Ch24: Malam Yang Kelam-kabut

292 24 7
                                    

Pengembara dari Themalt tiba di Harstoa dan mereka disambut oleh datuk bandar Harstoa,Darrut Vielkis.

Darrut: Saya ucapkan terima kasih kerana sudi datang membantu.

Lily berjalan ke arahnya dan bercakap bagi pihak pengembara.

Lily: Kami berbesar hati. Memandangkan kamu sendiri yang menyambut kami,saya rasa tempat berehat kami dah diatur.

Darrut: Dah tentu. Saya dah sediakan tempat untuk kamu semua pengembara yang datang dari jauh! Silakan.

Darrut melangkah ke tepi, membenarkan kereta kuda masuk ke dalam. Sebaik saja kereta kuda melepasi pintu masuk,BoBoiBoy dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena.

BoBoiBoy: *tengok sekeliling*

Lily: BoBoiBoy? Kenapa?

BoBoiBoy: Lily,kau tak rasa apa-apa ke?

Lily: Rasa apa?

Gopal: Kau rasa sesuatu yang tak kena?

BoBoiBoy: *nod* Macam....ada orang tengah tengok kita. Dari dekat dan jauh.

Terdapat beberapa pasang mata memerhatikan pengembara masuk ke bandar. Bersembunyi di sebalik orang ramai dan lorong gelap. Menunggu masa untuk bertindak.

Semua pengembara dibawa ke rumah tumpangan yang disediakan untuk mereka. Anak datuk bandar,Kavan Vielkis membawa kuda yang digunakan ke kandang bersebelahan rumah tumpangan.

Semua orang pergi ke bilik masing-masing dan letak barangan mereka. BoBoiBoy duduk sebilik dengan Gopal dan Fang. Yaya dan Ying duduk sebilik dengan Lily.

Fang: Kau masih rasa ada sesuatu yang tak kena ke?

BoBoiBoy: Ya. Sejak kita masuk bandar ni,aku rasa ada perkara buruk akan terjadi.

Fang: Hm...kalau kau cakap macam tu,maknanya akan ada benda berlaku malam ni.

Gopal: Aiyoyo! Baru sampai dah ada masalah! Datuk bandar dengan anak dia saja cari pasal!!

BoBoiBoy: Ya. Tapi kita kena berpura-pura tak tahu apa-apa. Kita kena bagitahu pengembara lain,tapi jangan sampai mereka curiga.

Gopal: Betul tu!

Fang: Tapi....kalau ada apa-apa jadi pada datuk bandar, macam mana dengan tempat ni?

Gopal: Biasanya,datuk bandar baru akan dipilih. Aku tak pasti tentang prosedur pemilihan datuk bandar ni.

BoBoiBoy: Takpe. Yang penting,kita kena sentiasa berjaga-jaga. Jangan leka walaupun masa nak tidur.

Mereka bertiga letak barang di tepi katil dan berkumpul bersama pengembara lain di dewan makan.

SKIP TIME

Malam menjelma. Semua orang menikmati makan malam mereka setelah seharian perjalanan. BoBoiBoy dan kawan-kawan duduk di meja paling hujung bersama Lily dan Lond.

Lily: Kau rasa ada benda akan jadi malam ni?

BoBoiBoy: Cuma firasat aku,tapi aku yakin akan ada benda jadi malam ni.

Lond: Hmm.....rasanya....benda ni ada kaitan dengan korang berlima.

Lily: *nod*

Gopal: Betul! Siapa je tak cemburu bila kita jadi terkenal?

Yaya: Itu perkara biasa. Bila kau berjaya,ada yang ceria,ada yang tak.

Fang: Kalau ada apa-apa jadi, cepat-cepat keluar dari bilik. Kita tak tahu siapa dan dari mana mereka akan datang.

BOBOIBOY: THE CROWNED KING Where stories live. Discover now