan.

Tok! Tok! Tok! 

Bunyi ketukan pintu membuatkan Emir tersedar dari lamunannya. Rupanya dari tadi dia duduk termenung memikirkan masalah.

"Tuan, kami semua dah menunggu tuan dekat bilik mesyuarat. Dah 15 minit tuan lambat ni," kata seorang staf lelaki di hotel itu.

"Oh really? Sorry saya tak perasan. Kejap lagi saya datang," kata Emir sambil melemparkan satu senyuman.

Staf lelaki itu membalas dengan anggukan sebelum beredar. Emir pula bangun dari kerusinya dan bergerak menuju ke bilik mesyuarat. Ini merupakan mesyuarat terakhir sebelum dia kembali ke Malaysia.






BIBIR Hanan tak berhenti mengukir senyuman sambil memotong sayur. Sejak 2-3 hari ni, mood dia selalu gembira. Walaupun dia dan Emir masih belum berbaik, tapi dengan kehadiran bayi di dalam rahimnya membuatkan hatinya senang.

"Amboi, puan. Senang hati nampak," kata Indra.

"Mestilah, kan awak cakap tak lama lagi Emir nak balik. Saya tak sabar nak tunggu dia balik," kata Hanan sambil tersenyum.

"Baru hari ni Indra cakap yang tuan nak balik. Tapi makwan tengok, Hanan dah berhari-hari nampak gembira semacam. Ada apa-apa berita gembira yang nak dikongsi ke?" soal makwan.

"Haah, akak pun perasan. Hanan nampak happy. Siap menyanyi lagi sambil siram pokok semalam. Wajah Hanan pun nampak berseri-seri,"

"Yeke nampak berseri-seri?" Hanan menyentuh wajahnya sendiri.

"Eh puan? Puan tengah potong cili tu. Kenapa pegang muka? Nanti kalau muka puan rasa panas macam mana? Kan nanti saya kena marah dengan tuan sebab tak jaga isteri dia dengan betul," kata Indra.

"Eh haah la, tapi macam okay je. Mungkin cili ni tak pedas kot," kata Hanan lagi.

"Dalam ni, ada isi ke Hanan? Sebab selalunya, bila dah berseri lain macam ni...ada penghuninya," kata makwan sambil menyentuh perutnya.

"Eh? Tak adalah makwan," nafi Hanan sambil tersenyum palsu. Makwan lebih tua dan berpengalaman. Mesti dia lebih tahu.

"Betul, Hanan happy sebab Emir nak balik. Hanan rindukan suami Hanan," sambung Hanan lagi. Kali ni senyuman bertukar menjadi senyuman tawar.

Hanan memang merindui suaminya itu. Tapi bila teringatkan hubungannya dan Emir sebelum suaminya itu ke Singapura, membuatkan hatinya sedikit risau. Dia memang tidak sabar untuk berkongsi berita gembira itu pada Emir. Tapi Emir? Boleh ke dia terima Hanan dan anak dalam kandungan itu? Emir mungkin dah bencikan Hanan. Boleh jadi dia juga akan membenci anak yang bakal lahir dari rahim Hanan.

Aku Pertama Dia TerakhirWhere stories live. Discover now