Ch131: Metalliquid

126 6 0
                                    

Angkatan tentera dari planet Atata Tiga mengesan kewujudan makhluk hidup di planet terpencil,terletak di tengah-tengah zon asteroid.

Ejojo sebagai ketua angkatan tentera Atata Tiga memimpin askarnya untuk menyiasat hidupan yang ada di situ. Malangnya,mereka tak tahu hidupan yang berada di situ adalah naga yang begitu ganas bernama FAUST.

Sementara itu,di Dimension Union, Amato dilihat menguji pandu senjata yang dihasilkan dari bahan Subjek X; sejenis robot yang direka khas untuk menentang FAUST.

Amato: Baiklah.....dah sedia Mechabot?

Mechabot: Sedia!!

Mechabot: Sedia!!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

FAUST Buster B1

Amato: Semua sistem berada tahap optimum. Tak ada masalah dengan sendi dan rangka robot ni.

Mechabot: Kan? Aku pun terkejut kita dapat buat benda macam ni.

Amato: Betul tu.

Amato memakai Mechabot dan mereka sama-sama mengemudi robot itu untuk menentang FAUST. Status FAUST Buster I berada di tahap maksimum dan bersedia untuk diuji pandu.

Amato: Baiklah,mari mulakan!!

FAUST Buster B1 mula bergerak. Ia mengambil satu langkah ke hadapan, kemudian satu langkah lagi dan seterusnya. Staf yang bertungkus-lumus membina FAUST Buster B1 teruja melihat ia mampu bergerak tanpa sebarang masalah. Sehinggalah....

Mechabot: Erm.....Amato....

Amato: Kenapa?

Mechabot: Macam mana kita nak lawan naga tu?

Amato: Apa kau cakap ni? Kau bergabung je dengan robot ni,senang cerita.

Mechabot: Itulah masalahnya Amato.

Amato: Eh?

Mechabot: Aku tak rasa aku boleh mechanize dengan robot ni.

Amato: Apa?!? Kenapa!!?

Mechabot: Hurm.....aku rasa kita terlupa sesuatu masa robot ni dibina. Tapi aku tak ingat apa dia.

Amato: *sigh* Kau ni....nasib baik kita tengah uji pandu robot ni. Kalau tak dah lama kita meletup kena bom.

Mechabot: Dramatik betul kau...

Selepas selesai menguji pandu FAUST Buster B1,Amato dan Mechabot pergi ke pusat kawalan untuk memikirkan penambahbaikan yang perlu ditambah pada robot itu.

BOBOIBOY: THE CROWNED KING Where stories live. Discover now