BAB 17✨

4K 154 5
                                    

Awal pagi lagi Hanan sudah bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Kata Emir semalam, dia ingin mengajak Hanan untuk bermalam di rumah. Sekali gus ingin kenalkan diri dia sebagai isteri kepada makwan dan Suraya. Hanan pula menurut saja. Dia hanya meminta Emir untuk rahsiakan tentang perkahwinan mereka daripada kawan-kawannya saja. Bukan daripada keluarga Emir. Kata Emir, dia sudah menganggap makwan dan Suraya sebagai keluarga.

Hanan mencapai telefon. Nama Emir Hakeem dia cari. Dia perlu memberitahu suaminya itu bahawa dia sudah tiba di Kuala Lumpur.

Hanan tersenyum sendiri membaca mesej yang dihantar oleh Emir

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hanan tersenyum sendiri membaca mesej yang dihantar oleh Emir. Lelaki itu suka sangat memanggilnya dengan panggilan sayang. Dulu dia sendiri tak suka bila Emir memanggilnya begitu. Sekarang dia hanya membiarkan saja. Tidak ada alasan untuk dia menghalang.

Tiga puluh minit juga Hanan berehat. Sempat dia terlelap sekejap sebelum dia bangun bersiap untuk ke rumah Emir. Hanan juga membawa beberapa helai baju untuk dia tinggalkan di rumah Emir. Mungkin lepas ini dia akan sering ke rumah itu.

Jarak rumah dia dan rumah Emir tidaklah begitu jauh. Hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk sampai. Itu pun disebabkan dia tersilap jalan. Padahal bukan susah pun jalan rumah Emir tu.

Hanan memberhentikan keretanya di perkarangan banglo 3 tingkat itu. Rumah ini terlalu besar dan luas. Tak sangka pula lelaki itu sekaya ini. Puas dia tilik rumah itu.

"Daripada awak tenung rumah saya ni, baik awak tenung saya. Dapat juga pahala," tegur Emir. Dari tadi dia perhatikan Hanan yang asyik melihat rumahnya.

"Emir...terkejut saya." Hanan memegang dadanya. Emir pula tersenyum saja melihat isterinya.

"Jomlah masuk. Diorang dah lama tunggu awak,"

"Awak masuk dulu, saya nak ambik beg kejap."

"Banyak ke awak bawak barang?" soal Emir sambil berjalan mengikuti langkah Hanan.

"Sikit je, sebab saya nak tidur sini sekejap je. Nanti saya pindah sini baru saya bawa banyak barang," kata Hanan sambil membuka pintu belakang keretanya. Beg pakaiannya dia ambil.

"Bila nak pindah sini?" soal Emir lagi.

"Bila saya dah sedia," jawab Hanan.

"Lambat lagilah nampak gayanya," kata Emir pula dengan nada mengendur. Hanan mengukir senyuman bila dia melihat wajah masam Emir. Pasti lelaki itu kecewa dengan kata-katanya.

"Saya akan pindah sini bila saya dah bagitahu kawan-kawan saya,"

"Bila awak nak bagitahu kawan-kawan awak?" Emir menyoal lagi. Dia tak sabar sangat nak Hanan pindah ke rumahnya.

"As soon as possible. Kalau tak minggu ni, mungkin minggu depan." Emir mengukir senyuman mendengarnya. Gembira tiba-tiba. Tak perlu dia berahsia lama lagi tentang hal pernikahannya itu.

Aku Pertama Dia TerakhirWhere stories live. Discover now