Ch43: Rumah Kami

252 21 4
                                    

Selepas dua minggu berlalu,rumah yang mereka usahakan bersama akhirnya telah pun siap. Mereka memandang rumah yang mereka bina dengan rasa bangga.

BoBoiBoy: Akhirnya! Rumah kita dah pun siap!!

Gopal: Yeay!! Boleh aku masak sesuka hati aku...!!!!

Yaya: Perpustakaan di rumah sendiri!

Fang: Garaj dan basement rumah untuk kita buat kerja kita.

Ying: Bilik tidur yang selesa.

Mereka berlima tersenyum dan berjalan balik ke rumah tumpangan untuk berehat.

Tiga hari kemudian,mereka menyerahkan kunci bilik mereka kepada tuan rumah tumpangan. Tuan rumah tumpangan berasa sayang untuk biarkan mereka pergi tapi dia tak boleh menghalang mereka. Tuan rumah berikan sedikit makanan untuk mereka makam tengahari.

Gopal: Tengahari ni tak payah masak! Senang kerja!

Gopal simpan makanan dalam (Storage System) dan mereka berjalan pergi ke Guild Pengembara untuk beritahu Mieruko.

Mieruko: Jadi,rumah kamu dah siap dibina?

Yaya: Ya guildmaster! Dan kami akan pindah masuk ke sana hari ni jugak!

Mieruko: Macam tu ya. Baguslah. Saya harap kamu semua takkan lupakan tugas kamu hanya sebab kamu dah ada rumah sendiri.

Ying: Jangan risau guildmaster! Kami takkan lupakan tugas kami sebagai pengembara!!

BoBoiBoy: Betul tu!!

Mieruko: Baguslah. Sebenarnya,saya nak lihat bagaimana rumah baru kamu semua,tapi saya mesyuarat petang ni jadi saya akan minta salah seorang pengembara untuk pergi.

Fang: Siapa?

SKIP TIME

Fang: Takde orang lain yang guildmaster nak suruh kan?

Lily: Apa boleh buat? Kita ni boleh tahan rapat jugak.

Lily mengikuti mereka pergi ke rumah baru mereka sebab Mieruko kena hadiri mesyuarat dengan staf guild yang lain.

Lily: Besar ke rumah yang korang bina ni?

Gopal: Besar! Kau nak bawak satu guild datang tidur pun boleh!

Yaya: Gopal!!!

BoBoiBoy: Kau yakin ke kau boleh uruskan? Jangan sampai kau pengsan pulak.

Lily: Jangan risau! Aku dah bersedia kali ni! Korang takkan boleh kejutkan aku lagi!!

Fang: *menggumam sendirian* Tengoklah nanti....

Mereka tiba di hadapan rumah baru BoBoiBoy dan kawan-kawan yang terletak di pinggir bandar. Lily dah ternganga sebaik saja dia lihat rumah mereka.

 Lily dah ternganga sebaik saja dia lihat rumah mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lily: Apa yang.....apakah....ini rumah korang?

BoBoiBoy: Haah. Jemputlah masuk.

Mereka berlima masuk dan tanggalkan kasut sebelum mereka pijak lantai. Lily pelik kenapa mereka tanggalkan kasut tapi dia ikut saja apa yang mereka buat. Sebaik saja dia jejakkan kaki ke dalam,dia boleh rasa lantai yang sejuk pada kulit kakinya.

BOBOIBOY: THE CROWNED KING Where stories live. Discover now