BAB 11✨

3.4K 146 2
                                    

Fazlin menyuapkan spagheti aglio olio yang telah di masak oleh Hanan tadi. Bersungguh dia menikmati spagheti itu. Hanan pula ralit melihat skrin telefonnya. Sekali-sekala dia tersenyum apabila menonton video lucu dari aplikasi tiktok.

Tok! Tok! Tok!

Bunyi ketukan pintu rumahnya membuatkan Hanan dan Fazlin saling berpandangan. Itu pasti Ayana dan Bella. Mereka diberitahu bahawa dua lagi sahabatnya itu akan sampai dalam masa 30 minit. Tapi baru 20 minit sudah sampai. Ayana dan Bella pula menanti penuh sabar sehingga pintu terbuka dari dalam.

"Awal pula korang sampai. Tadi cakap 30 minit," kata Hanan. Dua orang itu tidak terus menjawab malah mereka melangkah masuk kemudian meninggalkan Hanan di depan pintu. Hanan menggelengkan kepala melihat sahabatnya itu. Sabar jelah.

"Faz, kau ni tak tunggu kitorang pun nak makan," bebel Bella. Mula tarik muncung sedepa.

"Korang cakap lagi 30 minit. Lambat sangat. So aku makanlah dulu," balas Fazlin.

"Tapi tunggulah, kita makan sama-sama."

"Tak luak pun lah. Lagipun Hanan tak makan lagi. Korang makanlah dengan dia," sambung Fazlin lagi.

"Korang makanlah. Aku masih kenyang. Lagi pun aku dah rasa sikit tadi sebelum Fazlin sampai," kata Hanan yang baru muncul di dapur.

"Kalau habis aku tak tahu," kata Ayana pula.

"Makanlah, aku memang masak untuk korang."

Ayana merenung lama sahabatnya itu. Hanan nampak lain. Hanan pula tidak perasan dia sedang di tenung oleh Ayana. Kopi yang masih tinggal separuh Hanan habiskan. Baru saja dia bangun untuk meletakkan cawan di singki, tapi di halang pula Ayana. Hanan berpaling memandang Ayana.

"Kau kenapa?" soal Hanan.

"Kau ada masalah ke?" soal Ayana. Mulalah dia jadi polis pencen.

"Masalah apa pula?" soal Hanan lagi.

"Aku tahu kau ada masalah, Hanan. Mata kau tak boleh menipu. Otak kau tu banyak beban. Cuba cerita apa masalah kau. Dengan kitorang pun kau nak berahsia ke?"

Hanan menghembuskan nafas berat. Kalaulah dah Ayana bertanya begitu. Memang dia tak boleh nak sembunyi lagi. Dia kembali duduk di kerusi. Bella hanya fokus pada makanannya. Hanya Ayana dan Fazlin yang bersedia untuk mendengar luahan Hanan.

"Betul korang nak tahu?" soal Hanan untuk mendapatkan kepastian. Ayana dan Fazlin mengangguk laju.

"Tapi ada syarat dia," Ayana dan Fazlin saling berpandangan.

"Apa syaratnya?" soal Fazlin.

"Jangan cakap dekat sesiapa. Termasuk suami korang." Sekali lagi Fazlin dan Ayana saling berpandangan sebelum mengangguk.

"Bell, kau tak payah nak acah-acah sibuk dengan spagheti tu. Aku tahu kau dengar. Dan aku pun nak kau janji dengan aku." Bella mengelipkan matanya beberapa kali. Kantoi sudah. Ingatkan dia boleh terlepas dengan perjanjian Hanan tu. Hanan sangat kenal dengan perangai Bella. Taktik sebegitu sekejap saja dapat dihidu oleh Hanan.

"Yalah, aku tak cakap pun dekat suami aku tu. Jangan risau," balas Bella sebelum dia sambung menyuap spaghetti ke dalam mulut.

"Apa dia, Hanan. Cakaplah," pinta Ayana dengan sedikit memaksa.

"Damia, tunang Zakwan. Aku terserempak dengan dia semalam. Aku ingat dia tak nampak aku. Rupanya, dia nampak. And dia ada warning aku pasal Zakwan." Hanan telan air liur. Jelas kerisauan mula timbul dalam dirinya.

"Dia warning apa dekat kau?" soal Fazlin.

"Dia warning aku supaya jangan jumpa Zakwan lagi. Dia cakap dia nampak aku dengan Zakwan masa dekat Langkawi tu. Dia follow Zakwan. Dia ada ugut aku. Dia cakap kalau aku jumpa Zakwan lagi, dia akan buat sesuatu pada aku,"

Aku Pertama Dia TerakhirWhere stories live. Discover now